wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKOR A+ UJA (SPM PAI 2006)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Seorang ahli perniagaan telah menggunakan harta kekayaannya ke jalan maksiat. Apakah akibat perbuatannya di sisi Allah?
a)
Mulhid
b)
Munafik
c)
Kufur nikmat
d)
Kufur hakikat
2.
Kenyataan yang tepat mengenai bahaya dadah kepada individu ialah ...
a)
Masyarakat menjadi mundur
b)
Menggugat keamanan negara
c)
Menjatuhkan maruah umat Islam
d)
Menjurus kepada kegiatan jenayah
3.
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai syirik.
a)
Melemahkan keimanan terhadap Allah
b)
Menyekutukan Allah SWT pada zatNya
c)
Menyekutukan Allah SWT dengan perkataan
d)
Mempercayai kepada sesuatu selain Allah AWT
4.
Antara kelebihan mengerjakan ibadat haji ifrad ialah ...
a)
Tidak perlu bayar dam
b)
Masa dalam ihram lebih singkat
c)
Memberi masa rehat yang panjang
d)
Dapat menyempurnakan ibadat haji lebih cepat
5.

X dalam rajah di atas ialah ...

a)

Pelaku dosa besar dianggap kafir

b)

Menolak prinsip al Salaf al Soleh

c)

Al Quran Karim ialah makhluk

d)

Iman boleh bertambah dan berkurang

6.
Pilih pernyataan yang benar mengenai ajaran Qadyani
I Menetapkan ibadat puasa sembilan belas hari sahaja
II Mempercayai pengasasnya ialah jelmaan Allah SWT
III Mengisytiharkan Qadyan sebagai tempat menunaikan haji
IV Mendakwa pengasasnya mempunyai sejuta jenis mukjizat
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
7.
"Jabatan Kastam membeli tiga ekor anjing pengesan".
Hukum jual beli di atas ialah ...
a)
Harus
b)
Haram
c)
Makruh
d)
Tidak sah
8.
Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat korban.
a)
Sunat diberi daging setelah dimasak manis
b)
Ibadat yang dilakukan sebelum solat hari raya haji
c)
Haram dagingnya dimakan oleh orang yang berkorban
d)
Sepertiga daripada daging korban diberi kepada fakir miskin
9.

Hukum perkahwinan berdasarkan situasi di atas ialah ...

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Harus

d)

Makruh

10.
Hukum menjaga orang sakit ialah ...
a)
Sunat muakkad
b)
Fardhu kifayah 
c)
Fardhu ain
d)
Sunat
11.
" Aku talakkan engkau dengan bayaran RM1000 ".
Ungkapan di atas berkaitan dengan ...
a)
Zihar
b)
Taklik
c)
Khuluk
d)
Fasakh
12.
Berikut merupakan implikasi sumpah lian terhadap suami dan isteri kecuali ...
a)
Perkahwinan terbatal
b)
Suami dilepaskan dari hukum qazaf
c)
Haram berkahwin semula buat selama-lamanya
d)
Isteri berhak menuntut nafkah anak yang dinafikan nasabnya
13.
Seorang suami berkata kepada isterinya, " Belakang awak sama seperti belakang ibu saya "
Dialog di atas merujuk kepada ...
a)
Taklik
b)
Zihar
c)
Talak 
d)
Fasakh
14.

Memerangi orang murtad &

Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid ke Ghassan.


Pernyataan di atas ialah polisi pentadbiran ...

a)

Saidina Umar Al-Khattab

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

15.
Apakah tujuan utama undang-undang tanah negara diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab ?
a)
Memastikan tiada tanah individu yang terbiar
b)
Memastikan tanah tidak dirampas oleh kerajaan
c)
Memastikan setiap individu membayar cukai
d)
Memastikan setiap individu memiliki tanah
16.

Berdasarkan kenyataan di atas apakah tujuan beliau memperkenalkan polisi tersebut ?

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Melicinkan sistem pentadbiran negara

c)

Melahirkan semangat jihad yang tinggi

d)

Mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain

17.
Pilih pernyataan yang benar sebab Hamka tersohor di Nusantara.
a)
Sumbangannya dalam bidang agama, falsafah dan kesusasteraan
b)
Membangkitkan semangat menentang British di Indonesia
c)
Semua karyanya difilemkan
d)
Menentang gerakan islah
18.

Siapakah tokoh di atas?

a)

Ibnu Sina

b)

Ibnu Khaldun

c)

Sheikh Muhammad Abduh

d)

Syed Jamaludin Al-Afghani

19.

Pernyataan di atas menerangkan adab-adab ...

a)

Bermusafir

b)

Berekreasi

c)

Memelihara alam

d)

Menjaga kemudahan awam

20.

"Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah kegiatan melakukan perubahan pada kandungan, keadaan dan warna hingga tidak sesuai digunakan".


Pernyataan di atas menerangkan tentang ...

a)

Pencemaran air

b)

Pencemaran udara

c)

Pencemaran bunyi

d)

Pencemaran tanah