wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 3 - PENCAPAIAN KENDIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud membuat keputusan yang bijak?

a)

Mengambil kira baik buruk sesuatu perkara sebelum bertindak

b)

Mengambil kira kedudukan dan darjat seseorang sebelum membuat keputusan

c)

Mengambil kira pengaruh rakan sebaya sebelum membuat keputusan

d)

Mengambil kira perasaan seseorang tanpa mengira warna kulit dan pertalian darah

2.

Keputusan yang dibuat secar berat sebelah boleh..

a)

menguntungkan kedua-dua belah pihak yang terlibat

b)

memajukan diri individu yang terlibat

c)

menjaga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak yang terlibat

d)

menimbulkan rasa tidak puas hati dan persengketaan

3.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat sesuatu keputusan kecuali..

a)

membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar

b)

mengambil keputusan yang memberi kepuasan kepada diri sendiri sahaja

c)

Menilai kesan baik dan buruk sesuatu keputusan yang diambil

d)

mendengar nasihat dan pandangan daripada ibu bapa

4.

Keputusan yang akan diambil haruslah..

a)

mengikut nasihat rakan sebaya

b)

mendatangkan kebaikan bersama

c)

mengikut gerak hati sendiri

d)

mudah dilaksanakan oleh semua pihak

5.

Berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar sebelum memilih jurusan, kecuali..

a)

potensi diri

b)

peluang kerjaya

c)

bilangan tenaga pengajar

d)

kelayakan akademik

6.

Mary Anne meminati mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Pendidikan Seni Visual. Apakah jurusan yang sesuai untuk Mary Anne?

a)

Jurusan sains

b)

Jurusan agama

c)

Jurusan sastera

d)

Jurusan teknikal

7.

Kita perlu membuat keputusan yang adil dan bijak untuk..

a)

meringankan beban seseorang

b)

menaikkan semangat seseorang

c)

meningktkan keyakinan diri

d)

menyelesaikan masalah yang dihadapi secara berkesan

8.

Apakah akibat sekiranya kita membuat keputusan yang berat sebelah?

a)

Menganggu emosi seseorang

b)

Menimbulkan perselisihan faham

c)

Merugikan diri sendiri

d)

Mencemar imej keluarga

9.

Bagaimanakah cara seseorang boleh menunjukkan tindakan yang bertanggungjawab?

a)

Merancang srategi untuk bersaing dengan orang lain

b)

Menilai orang lain untuk mengetahui kelemahan dirinya

c)

Membuat keputusan yang wajar dan waras dalam kehidupan

d)

Memastikan setiap tindakan yang diambil mempunayi risiko

10.

Seseorang pelajar hendaklah memilih jurusan yang sesuai dengan potensi diri agar..

a)

mampu bersaing dengan rakan lain

b)

tidak mendatangkan masalah kepada kedua-dua orang tua

c)

boleh mengembangkan potensi diri

d)

kehidupan menjadi lebih aman

11.

Apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mencari ramai kawan

c)

Mengadakan perbincangan

d)

Meluahkan dalam diari peribadi

12.

Sebarang keputusan yang akan diambil perlulah..

a)

berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai

b)

mengambil kira kepentingan diri seseorang individu

c)

mendatangkan keuntungan kepada diri dan ahli keluarga

d)

berpandukan kepada paksaan orang di sekeliling kita

13.

Sebelum membuat keputusan, seseorang individu harus menitikberatkan perkara berikut.

a)

Keadaan mental orang yang bakal menerima keputusan tersebut

b)

Keuntungan yang bakal dimiliki oleh individu yang membuat keputusan

c)

Kepuasan yang akan dirasai oleh semua pihak yang berkonflik

d)

Kesan keputusan tersebut terhadap diri dan orang lain

14.

Apakah kebaikan membuat analisis untuk menyelesaikan masalah?

a)

Memudahkan kita membuat pilihan yang tepat

b)

Menyebabkan kita memperoleh keputusan yang memberangsangkan

c)

Mewujudkan jalan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak

d)

Mengakibatkan seseorang individu memperoleh jalan pintas

15.

Mengapakah terdapat individu yang tidak boleh membuat keputusan?

a)

Terlalu mengikut perasaan atau gerak hati

b)

Bergantung kepada keputusan orang lain

c)

Perbezaan keupayaan dan kebolehan dalam diri setiap individu

d)

Faktor semula jadi yang disebabkan oleh keturunan

16.

Apakah peranan ibu bapa terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh anak-anak mereka?

a)

Menolak setiap keputusan yang dibuat

b)

Mendorong anak-anak membuat keputusan yang bijak

c)

Memikirkan penyelesaian kepada keputusan yang dibuat anak-anak

d)

Membiarkan anak-anak membuat keputusan yang mereka sukai

17.

Siapakah individu terdekat yang akan menerima kesan daripada keputusan kita?

a)

Guru

b)

Rakan

c)

Ibu bapa

d)

Pihak sekolah

18.

Kita hendaklah memilih jurusan yang sesuai dengan potensi diri agar

a)

mampu bersaing dengan rakan yang lain

b)

kehidupan kita menjadi lebih mudah

c)

tidak menimbulkan masalah kepada ibu bapa

d)

dapat mengembangakan potensi diri yang dimiliki

19.

Pilih perlakuan yang menggambarkan tindakan yang bertanggungjawab.

a)

Sani mengikut ayahnya ke kebun

b)

Suraya berkongsi masalahnya dengan Rajoo

c)

Marie menghubungi neneknya di luar negara

d)

Rogayah mencungkil rahsia peribadi jirannya

20.

Bagaimanakah kita boleh menunjukkan tindakan yang bertanggungjawab?

a)

Membuat keputusan yang wajar dalam kehidupan

b)

Menilai orang lain untuk mengetahui kelemahannya

c)

Memastikan tindakan yang diambil itu mempunyai risiko

d)

Menyusun strategi sebelum mensabotaj orang lain