wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 2 STPM - Morfologi: Morfem

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah BUKAN morfem terikat?

a)

Ter-

b)

Juang

c)

Memper-

d)

Tumpang

2.
Yang manakah perkataan yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat?
a)
Tapa
b)
Bertani
c)
Tertutup
d)
Mengetawakan
3.

Perkataan yang manakah yang mengandungi alomorf?

a)

Makanan

b)

Dibawakan

c)

Menderhaka

d)

Kosmopolitan

4.
Yang manakah perkataan yang kata dasarnya terdiri daripada kata tunggal?
a)
Berkumpul
b)
Mengetawakan
c)
Bertarik-tarikan
d)
Berwarganegarakan
5.
Yang manakah ayat yang mengandungi morfofonem?
a)
Dia bukan emak saudara saya.
b)
Kami berasa sangat seronok tinggal di sini.
c)
Kalau bukan kamu yang bersuara kuat tadi, siapa lagi?
d)
Kita tidak boleh pulang sekarang kerana hari hendak hujan.
6.

Frasa yang manakah yang mengandungi morfem terikat kompleks?

a)

Pasar malam

b)

Anak harapan

c)

Mempercepat urusan

d)

Sudah ketinggalan zaman

7.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN morfem terikat satuan?

a)

Ke-

b)

Ter-

c)

Juang

d)

Per-...-an

8.
Apakah ciri morfem terikat?
a)
Tidak dapat berdiri sendiri
b)
Boleh menjadi ayat minimal
c)
Mempunyai makna sendiri yang lengkap
d)
Tidak memerlukan bantuan morfem lain untuk menjelaskan makna 
9.
Perkataan yang manakah kata dasarnya ialah frasa?
a)
Menyukat
b)
Mengetengahkan
c)
Bertanggungjawab
d)
Terbayang-bayang
10.

Perkataan yang manakah yang terbina daripada morfem terikat terbahagi?

a)

Keamanan

b)

Memperkuat

c)

Dipertemukan

d)

Menyelesaikan

11.

melepaskan


Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan di atas?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

12.
Alomorf yang sesuai untuk digabungkan dengan perkataan "gembala" ialah
a)
me-
b)
men-
c)
mem-
d)
meng-
13.

Yang manakah BUKAN jenis morfem terikat?

a)

Morfem terikat satuan

b)

Morfem terikat terbahagi

c)

Morfem terikat kompleks

d)

Morfem terikat kardinal

14.

Berapakah jumlah morfem terikat dalam perkataan "kemenangan"?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

15.

Morfem terikat yang terdapat dalam perkataan bergemuruhan terdiri daripada


I - guruh

II - -em-

III - ber-...-an

IV - gemuruh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

16.

Yang manakah TIDAK berkaitan dengan morfem bebas?

a)

Dapat berdiri sendiri

b)

Mempunyai makna yang lengkap

c)

Tidak memerlukan sebarang bentuk lain

d)

Memerlukan bentuk lain untuk digandingkan dengannya

17.

Perkataan yang manakah yang mempunyai tiga morfem?

a)

Kepunyaan

b)

Penyiaran

c)

Seruling

d)

Perkampungan

18.

Yang manakah dapat bersifat perkataan?

a)

Frasa

b)

Morfem bebas

c)

Morfem terikat

d)

Rangkai kata

19.

Mereka rela berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.


Berapakah morfem terikat yang terdapat dalam ayat di atas?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

20.

Perkataan "bertemu" terdiri daripada

a)

satu morfem bebas

b)

satu morfem terikat

c)

dua morfem terikat

d)

satu morfem bebas dan satu morfem terikat

21.

Morfem terikat dan morfem bebas mempunyai perbezaan dari segi

a)

jumlah suku kata

b)

golongan perkataan

c)

kedudukan dalam hierarki tatabahasa

d)

dapat berdiri sendiri sebagai kata atau tidak

22.

Penggunaan sesuatu alomorf ditentukan oleh

a)

golongan kata

b)

cara pembentukan kata

c)

huruf pertama kata dasar

d)

akhiran pada sesuatu kata

23.

Perkataan yang manakah yang mengekalkan awalan peN- dan meN-?

a)

nyanyi

b)

dukung

c)

hancur

d)

bohong

24.

Yang manakah berkaitan dengan morfofonem?

a)

Boleh berdiri sendiri dan membawa makna sendiri

b)

Ciri bunyi semasa imbuhan digabungkan dengan kata dasar

c)

Kelainan bentuk yang disebabkan oleh huruf awal sesuatu kata

d)

Gabungan antara morfem terikat dengan morfem terikat yang lain

25.

Yang manakah kata dasar bagi perkataan "mempersembahkan"?

a)

Sembah

b)

Persembah

c)

Sembahkan

d)

Persembahkan