Worksheetspstong - Kata Nama Tahun 5_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Setiap hari Jumaat, Kharul bersembahyang di __________.
kuil
masjid
gereja
tokong
__________ rumah Pak Cik Yap telah dipecahkan oleh perompak.
Jendela
Tangga
Lantai
Lampu
Bunyi __________ berketak di dalam reban menarik perhatian Pak Cik Jusoh.
itik
ayam
angsa
burung
Bunyi __________ menguak kedengaran di tengah sawah.
kerbau
harimau
seladang
kambing
Salleh berlatih bersungguh-sungguh kerana dia bercita-cita menjadi seorang __________ yang berjaya.
atlet
pemandu
pelajar
pekerja
__________ itu dipasang sempena perkahwinan anak bongsunya.
Rumah
Pondok
Khemah
Kandang
Emak menuang air teh ke dalam __________ untuk hidangan para tamu yang datang.
mangkuk
pinggan
cawan
piring
Air __________ yang keruh itu mengalir deras.
perigi
laut
hujan
sungai
Asraf menemui sebilah __________ berluk tujuh semasa menggali tanah di belakang rumahnya.
keris
pisau
parang
pedang
Pintu __________ ayah kemek kerana dilanggar oleh motosikal itu.
beca
kereta
basikal
motosikal
Ayah membina __________ untuk menunggu buah-buahan di dusun kami.
garaj
setor
rumah
bangsal
Kakak sedang menggantung __________ baru di bilik tidurnya.
selimut
langsir
cadar
kad
Datuk membina __________ untuk lembu-lembunya berteduh.
kandang
pondok
rumah
reban
__________ yang dikayuh oleh Pak Syukur itu sudah agak buruk.
Beca
Teksi
Skuter
Motosikal
Kita hendaklah meniru perangai __________ yang rajin berusaha.
rama-rama
cengkerik
belalang
semut
Arus __________ itu menjadi deras akibat hujan yang turun tidak berhenti-henti semalam.
lombong
sungai
kolam
telaga
Pak Rahman menebar __________nya dari atas perahu untuk menangkap ikan.
jala
kail
bubu
pancing
Segala maklumat yang diambil di dalam internet itu disimpan di dalam __________.
buku
tabung
disket
beg
Anita bercita-cita menjadi seorang pelajar __________ pertama mendapat Anugerah Khas Dekan Universiti.
lelaki
doktor
wanita
kanak-kanak
Kita digalakkan supaya menyedut __________ segar sebelum memulakan tugasan harian.
asap
suhu
udara
idea
