NEW
Font size
WorksheetsIMPULS DAN DAYA IMPULS
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Seorang pemain bola lisut mengerakkan tangannya ke belakang ketika menangkap satu bola yang bergerak laju.Pergerakan tangan ini ialah untuk
menambahkan daya impuls
menambahkan masa untuk bola itu berhenti
mengawal bola itu daripada jatuh
Rajah menunjukkan seorang ahli payung terjun sedang mendarat dengan kakinya dibengkokkan.Mengapakah ahli payung terjun itu membengkokkan kakinya?
Untuk memanjangkan masa hentaman kaki dengan tanah
Untuk memendekkan masa hentaman kaki dengan tanah
Untuk memanjangkan masa jatuh ke tanah
Mengapakah bahagian hadapan dan bahagian belakang kereta direka bentuk supaya mudah remuk?
Untuk menambahkan masa hentaman
Untuk mengurangkan momentum
Untuk mengurangkan impuls
Rajah menunjukkan sebuah kereta.Zon remuk direka untuk
mengurangkan momentum
menambahkan daya impuls
memanjangkan masa perlanggaran
menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan graviti
Atlet itu membengkokkan kakinya untuk mengurangkan
impuls ke atas kakinya
daya impuls ke atas kakinya
halaju sejurus sebelum mendarat
masa hentaman antara kakinya dan pasir
Sebiji bola berjisim 150 g disepak dengan halaju 60 m s-1 dari keadaan pegun. Berapakah daya impuls, jika masa tindakbalas menyepak adalah 5 ms?
1300 N
1600 N
1800 N
1900 N
Antara berikut yang manakah akan mengurangkan daya impuls semasa perlanggaran.
Penggunaan kaca anti selerak
Penggunaan tayar kereta yang lebih besar.
Pembinaan bahagian-bahagian dalam kereta yang tegar
Penggunaan bahagian hadapan dan belakang kereta yang mudah remuk
Rajah menunjukkan suatu bekas yang direka bentuk khas untuk menyimpan telur.Mengapa bekas itu direka bentuk sedemikian rupa ?
Untuk menjimatkan kos
Untuk memuatkan lebih banyak telur
Untuk mengurangkan kesan daya impuls
Untuk mengelakkan telur daripada tercampak keluar
Gambar rajah menunjukkan sebuah kereta dilengkapi bamper penyerap hentakan.Kebaikan menggunakan bamper penyerap hentakan ialah
untuk memastikan kereta akan menyahpecut semasa kemalangan.
untuk mengurangkan daya impuls semasa kemalangan.
untuk memastikan kereta tidak remuk semasa kemalangan
Sebiji bola berjisim 0.5 kg ditendang dengan daya 10 N. Jika daya dikenakandalam masa 0.2 s, berapakah impuls yang dialami oleh bola?
0.8 N s
2.0 N s
10.2 N s
30.0 N s
