NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Hubung Tahun 4_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Encik Lee tidak membenarkan anak-anaknya bermain __________ kerja rumahnya belum siap.
lalu
tetapi
selagi
antara
Amira dan Ah Moi belajar bersama __________ enam tahun lalu.
sekiranya
semenjak
biarpun
kalau
Ah Meng terlalu mengantuk __________ malam itu baru sahaja pukul sembilan.
agar
selama
meskipun
sementara
Setiap ulamak mesti mempertahankan fatwanya __________ terpaksa berbahas.
walaupun
manakala
melainkan
kerana
__________ dia ada di sini, saya tidak akan tinggalkan di rumah ini.
Selagi
Setelah
Sebelum
Apabila
__________ kenyang barulah Pak Salleh terasa lega sedikit.
agar
Bahawa
Setelah
manakala
Ani masih belum puas menatap foto itu, __________ sudah berkali-kali dia menatapnya.
walhal
namun
apabila
manakala
Buah mempelam itu sudah dipetiknya __________ masih belum masak lagi.
meskipun
walhal
sementara
manakala
Budak-budak nakal bukan sahaja mengejek orang tua itu __________ mengusik-ngusiknya dan menyakitinya pula.
lalu
bahkan
manakala
padahal
Sudah berhari-hari askar-askar itu meredah hutan belantara, __________ semangat jati diri mereka tidak terjejas.
lalu
namun
walhal
seraya
Sama ada hari Ahad __________ Sabtu dia jarang ada di rumah.
atau
tetapi
kerana
supaya
Mak Munah terperanjat __________ mendengar berita tersebut.
lalu
sambil
sebelum
apabila
Penggunaan kamus sangat penting bukan sahaja untuk guru __________ juga untuk pelajar-pelajar.
pun
semakin
tetapi
tambahan pula
Pasukan bola sepak kita selalu sahaja kalah dalam perlawanan __________ kurang latihan.
kerana
hingga
bahawa
tetapi
Berjagung-jagung dahulu, __________ padi masak.
sementara
semenjak
sekiranya
supaya
Masyitah suka makan nasi lemak __________ adiknya lebih suka makan nasi dagang.
dan
maka
tetapi
walaupun
"__________ dalam keadaan susah mahupun senang, kita mesti bekerjasama dalam operasi ini," kata Sarjan Mamat kepada anak buahnya.
Kerana
Walaupun
Manakala
Apabila
Adik Mirwan bukan sahaja bijak __________ berbakat dalam seni lukis.
mahupun
malahan
walaupun
oleh sebab
Tarmizi disuruh menyiapkan tugasan dan menghantarkannya __________ pulang dari sekolah.
sebelum
kemudian
kecuali
tetapi
Cikgu Maheran berjalan cepat-cepat __________ beliau masuk ke bilik darjah itu.
lantas
atau
maka
dan
