wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 BAB 3 MENGHASILKAN MVO BAGI PERNIAGAAN

Total questions: 36

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Apakah matlamat utama sesebuah organisasi perniagaan?
a)
Menguasai syer pasaran
b)
Memaksimumkan keuntungan
c)
Membesarkan operasi perniagaan
d)
Menjalankan tanggungjawab sosial
2.
Apakah maksud berdaya saing?
a)
Jenama produk mendapat sambutan di pasaran
b)
kemampuan untuk terus bertahan dalam industri
c)
perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik
3.
Faktor manakah yang menentukan kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?
a)
Perundangan
b)
Dasar kerajaan
c)
Keadaan ekonomi
d)
Kewangan yang kukuh
4.
Apakah matlamat utama perniagaan menguasai syer pasaran?
a)
Dapat menghapuskan persaingan
b)
Dapat meraih keuntungan yang besar
c)
Memimpin pengeluar lain dalam pasaran
d)
Untuk mendapatkan kesetiaan pengguna
5.
Apakah peranan ketua eksekutif dalam organisasi?
a)
Mengawal pekerja di bahagian operasi
b)
Mengagihkan sumber-sumber organisasi
c)
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti khusus
d)
Menentukan hala tuju jangka masa panjang
6.
Strategi promosi jualan yang manakah yang membolehkan pengguna mengetahui kualiti sesuatu barang sebelum membuat keputusan pembelian?
a)
Peraduan
b)
Kupon percuma
c)
Jualan Murah
d)
Sampel
7.
Apakah tujuan utama penjual mengadakan promosi jualan?
a)
Untuk meningkatkan jualan
b)
Untuk menguasai syer pasaran
c)
Untuk mengatasi para pesaing
d)
Untuk mewujudkan kesetiaan jenama
8.
Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?
a)
Memenuhi keperluan undang-undang
b)
Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan
c)
Dapat melaksanakan tanggangjawab sosial
d)
Menarik minat pengguna melanggan di kedainya
9.
Pernyataan manakah yang benar tentang kos tetap?
a)
Kos yang ditanggung bergantung pada kuantiti produk
b)
Kos akan meningkat apabila kos bahan mentah meningkat
c)
Kos yang perlu ditanggung walaupun kilang tidak beroperasi
d)
Kos elektrik dan air adalah sebahagian daripada komponen kos tetap
10.
Bagaimanakah seseorang pengurus pengeluaran dapat menjimatkan kos berubah?
a)
Dengan meningkatkan kuantiti keluaran
b)
Mengurangkan pembayaran bonus kepada pekerja
c)
Dengan menjimatkan penggunaan elektrik dan air di kilang
11.
Apakah langkah yang boleh diambil oleh perniagaan untuk menghadapi persaingan dalam jangka masa panjang?
a)
Menjalankan promosi jualan
b)
Menjual barang secara kredit
c)
Menjual barang pada harga kos
12.
Kegagalan mendapatkan untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas. Apakah kesannya kepada perniagaan?
a)
Sukar untuk mendapatkan pembiayaan bank
b)
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
c)
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
13.
Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang meningkat? 
a)
Guna tenaga semakin menurun
b)
Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran
c)
Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
d)
Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
14.

Carta Gantt ialah

a)

carta yang menunjukkan masa permulaan bagi aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

b)

carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

c)

carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh masa yang telah ditetapkan

d)

carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

15.
Akta yang manakah melindungi kepentingan peniaga dan pengguna?
a)
Akta Syarikat 1965
b)
Akta Perkongsian 1961
c)
Akta Jualan Barangan 1957
d)
Akta Perhubungan Industri 1967
16.
Apakah kelebihan penggunaan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja?
a)
Pekerja dapat membawa idea baru
b)
Pekerja sedia ada lebih bermotivasi
c)
Pekerja membawa kemahiran baharu 
d)
Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain
17.
Apakah itu deflasi?
a)
Satu keadaan di mana harga barang naik secara mendadak
b)
Satu fenomena kekurangan barang dan perkhidmatan di pasaran
c)
Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan secara berterusan
18.
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi syarikat berhad?
a)
Pengurus besar 
b)
Ketua eksekutif
c)
Pemegang saham 
d)
Lembaga pengarah
19.
Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin menurun. Faktor luaran yang manakah membawa kepada keadaan demikian?
a)
Pekerja kurang bermotivasi
b)
Keadaan ekonomi semakin lembab
c)
Strategi pemasaran yang kurang berkesan
d)
Kos pengeluaran semakin meningkat
20.
Apakah kesan inflasi?
a)
Kuasa beli wang meningkat
b)
Taraf hidup rakyat meningkat
c)
Kos sara hidup semakin meningkat
d)
Pendapatan boleh guna meningkat
21.
Manakah merupakan faktor ancaman kepada syarikat ancaman kepada syarikat yang ingin meneroka pasaran antarabangsa?
a)
Amalan dan cara hidup yang berbeza
b)
Pekerja yang kurang berpengalaman
c)
Pengurusan kewangan yang tidak teratur 
d)
Gagal mengeluarkan produk mengikut cita rasa penduduk
22.
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusi?
a)
Meningkatkan pembayaran gaji
b)
Membawa masuk teknologi baru
c)
Meningkatkan bilangan kakitangan
d)
Mengadakan latihan dan pembangunan
23.
Manakah merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi, dan objektif organisasinya?
a)
Politik
b)
Ekonomi 
c)
Undang-undang
d)
Sumber manusia
24.
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
a)
Motivasi pekerja akan terjejas
b)
Imej produk terjejas dimata pengguna
c)
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
d)
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
25.
Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?
a)
Pemilik mengubah lokasi perniagaan
b)
Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
c)
hasil meningkat dari semasa ke semasa
26.
Manakah rumus yang digunakan untuk mengira titik pulang modal (TPM)?
a)
Jumlah hasil = Jumlah Kos
b)
Kos Tetap = Kos Berubah
c)
Jumlah hasil melebihi jumlah kos
d)
Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos
27.
Antara yang berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan perniagaan?
I   Melibatkan urus niaga jual beli keluaran
II  Memenuhi keperluan dan kehendak  pengguna
III Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
IV Aktiviti urus niaga menjamin keuntungan untuk peniaga
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
28.
Antara berikut, yang manakah benar tentang tujuan perniagaan?
a)
mewujudkan peluang pekerjaan
b)
membantu masyarakat setempat
c)
meningkatkan pendapatan negara
d)
menawarkan barang dan perkhidmatan
29.
Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan
a)
Jumlah jualan - kos stok
b)
Jualan kos + Jualan hasil
c)
Jumlah jualan - Jumlah kos
d)
Jumlah hasil + Jumlah kos barang
30.
Tujuan Perniagaan Nagoya Sdn Bhd menjual pakaian dan kain adalah untuk
a)
memajukan perniagaan ke seluruh negara
b)
meningkatkan taraf hidup pemilik dan pekerja
c)
memperoleh pendapatan selepas cukai yang tinggi
d)
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna sasaran
31.
Apakah maksud jualan pada harga di bawah kos
a)
penetapan harga jualan barang di bawah harga pasaran
b)
Penetapan harga jualan barang di bawah harga pesaing
c)
Penetapan harga jualan barang di bawah harga minima
d)
penetapan harga lebih rendah berbanding dengan kos sebenar
32.
              Kedai Runcit Sham
Pernyataan di atas menunjukkan sejenis milikan perniagaan. Pernyataan manakah yang merupakan tujuan perniagaan tersebut?
a)
Menyediakan perkhidmatan secara percuma
b)
Memaksimumkan keuntungan
c)
Menawarkan perkhidmatan pada harga kos
d)
Menawarkan perkhidmatan di bawah kos
33.
Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?
a)
Akta Syarikat 1965
b)
Akta Perkongsian 1961
c)
Akta Perihal dan Dagangan 1972
d)
Akta Perhubungan Industri 1967
34.

Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?

a)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi

b)

Mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi

c)

Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran

d)

Menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat organisasi

35.

Yang manakah BUKAN konsep asas perniagaan.

a)

Barang dan perkhidmatan

b)

Kontrak perniagaan

c)

Pertukaran barang

d)

Keuntungan perniagaan

36.

Pilih organisasi yang bukan bermotifkan untung?

a)

Coop mart

b)

Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF)

c)

Jakel Trading Sdn Bhd

d)

Restoran Mohamad Rafi