NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Majmuk Tahun 5_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Semua sempadan tanah kepunyaan Encik Rusli ditanam dengan __________.
batu tara
batu tanda
batu kapur
batu permata
Mangsa banjir itu memperoleh wang __________ daripada pihak berwajib untuk bayaran ganti rugi.
emas tua
tanah air
sagu hati
rendah hati
Rumah orang tua itu telah mereka __________ secara gotong-royong pada minggu yang lalu.
sukarela
baik pulih
kuat kuasa
lipat ganda
Puan Noorizan ialah __________ kepada Zain kerana dia telah berkahwin dengan Sarimah anak Puan Noorizan sejak dua tahun yang lalu.
ibu bapa
ibu angkat
ibu mentua
ibu tunggal
"Janganlah __________ dengan tugas yang diamanahkan, tetapi hendaklah menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab," kata Encik Razali kepada pekerja-pekerjanya.
mengambil kira
mengambil tahu
mengambil peduli
mengambil senang
Kami sekeluarga akan menyambut kamu dengan __________ apabila sampai di Kelantan nanti.
baik sangka
rumah terbuka
langkah kanan
tangan terbuka
Kami __________ kerana kehujanan ketika pulang dari sekolah.
tahan lasak
gulung tikar
basah kuyup
embun jantan
Walaupun baju itu mahal tetapi __________.
tahan cuci
tahan palu
tahan hina
tahan sabar
Puan Mahiran memasukkan sedikit __________ ke dalam masakannya.
kayu api
kayu putih
kayu manis
kayu belantan
__________ biasanya terdapat di kawasan yang berhampiran dengan laut.
Air lata
Air payau
Air pasang
Air kumbahan
Perlawanan bola sepak itu diteruskan kerana hujan yang turun itu hanyalah __________.
hujan lebat
hujan ribut
hujan deras
hujan gerimis
Banyak rumah dan tanaman telah musnah akibat __________ petang semalam.
hujan ribut
hujan bukit
hujan renyai
hujan gerimis
__________ yang bersopan santun itu menyebabkan Faiz telah disenangi oleh masyarakat.
Susuk baju
Susuk jijak
Susuk tubuh
Susuk badan
Rumah Encik Lutfi terletak berhampiran dengan __________.
tali air
tali alir
tali arus
tali sering
Ibu membeli seekor __________ untuk hidangan makan tengah hari.
otak udang
nyawa ikan
ikan parang
minyak ikan
Untuk memudahkan para petani mengalirkan air ke sawah, Jabatan Parit dan Saliran telah membina __________.
pintu air
pintu angin
pintu jendela
pintu gerbang
Kerja yang rumit itu perlu __________ yang agak lama untuk menyelesaikannya.
mengambil kira
mengambil masa
mengambil peduli
mengambil untung
Puan Indra membeli __________ keluaran terbaru artis pujaannya.
damar batu
cakera padat
gambar hidup
gunung payung
Jam tangan itu mahal harganya kerana __________ walaupun dipakai ketika menyelam di laut.
kalis air
kalis api
kalis gas
kalis bunyi
Puan Mahiran ialah __________ kepada Irfan kerana telah menyusuinya semasa kecil dahulu.
ibu suri
ibu susu
ibu bapa
ibu angkat
