NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Nama Tahun 5_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sudah dua hari Pak Samad bersusah payah cuba menangkap __________nya untuk disembelih.
gajah
ular
ayam
lipan
Emak membeli dua papan __________ di pasar untuk dibuat ulam.
kubis
petai
langsat
tembikai
Tubuh Khairul dan Azhar semakin kurus setelah seminggu mereka terdampar di sebuah __________ yang tidak berpenghuni.
bangunan
pulau
rumah
pelabuhan
Swan tidak ke __________ kerana terlupa membawa wang saku.
kantin
dewan
padang
perpustakaan
Nelayan itu menggunakan serawan __________ untuk menangkap ikan.
bubu
joran
pukat
pancing
__________ tidak kelihatan kerana cuaca mendung sejak awal pagi tadi.
Awan
Bulan
Bintang
Matahari
Datuk saya selalu memakai __________ apabila ke sawah.
kopiah
semutar
songkok
tengkolok
Hakim menjatuhi __________ itu hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
peguam
pembela
penjenayah
pembangkang
Haji Dollah dipilih sebagai __________ yang berjaya kerana berjaya memelihara beratus-ratus ekor lembu dan kerbau.
petani
nelayan
penternak
pengilang
__________ yang akan mewakili daerah itu sedang berlatih di Kompleks Sukan Panji.
Atlit
Jurulatih
Pengadil
Penyokong
__________ menjatuhi pemuda itu hukuman penjara setahun dan enam kali sebatan.
Hakim
Peguam
Juri
Pendakwa
Sudah puas Puan Zainab mencari-cari __________nya yang hilang sebelah lagi.
subang
rantai
baju
tarbus
Kerajaan membina __________ untuk memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan kesihatan.
sekolah
hospital
bangsal
pondok
Setiap kali makan, Mak Munah mesti menyediakan __________ untuk dicecah ke dalam budu.
manisan
belacan
lobak
ulam
Beberapa orang __________ sedang merawat pesakit yang cedera parah itu.
polis
bomba
doktor
askar
Api __________ itu telah padam kerana kehabisan minyak tanah.
lilin
pelita
dapur
lampu
Beberapa orang __________ sedang menemu ramah Perdana Menteri.
penulis
pengarang
pemberita
pelukis
Burung tiong itu terlepas dari __________ kerana Amin terlupa untuk menutup pintunya.
reban
sarang
sangkar
kandang
__________ bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Pemberita
Pegawai
Tentera
Hakim
Bangunan lama itu dipenuhi sawang __________.
lalat
nyamuk
lelabah
semut
