wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting 5 Sains Bab 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang mana satu contoh bencana alam?

a)

Rusuhan

b)

Letusan gunung berapi

c)

Kematian

d)

Pergaduhan

2.

Antara berikut, yang manakah berkaitan kawalan biologi?

a)

Mengguna makhluk perosak

b)

Mengguna racun perosak

c)

Mengguna baja kimia

d)

Mengguna pemangsa

3.

Aktiviti manakah yang menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar?

a)

Pembinaan jalan raya

b)

Membuka kawasan pertanian

c)

Penghutanan semula

d)

Menambak tebing sungai

4.

Antara berikut, yang manakah dapat membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam?

a)

Bencana alam

b)

Kitar semula jadi

c)

Pencemaran alam

d)

Pembalakan

5.

Proses manakah dalam kitar air yang melibatkan tumbuhan?

a)

Penyejatan

b)

Transpirasi

c)

Kondensasi

d)

Hujan

6.

Antara berikut, yang manakah kesan bencana alam terhadap keseimbangan alam?

a)

Pencemaran

b)

Kanser kulit

c)

Perubahan populasi organisma setempat

d)

Kemarau berpanjangan

7.

Apakah akibat pembakaran bahan api fosil secara tidak terkawal?

a)

Kekurangan tangkapan ikan

b)

Pencemaran udara

c)

Kemusnahan hutan

d)

Kepupusan spesies

8.

Gas manakah yang mengakibatkan pemanasan global?

a)

Gas nitrogen

b)

Gas karbon dioksida

c)

Gas hidrogen

d)

Gas karbon monoksida

9.

Apakah kesan penipisan lapisan ozon kepada manusia?

a)

Hakisan tanah

b)

Kanser kulit

c)

Pencemaran air

d)

Kepupusan spesies

10.

Apakah yang akan berlaku sekiranya hutan dihapuskan?

a)

Hakisan tanah

b)

Pencemaran udara

c)

Penipisan lapisan ozon

d)

Hujan asid

11.

Apakah cara yang paling berkesan untuk melupuskan bahan buangan plastik?

a)

Menanamnya

b)

Kitar semula

c)

Membakar bahan plastik

d)

Membuangkannya ke dalam laut

12.

Bahan pencemar yang manakah menyebabkan penipisan lapisan ozon?

a)

karbon monoksida

b)

CFC

c)

asap

d)

plumbum

13.

Kumpulan organisma menduduki kedudukan paling bawah pada sebuah piramid nombor?

a)

Pengeluar

b)

Pengguna primer

c)

Pengguna sekunder

d)

Pengguna tertier

14.

Antara berikut, aktiviti manakah yang dapat membantu mengekalkan keseimbangan alam sekitar?

a)

Penyemburan pestisid

b)

Penebangan hutan

c)

Pemburuan

d)

Kawalan biologi

15.

Daun-daun yang terdapat pada pokok di kawasan perindustrian X dilitupi dengan lapisan jelaga. Apakah kesan kepada pokok?

a)

Ia meningkatkan kadar respirasi

b)

Ia meningkatkan kadar fotosintesis

c)

Ia menambahkan kadar penyerapan air

d)

Ia mengurangkan kadar fotosintesis

16.

Apakah fungsi lapisan ozon?

a)

meningkatkan suhu udara

b)

meningkatkan kualiti oksigen

c)

Ia menyerap sinar ultraungu

d)

Ia mengurangkan karbon dioksida

17.

Sebahagian haba daripada matahari dipantulkan dari permukaan bumi ke atmosfera tetapi diperangkap oleh lapisan________________

a)

ozon

b)

nitrogen

c)

karbon dioksida

d)

hidrogen

18.

Fenomena yang manakah berkaitan dengan penggunaan dan pembuangan alat penyaman udara secara berlebihan?

a)

pemanasan global

b)

hujan asid

c)

penipisan lapisan ozon

d)

kesan rumah hijau

19.

Antara berikut, apakah punca kadar pencemaran air meningkat?

a)

pengamalan kawalan biologi

b)

cara pembuangan kumbahan yang moden

c)

penggunaan baja kimia secara berlebihan

d)

rawatan efluen kilang sebelum dialirkan ke dalam sungai

20.

Antara berikut , yang manakah BUKAN sebahagian daripada konsep 3R?

a)

guna semula

b)

kitar semula

c)

mengurangkan

d)

membiak