Worksheetspstong - Kata Adjektif Tahun 5_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Air teh yang dibancuh oleh emak rasanya sangat __________ kerana terlebih gula.
masin
pahit
kelat
manis
Polis trafik telah menyaman Encik Samad kerana memandu terlalu __________.
cepat
segera
kuat
laju
Air perigi di tepi pantai rasanya __________.
kelat
payau
masin
manis
Perasaan Cikgu Hamzah amat __________ setelah mendapati ramai muridnya gagal dalam ujian.
megah
keras
teguh
kecewa
Penduduk kampung bergotong-royong membaik pulih rumah Pak Lazim yang __________ itu.
tua
usang
kotor
busuk
Amirul sungguh __________ akan keluarganya kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
gemar
sukacita
senang
rindu
Masakan ibu pada hari ini terlalu __________ rasanya.
payau
masin
kelat
pahit
Peserta-peserta kem motivasi itu __________ mendengar ceramah agama.
leka
asyik
ghairah
khusyuk
Walaupun Pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil alih kuasa di bandar itu, tetapi keadaannya masih tidak __________.
sukar
sibuk
susah
aman
Kami hanya dibenarkan mandi di bahagian sungai yang paras airnya __________.
dalam
deras
cetek
tenang
Encik Kasim balik dengan __________ setelah menerima berita itu.
deras
segera
kuat
laju
Jamil berharap agar dia mendapat markah yang __________ dalam ujian kali ini.
sederhana
besar
tinggi
lumayan
Kata-kata yang amat __________ daripada gadis itu membuat Ali tidak dapat melelapkan mata.
kasap
kesat
petah
laju
Adik menangis apabila emak memberinya minum ubat yang __________ itu.
kelat
pahit
manis
masin
Jalil tidak dapat berlari dengan __________ kerana berbadan gempal.
laju
cepat
lincah
lembab
Kerepek pisang yang sudah digoreng itu __________ dan sedap dimakan.
empuk
lemau
rangup
keras
Kek itu sangat __________ dan enak rasanya.
lembut
keras
halus
kasar
Dia makan dengan __________ kerana ikan itu banyak tulangnya.
yakin
gelojoh
cermat
lahap
Kucing peliharaannya sangat __________.
liar
jinak
ganas
garang
Abang memakai songkok yang diletakkan __________ ke kanan.
miring
tegak
betul
lurus
