Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

Total questions: 20

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang benar mengenai munafik.

a)

Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya.

b)

Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

c)

Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur.

d)

Berpaling daripada agama Islam.

2.

Akibat munafik terhadap individu ialah..

a)

melemahkan perpaduan

b)

menghalang pembangunan

c)

mengganggu ketenteraman jiwa

d)

menghilangkan sikap bekerjasama

3.

Berikut ialah akibat sihir terhadap individu kecuali..

a)

membatalkan akidah

b)

mengelakkan kegagalan

c)

membazirkan harta, tenaga dan masa

d)

menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT.

4.

Apakah kesan buruk terhadap individu yang mengamalkan ajaran sesat?


I. Rosak akidah

II. Minda tertutup

III. Berlaku keganasan

IV. Kehidupan tidak stabil

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

5.

Antara yang berikut yang manakah syarat-syarat taubat?


I. Berhenti melakukan maksiat dengan serta merta

II. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan

III. Berazam tidak akan mengulanginya lagi

IV. Membanyakkan amal ibadat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Antara yang berikut yang manakah perkara wajib haji?

a)

Bercukur

b)

Niat ihram

c)

Niat ihram di Miqat

d)

Wukuf di padang Arafah

7.

Antara syarat sah sai dalam ibadah haji mestilah dilakukan selepas

a)

bermalam di Mina

b)

bermalam di Muzdalifah

c)

melontar di jamrah

d)

tawaf ifadah

8.

Antara yang berikut merupakah perkara sunat haji?


I. SOlat dua rakaat sebelum berniat ihram

II. Memakai pakaian ihram berwarna putih

III. Berniat ihram haji di miqat yang ditentukan

IV. Berada di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

KEENGGANAN ISTERI MENUNAIKAN KEWAJIPAN TERHADAP SUAMI TANPA ALASAN YANG DIHARUSKAN OLEH SYARAK.


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

a)

nusyuz

b)

khuluk

c)

zihar

d)

li'an

10.

Antara yang berikut yang manakah susunan yang betul mengenai adab mendidik isteri yang derhaka?

a)
  1. Memberi nasihat
  2. Memukul bertujuan mendidik
  3. Mengasingkan tempat tidur
b)
  1. Mengasingkan tempat tidur
  2. Memukul bertujuan mendidik
  3. Memberi nasihat
c)
  1. Memukul bertujuan mendidik
  2. Mengasingkan tempat tidur
  3. Memberi nasihat
d)
  1. Memberi nasihat
  2. Mengasingkan tempat tidur
  3. Memukul bertujuan mendidik
11.

Perceraian antara suami isteri yang dikaitkan dengan bayaran tertentu ialah

a)

li'an

b)

nusyuz

c)

khuluk

d)

fasakh

12.

ENCIK ABU MENCERAIKAN ISTERINYA DENGAN TALAK SATU KETIKA ISTERINYA SUCI DARIPADA HAID DAN TIDAK DISETUBUHI KETIKA SUCI.


Namakan jenis talak bagi situasi di atas.

a)

Talak Bain

b)

Talak Raj'i

c)

Talak Sunni

d)

Talak Bid'i

13.

MELARANG PARA SAHABAT MENINGGALKAN KOTA MADINAH KECUALI MENDAPAT KEIZINAN KHALIFAH.


Pernyataan di atas adalah polisi khalifah..

a)

Abu Bakar as-Siddiq r.a.

b)

Umar bin al-Khattab r.a.

c)

Uthman bin Affan r.a.

d)

Ali bin Abi Talib r.a.

14.

MENUKAR PEGAWAI-PEGAWAI BERKETURUNAN UMAIYAH YANG DILANTIK KHALIFAH SEBELUMNYA.


Pernyataan di atas ialah polisi khalifah..

a)

Abu Bakar as-Siddiq r.a.

b)

Umar bin al-Khattab r.a.

c)

Uthman bin Affan r.a.

d)

Ali bin Abi Talib r.a.

15.

KEGIATAN ILMU ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH DI BAGHDAD:

*PUSAT SUMBER

*PUSAT PENTERJEMAHAN

*PUSAT PENYELIDIKAN ILMIAH

*PUSAT PERTEMUAN PARA SARJANA


Pernyataan di atas merujuk kepada..

a)

Madrasah Nizamiyah

b)

Baitul Hikmah

c)

Darul Hikmah

d)

Kuttab

16.
  • SAUDARA KANDUNG AS-SAFFAH
  • KHALIFAH KEDUA KERAJAAN BANI ABBASIYAH


Pernyataan di atas berkaitan dengan khalifah

a)

Al-Makmun

b)

Al-Mutawakkil

c)

Harun ar-Rashid

d)

Abu Jaafar al-Mansur

17.

Al-Ghanimah ialah.......

a)

cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam

b)

cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam

c)

harta rampasan daripada orang kafir harbi bukan melalui peperangan

d)

harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam melalui peperangan

18.

BERKETURUNAN PARSI.

DILAHIRKAN DI KOTA KUFAH.

BAPANYA SEORANG PENIAGA KAIN.

MENINGGAL DUNIA TAHUN 150H.


Pernyataan di atas berkaitan dengan riwayat hidup tokoh ........

a)

Imam Abu Hanifah r.a.

b)

Imam Malik r.a.

c)

Imam as-Syafii r.a.

d)

Imam Ahmad bin Hanbal r.a.

19.

IMAM ABU HANIFAH R.A.

IMAM MALIK R.A.

IMAM AS-SYAFII R.A.

IMAM AHMAD BIN HANBAL R.A.


Tokoh-tokoh di atas lebih terkenal dengan ilmu...

a)

hadis

b)

fikah

c)

tafsir

d)

tauhid

20.

BERDASARKAN WAHYU

KAJIAN SAINTIFIK

MATLAMAT YANG JELAS


Pernyataan di atas berkaitan dengan adab..

a)

berfikir

b)

berzikir

c)

berjihad

d)

bermusafir