Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BUDAYA DAN WARISAN MALAYSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

4 zaman terpenting yang dilalui oleh Tanah Melayu adalah seperti berikut, KECUALI

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Batu

c)

Zaman Paleolitik

d)

Zaman Mesolitik

2.

BIlakah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

21 Mac 1948

b)

21 Ogos 1948

c)

21 Disember 1948

d)

21 Januari 1948

3.

Dalam catatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Alam Melayu sebelum abad ke-15 ketika beliau melawat Sumatera pada tahun 1292. Apakah pelabuhan pertama yang disinggahinya?

a)

Perlak

b)

Melaka

c)

Temasik

d)

Pasai

4.

Terdapat 3 teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu, KECUALI

a)

Pedagang Islam dari China

b)

Pedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab

c)

Pedagang Islam dari India

d)

Pedagang Islam dari Sumatera

5.

Penemuan arkeologi menunjukkan agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu pada zaman kerajaan awal Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah dijumpai di Samudera-Pasai?

a)
b)
c)
d)
6.

Salah satu faktor perkembangan Islam adalah melalui perkahwinan yang dibahagikan kepada 2, iaitu

a)

Perkahwinan Siasah dan Perkahwinan Biasa

b)

Perkahwinan Diraja dan Perkahwinan Campur

c)

Perkahwinan Campur dan Perkahwinan Biasa

d)

Perkahwinan Siasah dan Perkahwinan Diraja

7.

Selepas kejatuhan Melaka, negara manakah yang muncul sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di Alam Melayu?

a)

Acheh

b)

Pasai

c)

Sumatera

d)

Perlak

8.

Apakah kesan kedatangan Islam ke Alam Melayu?

a)

Mata wang tulisan Sanskrit digunakan dalam kegiatan ekonomi.

b)

Wang katun yang diperbuat daripada emas di Johor.

c)

Tertera nama sultan yang memerintah ketika zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah.

d)

Nama Sultan Zainal Abidin II terdapat pada kupang emas Terengganu.

9.

Apa itu budaya?

a)

Budaya adalah perbuatan manusia dalam kehidupan seharian

b)

Budaya muncul akibat daripada proses manusia menyesuaikan diri dengan alam persekitaran

c)

Budaya merupakan tingkah laku manusia dalam pergaulan

d)

Budaya diwarisi daripada nenek moyang melalui pengalaman dan perbuatan yang diajar

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan akomodasi?

a)

Proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada satu budaya kepada satu kebudayaan yang lain hingga menjadi satu kebudayaan yang baru.

b)

Proses penerimaan unsur-unsur budaya asing ke dalam budaya masyarakat setempat yang menghilangkan identiti masyarakat tersebut tanpa dilihat kebaikan yang akan diperoleh.

c)

Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati nilai dan norma kumpulan etnik lain serta tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

d)

Proses penerimaan unsur kebudayaan lain dalam kalangan individu atau kelompok, tetapi tidak menghilangkan identiti asal masyarakat penerima.

11.

Semua yang berikut merupakan budaya kebendaan, KECUALI

a)

Masyarakat Melayu yang mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Eskimo

b)

Masyarakat Cina yang mempunyai kereta mewah

c)

Pantang larang yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu

d)

Keris yang digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai senjata utama ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka

12.

Apakah ciri-ciri budaya?

a)

Diwarisi dan dipelajari

b)

Dikongsi dan menepati citarasa

c)

Dipelajari dan dikawal

d)

Berubah dan diterima

13.

Konsep adat resam adalah

a)

Adat dan budaya yang diwarisi turun temurun

b)

Adat dan budaya yang dikembangkan oleh generasi seterusnya

c)

Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan, sehinggalah kepada kematian dalam hidup seluruh masyarakat.

d)

Adat dan budaya yang memperjuangkan perkara dalam kehidupan yang dilakukan oleh manusia

14.

Apakah adat resam yang dilakukan oleh masyarakat Melayu sewaktu mengandung?

a)

Mandi bunga

b)

Melenggang perut

c)

Majlis kesyukuran

d)

Makan beradap

15.

Meroyan adalah

a)

Tekanan yang dihadapi oleh wanita yang bekerja

b)

Perasaan yang kurang enak dalam diri wanita selepas melahirkan anak

c)

Simpton-simpton yang menyebabkan anak menangis kerana ibu tidak menghiraukannya

d)

Satu bentuk kemurungan klinikal yang menjejaskan wanita selepas melahirkan anak.

16.

Tahnik atau adat membelah mulut dilakukan kepada bayi yang baru lahir. Adat ini dipengaruhi oleh budaya

a)

Arab

b)

Hindu

c)

Indonesia

d)

Buddha

17.

Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari. Apakah makanan yang dilarang keras ketika berpantang?

a)

Memakan makanan yang baru masak ketika masih panas.

b)

Makanan yang boleh menyebabkan bayi membesar.

c)

Makanan yang mengakibatkan ibu bersalin akan berasa sakit ketika dalam pantang.

d)

Makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan serta ikan yang mempunyai sengat.

18.

Manakah susunan urutan yang betul dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu?

a)

Merisik - Bertunang - Akad Nikah - bersanding - Bertandang

b)

Meminang - Bertunang - Akad Nikah - Bersanding - Bertandang

c)

Merisik - Meminang - Bertunang - Akad Nikah - Bersanding - Bertandang

d)

Merisik - Meminang - Bertunang - Akad Nikah - Bertandang - Sambut Menantu

19.

Pada zaman dahulu, apabila berlaku kematian apakah yang dilakukan oleh ahli keluarga agar mereka tidak merasa rindu pada si mati?

a)

Lalu sebanyak tiga atau tujuh kali di bawah keranda

b)

Memperbanyakkan bacaan al-Quran untuk si mati

c)

Mengadakan kenduri tahlil selama 7 hari

d)

Memberi makan kepada fakir miskin dan anak yatim agar mereka mendoakan si mati

20.

Masyarakat Melayu melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas berapa hari seseorang itu meninggal dunia?

a)

44 hari

b)

25 hari

c)

100 hari

d)

77 hari