NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Ganti Nama Tahun 5_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"__________ mengarahkan Datuk Temenggung ke pulau itu untuk menghapuskan lanun-lanun bedebah itu," titah Sultan kepada Temenggung.
Aku
Beta
Saya
Kami
Saya tidak pernah ke Kelantan. Saya ingin sekali pergi ke __________.
itu
sini
situ
sana
__________ bertiga telah dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dia
Kalian
Beliau
Mereka
"Bolehkan __________ bermalam di sini?" tanya Hang Tuah kepada Tun Zainal.
beta
saya
patik
hamba
Peragut itu berjaya ditangkap dan __________ akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.
tuanku
dia
beliau
mereka
"Marilah __________ makan bersama-sama," kata Ina kepada Hanim.
kita
kami
kamu
awak
"Mengapakah __________ bermuram durja?" tanya Deli kepada sahabatnya, Damak.
beta
patik
tuanku
tuan hamba
"Siapakah yang __________ maksudkan?" tanya Bendahara kepada Sultan Muzaffar Syah.
anda
awak
kamu
tuanku
Perdana Menteri telah ke Kulim baru-baru ini. __________ telah merasmikan pembukaan sebuah kilang baru.
Ia
Dia
Beliau
Baginda
"Lukisan ini patik hadiahkan kepada __________," kata Pateh Suri kepada sultan.
baginda
tuanku
kamu
anda
"Dia tinggal di hujung kampung __________," jelas Pak Akil.
situ
sini
sana
di sini
"__________ cadangkan supaya pantai ini dipagari dengan batang pisang sebagai menggantikan manusia," sembah Hang Nadim kepada sultan.
Beta
Saya
Patik
Hamba
Jali berasa kehidupan keluarga__________ bertambah senang sejak abangnya bekerja di kilang itu.
beliau
nya
dia
ia
Walaupun Encik Halim seorang yang kaya, tetapi __________ tidak bakhil.
ia
dia
beliau
baginda
"__________ tidak boleh bercakap kasar dengan orang-orang tua," nasihat Ustaz Halim kepada murid-muridnya.
Kita
Saya
Kami
Kalian
"Pada __________ masa pun kamu boleh berjumpa dengan saya," kata guru besar.
apa-apa
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
"Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga diarah berbuat demikian," kata Ketua Pengawas Peperiksaan.
apa-apa
bila-bila
siapa-siapa
mana-mana
"Orang yang berbaju biru itu __________?" tanya Ali kepada emaknya.
apa
siapa
berapa
mengapa
"Di manakah __________ tinggal?" tanya Zamri kepada Zainal.
nya
kami
awak
kalian
__________ mangkat dalam perjalanan menuju ke Palembang.
Ia
Dia
Beliau
Baginda
