wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Berlawan Tahun 4_2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Air sungai yang tercemar oleh sisa toksik boleh menyebabkan hidupan air menjadi pupus.

Perkataan berlawan bagi tercemar ialah

a)

jauh

b)

pelik

c)

bersih

d)

canggung

2.

Puan Aliza berasa cemas apabila melihat anaknya terkapai-kapai di dalam lombong.

Perkataan berlawan bagi cemas ialah

a)

lega

b)

tenang

c)

kecewa

d)

bimbang

3.

Wajahnya berubah menjadi suram apabila menyedari dirinya kena tipu.

Perkataan berlawan bagi suram ialah

a)

gembira

b)

muram

c)

berseri

d)

riang

4.

Pandangan Encik Basir semakin jelas sejak akhir-akhir ini.

Perkataan berlawan bagi jelas ialah

a)

cerah

b)

kabur

c)

redup

d)

terang

5.

Sungguhpun Aida sudah berbaik dengan Lina, hatinya masih berdendam lagi.

Perkataan berlawan bagi berdendam ialah

a)

marah

b)

kecewa

c)

berkelahi

d)

berdamai

6.

Bilik darjah Enam Cekal gamat kerana ketiadaan guru.

Perkataan berlawan bagi gamat ialah

a)

diam

b)

senyap

c)

bising

d)

hening

7.

Kesengsaraan hidup Kak Timah yang menghidap penyakit misteri itu telah mendapat perhatian orang ramai.

Perkataan berlawan bagi Kesengsaraan ialah

a)

Kesedihan

b)

Keriangan

c)

Kecelakaan

d)

Kebahagiaan

8.

Dia menjadi semakin geram apabila anaknya membantah kata-katanya itu.

Perkataan berlawan bagi geram ialah

a)

marah

b)

tenang

c)

sakit hati

d)

panas hati

9.

Perbuatan membazir merupakan satu amalan yang tidak baik.

Perkataan berlawan bagi membazir ialah

a)

boros

b)

sia-sia

c)

berhemat

d)

membuang

10.

Hati artis itu berasa tenang kerana gosipnya sudah berakhir.

Perkataan berlawan bagi tenang ialah

a)

aman

b)

marah

c)

geram

d)

gelisah

11.

Bakhil sungguh orang kaya yang tinggal di sebelah rumahnya itu.

Perkataan berlawan bagi Bakhil ialah

a)

Baik

b)

Kikir

c)

Lokek

d)

Pemurah

12.

Murid baru itu amat fasih berbahasa Inggeris.

Perkataan berlawan bagi fasih ialah

a)

petah

b)

gagap

c)

gugup

d)

lancar

13.

Selama 190 hari Datuk Azhar Mansor berada di lautan.

Perkataan berlawan bagi lautan ialah

a)

tepian

b)

daratan

c)

pulauan

d)

awangan

14.

Kepulangan abang dari luar negara telah disambut meriah.

Perkataan berlawan bagi Kepulangan ialah

a)

Ketibaan

b)

Kepergian

c)

Kesampaian

d)

Keberangkatan

15.

Rumah usang di tepi padang itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Perkataan berlawan bagi usang ialah

a)

tua

b)

baru

c)

lama

d)

buruk

16.

Baju yang baru dibeli oleh emak terlalu ketat.

Perkataan berlawan bagi ketat ialah

a)

luas

b)

sendat

c)

kemas

d)

longgar

17.

Sultan Alauddin memerintah dengan adil dan saksama.

Perkataan berlawan bagi saksama ialah

a)

adil

b)

teliti

c)

zalim

d)

berhemat

18.

Jiwanya hiba sekali apabila melihat kanak-kanak yang kurus dan kelaparan itu.

Perkataan berlawan bagi hiba ialah

a)

sayu

b)

belas

c)

terharu

d)

gembira

19.

Ramai teman saya telah dijemput ke majlis kesyukuran semalam.

Perkataan berlawan bagi teman ialah

a)

jiran

b)

kawan

c)

musuh

d)

kerabat

20.

Encik Yaman telah dianugerahi gelaran sebagai pekerja cemerlang pada tahun ini.

Perkataan berlawan bagi cemerlang ialah

a)

baik

b)

lemah

c)

cerdik

d)

pandai