NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Ganda Tahun 4_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pakaian pengemis yang __________ itu menimbulkan rasa simpati orang ramai.
berumbai-umbai
punah-ranah
berjurai-jurai
compang-camping
Tukang rumah sedang memasang __________ pada tingkap rumah.
kisi-kisi
siku-siku
kuda-kuda
langit-langit
Dia menyusup masuk di __________ orang ramai untuk mencari anaknya.
tepi-tepi
celah-celah
lorong-lorong
pasukan-pasukan
__________ membuat sarang di bawah rumah.
Labi-labi
Anai-anai
Rama-rama
Jentik-jentik
Guru menasihati kami agar __________ semasa melintas jalan raya.
berhati-hati
berkira-kira
berjalan-jalan
berkemas-kemas
Keadaan keluarga Mak Som __________ sejak kematian suaminya.
hiruk-pikuk
lintang-pukang
terhuyung-hayang
terumbang-ambing
Orang tua itu __________ dilanggar kereta semasa melintas jalan.
lalu-lalu
akan-akan
cuma-cuma
nyaris-nyaris
Majlis persandingan anak sulungnya disambut secara __________.
terang-benderang
tolong-menolong
bantu-membantu
gilang-gemilang
Nenek meracik pinang itu __________ sebelum menumbuknya.
tipis-tipis
kasar-kasar
panjang-panjang
dalam-dalam
Daun kelapa itu __________ ditiup angin.
berliang-liuk
bergerak-gerak
berpusar-pusar
berombak-ombak
__________ Amirul tersangkut pada tiang telefon.
sesiku
kekuda
lelangit
lelayang
Seluruh badannya __________ selepas meredah hutan yang tebal itu.
gatal-gatal
sejuk-sejuk
kecut-kecut
panas-panas
Puan Indun memeluk __________ anaknya yang baru pulang dari luar negara.
erat-erat
baik-baik
elok-elok
indah-indah
Dia keluar dari dewan itu dengan __________ agar tidak mengganggu orang lain.
riuh-riuh
diam-diam
sunyi-sunyi
bising-bising
Banyak __________ di negara kita menjadi gondol akibat kegiatan pembalakan.
bukit-bakau
awan-gemawan
tanah-tanih
hutan-rimba
Wajah pemuda itu __________ wajah abang saya.
iras-iras
rupa-rupa
agak-agak
macam-macam
Ayah mengupah beberapa orang untuk menebas __________ di belakang rumah untuk dijadikan jalan menuju ke sungai.
semak-samun
hutan-rimba
sampah-sarap
kayu-kayan
Sayur-mayur yang dijual oleh penjaja itu __________.
licin-licau
segar-bugar
kacau-bilau
cantik-molek
Para penonton terpesona apabila melihat tarian inang yang __________ itu.
lemah lembut
lemah longlai
lemah gemalai
lemah lentur
Mak Bidah terpaksa menanggung segala __________ yang berpunca daripada perbuatan anaknya.
punah-ranah
resah-gelisah
remuk-redam
azab-sengsara
