NEW
Font size
WorksheetsPEMBENTUKAN MALAYSIA
Total questions: 35
Worksheet time: 21mins
Pada tahun 1959 Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.
Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?
A Mengawal kemasukan imigran
B Melemahkan parti berhaluan kiri
C Memperkukuh semangat setia kawan
D Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
Masalah di Singapura dan Sarawak dapat ditangani dengan menggabungkan kedua-dua negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.
Merujuk pernyataan di atas, masalah yang dimaksudkan ialah:
A Kemunduran kegiatan ekonomi
B Keseimbangan komposisi kaum
C Perkembangan pengaruh komunis
D Pertambahan golongan imigran
Mengapakah cadangan Lee Kuan Yew untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ditolak oleh Tunku Abdul Rahman?
Mencetuskan rusuhan kaum
Menyebarkan idea komunisme
Mendapat tentangan Parti Perikatan
Menyebabkan ketidakseimbangan kaum
Apakah keistimewaan pembentukan Malaysia kepada wilayah berikut?
- Sabah
- Sarawak
- Singapura
Mempercepat kemerdekaan
Menyeragamkan pemerintahan
Mengurangkan kos pentadbiran
Menamatkan pertelingkahan kaum
Mengapakah British menyokong pembentukan Malaysia?
I Menyeimbangkan kaum
II Memodenkan pentadbiran
III Menyekat pengaruh komunis
IV Menjamin kepentingan terkawal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia yang bertujuan untuk
membanteras ancaman komunis
memajukan pendidikan masyarakat
mewujudkan perpaduan pelbagai kaum
mengimbangi kadar pertumbuhan kaum
Apakah sebab Lee Kuan Yew berminat untuk menyertai Malaysia?
I Desakan pihak British
II Pengaruh barisan Sosialis
III Mempertahankan kedudukannya
IV Meningkatkan hubungan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
- Diketuai oleh Ong Kee Hui
- Menentang Gagasan Malaysia
Apakah parti politik tersebut?
Parti Negara Sarawak (PANAS)
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
Apakah tujuan penubuhan Parti Perikatan Sarawak?
I Menyekat pengaruh SUPP
II Menentang penjajahan British
III Menghalang ancaman komunis
IV Menyokong Gagasan Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
Pihak yang bertanggungjawab membincangkan perkara tersebut ialah
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Cobbold
Jawatankuasa Antara Kerajaan
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Apakah tindakan Malaysia untuk membalas serangan Indonesia pada tahun 1963?
I Menyebarkan propaganda
II Menghantar tentera pengintip
III Meminta bantuan tentera Komanwel
IV Menghantar bantahan rasmi kepada PBB
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah FIlipina menentang penggabungan Sabah ke dalam Malaysia?
Pelaburan Filipina di Borneo tergugat
Kepentingan Filipina di Sabah terjejas
Dakwaan Sabah milik Kesultanan Sulu
Penjajahan kuasa baharu di Asia Tenggara
Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Cobbold?
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran negara
Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Mengemukakan tuntutan Perkara 20 ke dalam Perlembagaan Malaysia
Meninjau kesediaan penduduk Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia
Apakah tindakan untuk menyelesaikan tentangan dari Filipina dan Indonesia berkaitan dengan pembentukan Malaysia?
Penubuhan MAPHILINDO
Pembentukan Suruhanjaya Bebas
Penubuhan Persatuan Asia Tenggara
Pengenalan Jawatankuasa Rundingan
Hari perisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dikenali sebagai
Hari Merdeka
Hari Malaysia
Hari Kebangsaan
Hari Tanah Melayu
Faktor-faktor Pembentukan Malaysia adalah seperti berikut KECUALI
Ancaman komunis
Keseimbangan kaum
Mempercepatkan kemerdekaan
Mewujudkan Negara Malaysia Raya
Berikut ialah sebab-sebab Singapura disingkirkan dari Malaysia KECUALI
Persaingan politik PAP dan MCA
Masalah perkauman
Rasa tidak puas hati kerana agihan hasil cukai dinaikkan
Ancaman Komunis
