NEW
Font size
WorksheetsKuiz Minggun Sains dan Matematik SMKSB April 2018
Total questions: 50
Worksheet time: 29mins
Apakah deria yang digunakan untuk mengenal pasti bentuk sesuatu objek?
Pendengaran
Bau
Penglihatan
Rasa
Apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis?
Proses tumbuhan membuat makanan sendiri
Jarak antara dua titik
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya daripada pupus
Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek
Apakah sumber tenaga dalam proses fotosintesis?
Nutrien
Air
Udara
Cahaya matahari
Sumber air bersih amat penting untuk kita. Bagaimanakah cara menjaga kebersihan sumber air?
Membuang sampah ke dalam parit
Merawat air kumbahan sebelum melepaskan ke sungai
Membina kilang berdekatan sungai
Tidak membuat pembakaran secara terbuka di kawasan perumahan
Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya ibu kucing tidak menjaga anaknya selepas dilahirkan?
Ibu kucing cepat sihat
Anak kucing dapat mencari makanan sendiri
Bilangan anak kucing yang dapat hidup bertambah
Spesiesnya akan diancam kepupusan
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui?
Biojisim
Arang batu
Petroleum
Bahan nuklear
Apakah cara yang boleh dilakukan supaya bola ping pong yang kemik kembali ke bentuk asal?
Mengetuk perlahan-lahan kawasan yang kemik
Rendam dalam air sejuk
Memicit dengan jari pada bahagian yang kemik
Rendam dalam air panas
Pelangi terdiri daripada _______ warna
Lima
Tujuh
Lapan
Sembilan
Apakah fungsi corak bunga pada tapak kasut?
Membuatkan kasut kelihatan lebih menarik
Menambah geseran pada kasut
Memastikan kasut tahan lebih lama
Menambahkan jisim kasut
Sistem suria terdiri daripada yang berikut, kecuali
Roket
Matahari
Asteroid
Planet
Pusat sistem suria ialah
Bulan
Bintang
Matahari
Bumi
Planet terbesar dalam sistem suria ialah
Bumi
Marikh
Pluto
Musytari
Bayang-bayang terhasil apabila cahaya tidak dapat menembusi objek
Legap
Lut sinar
Lut cahaya
Cerah
Apakah organ terbesar pada tubuh manusia?
Jantung
Perut
Otak
Kulit
Haiwan apakah yang tidak boleh terbang?
Ayam
Burung merpati
Burung unta
Burung helang
Pokok setawar membiak melalui
Batang bawah tanah
Akar
Daun
Buah
Seorang budak terlompat apabila ternampak seekor tikus lalu di hadapannya. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada reaksi budak itu?
Manusia boleh melihat
Manusia menjerit apabila terkejut
Manusia bertindak balas terhadap rangsangan
Manusia dapat melindungi diri sendiri daripada bahaya
Badak sumbu mempunyai tingkah laku khas untuk menyejukkan badannya ketika cuaca panas. Apakah tingkah laku khas tersebut?
Berendam di dalam lumpur
Menyorok di dalam lubang
Berimaginasi
Mempunyai bonggol
Antara berikut yang manakah bukan kesan buruk hujan asid?
Mengaburkan penglihatan
Mengurangkan hasil pertanian
Membunuh hidupan akuatik
Memusnahkan pokok-pokok hutan
Buruj paling kecil dan terdiri daripada empat bintang serta mudah dilihat di langit selatan dari April hingga Jun dikenal sebagai
Biduk
Skorpio
Pari
Belantik
Antara yang berikut, yang manakah mewakili 5¼ juta?
5 000 250
5 002 500
5 025 000
5 250 000
92 701 − 27 × 906 =
62 389
63 289
68 239
69 238
Tukarkan 91.02 km kepada m
9 102
91 020
910 020
9 102 000
1 jam 40 minit sebelum jam 0025 ialah
10.15 a.m.
10.15 p.m.
10.45 a.m.
10.45 p.m.
Antara berikut, yang manakah adalah hasil jawapan yang paling kecil?
⅔ × ¾
⅖ × 1⅓
2¼ × ⅗
1¾ × 1½
RM1000 − (45 keping wang RM5) + (67 keping syiling 50 sen) =
RM225
RM268.50
RM463
RM808.50
Antara berikut yang manakah menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak?
Seramai 189 orang murid telah tiba di Hotel Shamila untuk menghadiri seminar. 5 buah bas lagi masing-masing membawa 40 orang murid dalam perjalanan ke hotel itu.
Berapakah bilangan semua peserta seminar itu?
197
200
229
389
5% daripada RM0.5 juta ialah
RM500
RM2 500
RM5 000
RM25 000
Jadual menunjukkan jisim tiga orang lelaki.
Hitung min, dalam kg, jisim bagi seorang lelaki.
46.8
47.8
50.0
60.0
Waktu di Seoul menunjukkan 6 jam lebih awal daripada waktu di New Delhi. Jam berapakah waktu di Seoul jika waktu di New Delhi menunjukkan pukul 10.15 a.m.?
Jam 0415
Jam 0615
Jam 1415
Jam 1615
Puteri menyediakan 50 bungkus nasi lemak dan 20 bungkus mi goreng. Sebanyak 48 bungkus nasi lemak dan 17 bungkus mi goreng telah dijual. Nyatakan nisbah nasi lemak kepada mi goreng yang belum dijual.
2 : 3
5 : 2
48 : 17
50 : 20
Antara yang berikut, yang manakah bentangan yang betul bagi sebuah kon?
Sebuah kilang roti mengeluarkan 4 500 ketul roti sehari.
Hitung jumlah bilangan roti yang dikeluarkan dari 28 Mac 2017 hingga 10 April 2017.
18 600
63 000
63 800
72 000
Fairus memandu kereta sejauh 160 km dalam tempoh 2 jam dengan kelajuan seragam.
Hitung jarak, dalam km, yang dilalui dalam masa 30 minit.
80
60
40
20
Jali membeli 30 ekor kambing yang sama jenis pada harga RM1 200 seekor. Dia menjual kesemua kambing dengan keuntungan sebanyak RM4 500.
Berapakah harga jual bagi seekor kambing?
RM1 050
RM1 350
RM1 450
RM3 300
Rajah menunjukkan satu set makanan yang terdiri daripada sebiji berger dan secawan minuman.
Sebuah sekolah memesan sebanyak 1 345 set makanan itu.
Hitung bayaran yang perlu dibayar oleh pihak sekolah itu.
RM 12 115
RM12 105
RM8 070
RM4 035
Jadual menunjukkan bilangan pelancong yang datang ke negeri Selangor dari bulan Januari hingga September selama 3 tahun.
Pernyataan manakah yang BENAR?
Jumlah bilangan pelancong tahun 2015 meningkat 2.4 juta orang berbanding tahun 2014.
Jumlah bilangan pelancong tahun 2016 meningkat 20 000 orang berbanding tahun 2015.
Jumlah bilangan pelancong untuk tahun pertama dan tahun kedua ialah 5.3 juta.
Jumlah bilangan pelancong untuk 3 tahun ialah 12.5 juta.
Rajah menunjukkan sebuah segi tiga bersudut tegak dan sebuah segi empat sama.
Luas segi tiga bersudut tegak adalah sama dengan luas segi empat sama.
Hitung panjang, dalam cm, satu sisi segi empat sama itu.
4
6
8
9
Rajah menunjukkan pakej percutian ke Pulau Tioman, Pahang. Pakej ini disertai oleh 50 orang. Malangnya seorang daripada peserta menarik diri.
Hitung jumlah bayaran yang diterima oleh syarikat itu.
RM17 395
RM17 995
RM18 092
RM18 395
Rajah menunjukkan gabungan dua buah kuboid.
Hitung jumlah luas, dalam cm2, satah yang berlorek.
21
27
48
76
Rajah menunjukkan berat bagi empat item. Purata berat untuk 4 item tersebut ialah 1.2 kg.
Apakah nilai bagi X?
4 800 g
3 360 g
1 540 g
1 440 g
Rajah menunjukkan sebuah kuboid. Sebuah kubus dipotong keluar daripada kuboid itu.
Berapakah isi padu, dalam cm3, bahagian kuboid yang tinggal?
309
336
1 008
9 072
Rajah menunjukkan sebuah segi empat tepat PQRS.
Antara rajah yang berikut, yang manakah mempunyai perimeter yang sama dengan PQRS?
Rajah ialah piktograf yang menunjukkan bilangan komputer yang dijual oleh sebuah syarikat dalam empat bulan.
Purata bilangan jualan komputer dalam sebulan ialah 100 buah.
Berapakah bilangan komputer yang diwakili oleh 1 simbol komputer tersebut?
16
25
100
200
Siapakah nama GKMP Sains dan Matematik SMK Sg Burong?
Pn Jasimah binti Jali
Pn Hjh Mahani binti Abdul Rahman
Pn Siti Rozainin binti Jemain
Tn Hj Sabri bin Abdullah
Berikut merupakan guru-guru yang mengajar Matematik di SMK Sg Burong, kecuali
Pn Hatijah binti Kasan
Pn Siti Faezahnor binti Md Isa
Pn Siti Halijah binti Jemani
Pn Hjh Zurida binti Salleh
Antara berikut, siapakah yang mengajar mata pelajaran Sains.
En Hasnulfikri bin Mahbot
Cik Rohanita binti Moh
Pn Sharifah Faraha binti Abd Rahman
En Mohd Sukri bin Mohd Yusoff
Nyatakan bilangan mata pelajaran yang berada dalam Bidang Sains dan Matematik SMK Sg Burong.
4
3
6
8
Bilakah Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah SMK Sg Burong tahun 2018 dilancarkan?
3 April 2018
2 April 2018
26 Mac 2018
9 April 2018
