wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB3 F5 : Pembinaan Negara Bangsa & Ciri-ciri Negara Bangsa

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

SPM2015

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 . Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. Apakah persamaan pmbentukan negara bangsa Jerman dan Itali?

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

3.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

4.

Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi


I agama

II bahasa

III adat resam

IV kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

SPM2014

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

6.

SPM 2011/2014

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.

• Count Camillo Benso di Cavour

• Otto Eduard von Bismarck

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Mengenepikan perbezaan warna kulit

b)

Menyatukan masyarakat majmuk

c)

Menggunakan kaedah realpolitik

d)

Membina empayar yang luas

7.

Tokoh berikut telah berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.

Antara berikut, pernyataan manakah berkaitan dengan usaha beliau?

I Mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III

II Mengadakan pungutan suara untuk mendapat sokongan rakyat.

III Mengambil kesempatan daripada pengunduran tentera Perikatan

IV Menyatukan wilayah-wilayah di bawah satu pemerintahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Senarai berikut menunjukkan tiga peperangan yang dilancarkan oleh Bismarck terhadap musuhnya.

* Peperangan dengan Denmark

* Peperangan dengan Austria

* Peperangan dengan Perancis


Apakah tujuan Bismarck bertindak demikian?

a)

Penyatuan wilayah-wilayah

b)

Menghapuskan politik darah dan besi

c)

Membangkitkan semangat rakyat Prussia

d)

Pembentukan negara bangsa bagi Jerman

9.

Rajah berikut berkaitan Persidangan Damai Paris.

Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu...

I penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II prinsip sempadan negara berasaskan bangsa

III penyatuan dan pembentukan negara bangsa

IV pembentukan negara moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Rajah berikut menerangkan taktik Bismarck untuk mencetuskan peperangan.

Apakah matlamat beliau berbuat demikian?

a)

Menimbulkan kebencian kuasa asing

b)

Membangkitkan semangat rakyat

c)

Menyatukan Jerman

d)

Mendapatkan sokongan rakyat

11.

Rajah berikut berkaitan komponen negara Malaysia.

Apakah yang diutamakan dalam sesebuah negara?

a)

Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah

b)

Merupakan peraturan tertinggi sesebuah negara

c)

Wilayah yang mempunyai sempadan

d)

Institusi pemerintahan menggubal dasar sesebuah negara

12.

Maklumat dalam rajah berikut merujuk kepada ciri-ciri negara dan bangsa.

Y ialah....

a)

negara

b)

kerajaan

c)

perlembagaan

d)

bangsa

13.

Rajah 5 merupakan amalan politik yang digunakan oleh pemerintah Itali dan Jerman pada abad ke-19.

Apakah tujuan pemerintahan tersebut?

a)

Membentuk negara bangsa

b)

Memajukan sistem pendidikan

c)

Membangkitkan isu membenci kuasa asing

d)

Menghapuskan pemerintahan monarki

14.

Bagaimanakah penjajahan British mengubah konsep sistem politik masyarakat Melayu tradisional?

a)

Menetapkan sempadan setiap kerajaan

b)

Menentukan peraturan memilih raja

c)

Memindah pusat pentadbiran

d)

Membina kubu pertahanan

15.

SPM 2014

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.

a)

Mengenepikan perbezaan warna kulit

b)

Menyatukan masyarakat majmuk

c)

Menggunakan kaedah realpolitik

d)

Membina empayar yang luas

16.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk melalui amalan tersebut?

a)

Itali

b)

Austria

c)

Britain

d)

Perancis

17.

Apakah prinsip dalam Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berdasarkan bangsa

18.

Apakah cara yang digunakan oleh tokoh berikut untuk membentuk negara bangsa di negaranya


*Otto Eduard von Bismarck*

a)

Assabiyah

b)

Perbincangan

c)

Permuafakatan

d)

Pemalsuan dokumen

19.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesepakatan yang dicapai di Persidangan Damai Paris.

*Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson


I Sempadan negara berasaskan bangsa

II Rakyat sendiri menentukan nasib negara

III Negara bangsa harus dipimpin oleh raja

IV Kekuatan kerajaan berdasarkan sumber ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah peristiwa yang menjadi titik tolak pembentukan negara bangsa di Madinah?

a)

Penerimaan agama Islam

b)

Penyingkiran kaum Yahudi

c)

Peperangan dengan Quraisy

d)

Penggubalan Piagam Madinah