wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 5 - Kesultanan Melayu Melaka (Tingkatan 2) [5.1 - 5.2]

Total questions: 31

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah keistimewaan bentuk muka bumi Melaka yang sesuai dijadikan benteng pertahanan?

a)

Tanah rata

b)

Tanah pamah

c)

Berbukit-bukau

d)

Bergunung-ganang

2.

Apakah nilai yang dimiliki oleh Parameswara apabila memilih lokasi Sungai Bertam sebagai tapak kerajaan?

a)

Adil

b)

Tegas

c)

Amanah

d)

Bijaksana

3.

Antara berikut, yang manakah tugas Penghulu Bendahari?

a)

Pemungut hasil

b)

Penguasa bandar

c)

Ketua angkatan laut

d)

Ketua polis dan penjara

4.

Adat Temenggung merupakan undang-undang adat yang diamalkan di semua negeri Melayu kecuali

a)

Johor

b)

Melaka

c)

Pahang

d)

Negeri Sembilan

5.

Parameswara memilih lokasi yang strategik untuk membentuk kerajaan, iaitu di muara

a)

Sungai Bertam

b)

Selat Melaka

6.

Kedudukan Melaka di laluan perdagangan antara timur dan barat membolehkannya mengawal

a)

laluan kapal dagang

b)

kegiatan lanun

7.

Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau sesuai dijadikan

a)

kawasan pertanian

b)

benteng pertahanan

8.

Pokok yang menjadi pelindung semula jadi dan benteng pertahanan yang banyak terdapat di pesisir pantai ialah

a)

pokok kelapa dan getah

b)

pokok bakau dan api-api

9.

Menurut teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur daripada

a)

Raden Wijaya

b)

Iskandar Zulkarnain

10.

Raja memiliki ciri kepimpinan dan memerintah berdasarkan bidang kuasa yang telah ditetapkan

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

11.

Penasihat raja/Ketua turus angkatan perang/Ketua hakim/Pemangku sultan

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Ketua Bendahari

12.

Ketua angkatan laut/Pengawal peribadi sultan/Ketua duta/Ketua utusan ke negara luar/Hakim di laut

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Penghulu Bendahari

13.

Ketua polis dan penjara/Penguasa bandar dan kota Melaka/Hakim di darat/Pegawai protokol istana

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Penghulu Bendahari

14.

Mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456).

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

15.

Mengandungi 25 fasal yang menerangkan peraturan di laut, tertib meniaga dan tatacara berjual beli.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

16.

Mengandungi hukum Islam yang berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

17.

Membolehkan perdagangan berjalan lancar dan adil serta memberi keyakinan kepada para pedagang.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

18.

Berjaya mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan rakyat serta mengatasi jenayah dalam negeri.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

19.

Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang. Di bawa masuk ke Melaka pada abad ke-15 dan diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

20.

Berkaitan sistem penggantian sultan di mana takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung.

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

21.

Dilakukan untuk menjalin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

a)

Penaklukan

b)

Perkahwinan

c)

Naungan

22.

Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain.

a)

Penaklukan

b)

Perkahwinan

c)

Naungan

23.

Pemerintah kerajaan lain rela bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Penaklukan

b)

Perkahwinan

c)

Naungan

24.

Pembentukan empayar membolehkan Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah dan jajahan takluknya, mengukuhkan hubungan dengan kerajaan lain dan menyekat kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Pembentukan empayar membolehkan Kerajaan Melayu Melaka menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan ketenteraan.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India, China dan Alam Melayu.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Pembentukan empayar membolehkan Islam berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, timur Sumatera dan Patani.

a)

Betul

b)

Salah

28.

Pusat pemerintahan dan pentadbiran terletak di tempat raja bersemayam.

a)

Pentadbiran pusat

b)

Pentadbiran kawasan naungan

c)

Pentadbiran kawasan jajahan

29.

Pemerintahan ini diketuai oleh pemerintah berkenaan dan dibantu oleh pembesar tempatan.

a)

Pentadbiran pusat

b)

Pentadbiran kawasan naungan

c)

Pentadbiran kawasan jajahan

30.

Pemerintahan ini diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

a)

Pentadbiran pusat

b)

Pentadbiran kawasan naungan

c)

Pentadbiran kawasan jajahan

31.

Pemerintahan ini diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan Melaka.

a)

Pentadbiran pusat

b)

Pentadbiran kawasan naungan

c)

Pentadbiran kawasan jajahan