NEW
Font size
Worksheetssejarah ting 5
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Apakah fungsi zigurat dalam tamadun Mesopotamia?
Makam diraja
Kubu pertahanan
Rumah ibadat
Tempat pertarungan
Mengapakah konsep dewa-raja diamalkan dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?
Memperkukuh kedudukan pemerintah
Kepercayaan kepada alam semesta
Kepelbagaian amalan beragama
Mengiktiraf golongan pendeta
Mengapakah orang Islam Madinah melakukan Baiah al-Ridwan pada tahun 628 M?
Kebenaran memasuki kota Madinah
Menawan semula kota Makkah
Membela kematian Uthman bin Affan
Ancaman perang oleh orang Arab Quraisy
Penyebaran Islam membawa kepada pertembungan kebudayaan antara tamadun dunia.
Apakah kesan pertembungan tersebut?
Kebangkitan ghazi
Keruntuhan kelas sosial
Kemunculan golongan Mozarab
Kemerosotan pengaruh gereja
Maklumat berikut berkaitan pepatah dalam masyarakat Melayu tradisional
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Apakah pengajaran daripada pepatah tersebut?
Jangan bersikap tamak
Sabar dalam kehidupan
Adil dalam tindakan
Jauhi perkara yang dilarang
Maklumat berikut adalah bandar yang muncul pada zaman Kemuncak Pertengahan di Itali
· Venice
· Genoa
Apakah faktor kemunculan bandar tersebut?
Pusat perdagangan antarabangsa
Kestabilan politik
Perkembangan kegiatan penjelajahan
Kekayaan sumber alam
Pada zaman Revolusi Perindustrian, Akta Antipenggabungan telah diwujudkan.
Apakah kesan pelaksanaan akta tersebut?
Gaji pekerja disekat
Wanita mendapat gaji lumayan
Peluang meningkatkan kemahiran
Eksploitasi kanak-kanak dilarang
Mengapakah Lord Settlement Order diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933?
Melindungi tanah peribumi
Meningkatkan cukai pertanian
Membawa masuk pelabur asing
Memajukan kegiatan perladangan
Antara berikut, yang manakah ciri sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu?
Menyatukan masyarakat pelbagai kaum
Melantik guru dari negara asal
Sukatan pelajaran yang sama
Mendapat bantuan kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dasar ekonomi penjajah di Asia Tenggara
- Sistem Tanaman Paksa
- Sistem Polo
Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut terhadap penduduk tempatan?
Mempelbagaikan jenis tanaman
Memajukan kawasan pedalaman
Meningkatkan ekonomi dagangan
Membangkitkan semangat nasionalisme
Tokoh berikut telah terlibat dalam konflik kawasan sempadan di Negeri Sembilan pada tahun 1874.
· Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
· Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal
Mengapakah berlaku perbalahan tersebut?
Menyaingi jawatan pembesar
Merebut hak memungut cukai
Menguasai kawasan pertanian
Memonopoli kawasan perlombongan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.
Mengapakah beliau bersetuju dengan pembentukan tersebut?
Memenuhi desakan pelabur asing
Membanteras pengaruh komunis
Menghalang kemasukan imigran
Meneruskan dasar neokolonialisme
Maklumat berikut merujuk kepada Parti Perikatan Sabah pada tahun 1962.
· UNKO
· USNO
· Parti Pasok Momogun
· Parti Bersatu
· Parti Demokratik
Apakah kepentingan penubuhan parti tersebut?
Mengembalikan kuasa rakyat
Memulakan proses demokrasi
Menyokong gagasan Malaysia
Mempertahankan hak semua kaum
Kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ dalam Dasar Pertanian Negara (DPN).
Apakah strategi yang digunakan untuk menjayakan program tersebut ?
Membuka petempatan baru
Menambah peluang pekerjaan
Menggalakkan industri kecil dan sederhana
Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah
Rukun Negara diisytiharkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada 31 Ogos 1970.
Apakah tujuan pengisytiharan tersebut ?
Mengeratkan perpaduan rakyat
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Melindungi hak istimewa pribumi
Mengukuhkan kedudukan pemerintah
