NEW
Font size
WorksheetsSOALAN PERCUBAAN PERNIAGAAN N,KELANTAN 2024 K1
Total questions: 40
Worksheet time: 59mins
1. Antara berikut, perkara manakah yang berkaitan dengan maksud perniagaan?
I Memberi sumbangan sosial kepada masyarakat
II Melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan
III Aktiviti urus niaga mendapat keuntungan untuk peniaga
IV Menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
2. Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?
Pengkhususan kerja mudah dilakukan
Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
Pekerja mudah memperoleh pengalaman
Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan
3 Maklumat menunjukkan perubahan jenis pemilikan perniagaan.
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
Membolehkan ahli menanggung liabiliti terhad
Menggalakkan pengumpulan modal lebih besar
Membenarkan kawalan ahli ke atas perjalanan syarikat
Memudahkan pertukaran ahli Lembaga Pengarah Syarikat
4 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan:
Aktiviti tidak berunsur politik
Melaksanakan kegiatan ekonomi untuk keperluan ahli
Setiap anggota mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Koperasi
Perkongsian
Milikan tunggal
Syarikat Sendirian Berhad
5. Rajah 1 berkaitan dengan sektor perniagaan.
Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA)
Hijrah Kembara Travel & Tours Sdn. Bhd.
Syarikat Perladangan Sime Darby l
Syarikat Batik Air Malaysiatungga
6. Apakah peranan francaisi?
Menyediakan latihan dan kursus
Menjalankan aktiviti promosi bersepadu
Membuat pembayaran dalam bentuk fi
Menyediakan peralatan dan sumber kewangan
7 Maklumat berikut berkaitan suatu peranan agensi kerajaan dalam ekonomi.
# Mengawal penawaran wang dalam ekonomi bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi atau inflasi.
Apakah agensi kerajaan tersebut?
Bank Negara Malaysia (BNM)
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
8 Bagaimanakah kerajaan membantu peniaga memajukan perniagaan mereka?
I Memupuk kesedaran perlindungan pengguna dalam kalangan peniaga
II Menyedarkan peniaga tentang tanggungjawab terhadap masyarakat
III Mengadakan latihan dan kursus dalam pengurusan perniagaan
IV Mempromosikan keluaran tempatan di pasaran antarabangsa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
9 Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran.
# Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Kitaran
Struktur
Bermusim
Teknologi
10 Faktor persekitaran yang manakah membawa kepada perubahan perniagaan?
A
B
C
D
11 Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pasaran.
#Produk yang dikeluarkan adalah untuk ditawarkan kepada semua pengguna seperti sabun pencuci dan sos tomato.
Apakah jenis pasaran tersebut?
Pasaran produk
Pasaran kewangan
Pasaran untuk semua (mass market)
Pasaran dalam talian (online)
12 Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan ?
Kewangan
Sosiobudaya
Jangka masa
Daya saing
13 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri objektif.
# Objektif syarikat untuk meningkatkan hasil jualan dari 15% (tahun 2023) kepada 30% (tahun 2024).
Apakah objektif tersebut?
Boleh diukur (Meaurable)
Munasabah (Realistic)
Boleh dicapai (Attainable)
Jangka masa (Time frame)
14 Maklumat di bawah diperoleh daripada Syarikat Sepatu Selesa Sdn. Bhd. :
# Kos tetap : RM168 000
# Harga sepasang kasut sekolah : RM40
# Kos berubah seunit : RM8
Berapa pasang kasut yang perlu dijual untuk mencapai Titik Pulang Modal?
3 500
4 200
5 250
7 570
15 Apakah langkah yang perlu diambil oleh peniaga sekiranya gagal mencapai objektif?
I Mengurangkan kos operasi
II Menaikkan harga produk
III Memberi bonus kepada pekerja
IV Mempelbagaikan barang dan perkhidmatan
I dan II
I da n IV
II dan III
III dan IV
16 Apakah maksud bahagian fungsian?
Maklumat tentang bahagian fungsian dengan tepat
Satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang
Hala tuju organisasi dalam pembuatan sesuatu keputusan
Rantaian organisasi yang mengandungi tanggungjawab dan fungsi khusus
17 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan satu bahagian fungsian.
Memeriksa semua tempahan
Melibatkan aktiviti pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran barang
Berkait rapat dengan bahagian fungsian pengeluaran dan jualan
Apakah bahagian fungsian tersebut ?
Pentadbiran
Pengagihan
Penyelidikan dan pembangunan
Teknologi maklumat dan komunikasi
18 Pilih pernyataan yang berkaitan dengan bahagian fungsian jualan.
I Menyediakan sebut harga untuk pelanggan
II Menyemak dan mengemas kini rekod pengguna
III Menjalankan penyelidikan untuk mengetahui citarasa pelanggan
IV Menyediakan pakar bagi memberi maklumat mengikut kehendak pelanggan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
19 Gambar 1 menunjukkan peralatan yang digunakan dalam organisasi perniagaan.
Apakah kelebihan penggunaan alat tersebut? A B C
Menukarkan input kepada output
Memastikan produk berkualiti dapat dihasilkan
Menjadikan operasi perniagaan menjadi lebih cekap dan berkesan
Memastikan barang yang dihasilkan sampai ke tangan pengguna
Gambar 2 menunjukkan sejenis perkhidmatan. Apakah saluran agihan yang sesuai bagi perkhidmatan di atas?
Pengeluar --> Pemborong --> Peruncit --> Pengguna
Pengeluar --> Ejen --> Pengguna
Pengeluaran--> Peruncit --> Pengguna
Pengeluar --> Pemborong --> Pengguna
21 Apakah maksud penjanaan idea dalam aktiviti pembangunan produk baharu?
Menghasilkan produk yang berpotensi
Proses memenuhi keperluan pasaran
Mereka bentuk produk
Proses membuat keputusan
22 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
# Pekerja diberi penerangan tentang tanggungjawab dan tugas.
Apakah peranan tersebut?
Membangunkan pasukan bagi mencapai sasaran
Membentuk persekitaran kerja yang harmoni
Memantapkan budaya profesional
Merancang deskripsi tugas
23 Antara berikut, faktor yang manakah mendorong sesebuah perniagaan menawarkan skim penamatan perkhidmatan secara sukarela (VSS)?
I Prestasi pekerja rendah
II Kemelesetan ekonomi dunia
III Penurunan jumlah jualan tahunan
IV Kekurangan sumber teknologi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
24 Pernyataan manakah berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?
Mewajibkan caruman ke atas majikan dan pekerja
Memberi bayaran tunai berdasarkan pretasi pekerja
Menyediakan bantuan perubatan kepada pekerja
Melindungi majikan daripada tuntutan pekerja
25 Antara berikut , sumber teknologi yang manakah terlibat bagi syarikat perfileman?
I Lesen perisian
II Kemahiran mengedit video
III Peralatan rakaman
IV Bangunan studio
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
26 Rajah 2 berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal.
Apakah contoh yang sesuai bagi R?
Menjamin kesetiaan pekerja
Kawalan kerugian akibat kecurian
Latihan kebakaran dan kecemasan
Pemeriksaan mesin dua kali sebulan
27 Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan dalaman.
Simpanan peribadi
Pajakan
Rizab
Syer
28 Antara berikut, faktor yang manakah akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan sesuatu pinjaman?
I Nilai aset yang dicagarkan
II Nama perniagaan
III Bilangan rakan kongsi
IV Tempoh bayaran balik pinjaman
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
29 Apakah contoh kos berubah?
A Sewa kilang
B Harga jentera
C Premium insurans
D Bayaran bahan mentah
30 Maklumat berikut diambil daripada penyata aliran tunai perniagaan Puan Sarah yang mengusahakan tanaman buah naga pada bulan Januari 2023.
# Tunai di tangan RM60 000
# Penerimaan RM135 000
# Pembayaran RM89 000
# Kelengkapan RM20 000
Berapakah baki akhir bulan Januari 2023?
A RM86 000
B RM106 000
C RM126 000
D RM175 000
31 Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Teguh Hardware Sdn. Bhd.
# Nisbah semasa Syarikat Teguh Hardware Sdn. Bhd. ialah 4 : 1.
Apakah taksiran mengenai nisbah tersebut?
A Setiap RM1 liabiliti semasa, syarikat mempunyai RM4 aset semasa untuk menjelaskannya
B Jika RM4 dilaburkan, syarikat memperoleh untung bersih sebanyak RM1
C Separuh daripada jumlah aset adalah aset semasa
D Jumlah aset melebihi empat kali ganda liabiliti
32 Maklumat berikut berkaitan sejenis kos pengeluaran.
# Pihak pengurusan Kilang Elektronik Seng membayar insurans setiap bulan untuk melindungi mesin dan kelengkapan daripada risiko kebakaran.
Apakah kos tersebut?
A Kos berubah
B Kos jualan
C Kos tetap
D Kos stok
33 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan sifat usahawan inovatif?
I Kebolehan mencipta produk yang belum ada di pasaran
II Kebolehan menghasilkan produk standing pesaing
III Kemampuan membuat perubahan ke atas produk
IV Keupayaan menambah baik produk sedia ada
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
34 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis stok. Apakah jenis stok tersebut?
# Stok yang mengambil masa lama untuk dijual.
# Risiko tinggi kerana stok mudah rosak dan ketinggalan zaman.
A Stok bergerak pantas
B Stok bergerak perlahan
C Stok bergerak langsung
D Stok bergerak malar
35 Apakah kekuatan diri usahawan dalam membina rangkaian perniagaan?
A Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
B Kemahiran pembangunan karektar diri
C Perhubungan baik dengan pasangan
D Keupayaan membina jenama
36 Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan?
I Pemilihan lokasi
II Pemasaran
III Persaingan
IV Pengagihan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
37 Apakah dokumen perniagaan yang digunakan dalam urusniaga secara kredit?
A Surat pesanan
B Invois
C Resit
D Nota debit
38 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah promosi perniagaan:
# Maklumat mempunyai kredebiliti yang tinggi
# Kos siaran ditanggung oleh pihak media massa
Apakah kaedah promosi tersebut?
A Jualan Langsung
B Bunting
C Publisiti
D Pengiklanan
38 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah promosi perniagaan:
# Maklumat mempunyai kredebiliti yang tinggi
# Kos siaran ditanggung oleh pihak media massa
Apakah kaedah promosi tersebut?
A Melayakkan mendapat pelbagai pinjaman
B Mendapat ganjaran wang daripada SSM
C Mendapatkan cagaran daripada pihak bank
D Memudahkan usahawan menyediakan dasar perniagaan
38 Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah promosi perniagaan:
# Maklumat mempunyai kredebiliti yang tinggi
# Kos siaran ditanggung oleh pihak media massa
Apakah kaedah promosi tersebut?
A Jualan Langsung
B Bunting
C Publisiti
D Pengiklanan
