wayground logo

Lembar Kerja Gratis yang Dapat Dicetak

BARU

Ukuran huruf

S
M
L
XL
Lembar kerja

pstong - Kata Ganda Tahun 5_2

Total soal: 20

Worksheet time: 10mins

Nama
Kelas
Tanggal
1.

Dia berlari __________ kerana dikejar oleh seorang pemuda yang kurang siuman.

a)

huru-hara

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

pontang-panting

2.

"Janganlah berasa __________ jika kamu benar," kata Encik Saiful kepada Ismail.

a)

takut-takut

b)

entah-entah

c)

kalau-kalau

d)

jangan-jangan

3.

Kelihatan __________ tandan pisang berangan di tepi rumah Pak Jusoh.

a)

bertali-tali

b)

berjuntai-juntai

c)

bertindih-tindih

d)

bertindan-tindih

4.

Encik Sukri sedang memasang __________ sebagai penyangga bumbung rumahnya.

a)

kuda-kuda

b)

kunci-kunci

c)

bantal-bantal

d)

baling-baling

5.

Punca kapal terbang itu terhempas kerana __________nya tidak berputar.

a)

kuda-kuda

b)

kunci-kunci

c)

bantal-bantal

d)

baling-baling

6.

Keluarga Puan Zuhaini itu ialah __________ dengan Puan Azrina dan Puan Izarni.

a)

bertali-tali

b)

berliku-liku

c)

berkelok-kelok

d)

berbelok-belok

7.

Mereka duduk bersila __________ dalam satu majlis untuk menjimatkan ruang.

a)

erat-erat

b)

rapat-rapat

c)

kerap-kerap

d)

sendat-sendat

8.

Pakaian pengemis itu __________ dan kotor.

a)

kucar-kacir

b)

kusut-masai

c)

porak-peranda

d)

compang-camping

9.

Hatinya menjadi __________ apabila mendengar lagu yang menyentuh perasaannya kerana kini dia berada diperantauan.

a)

kelam-kabut

b)

bengal-bengil

c)

gundah-gulana

d)

bengkak-bengkil

10.

Oleh sebab musim banjir, air sungai itu kelihatan __________.

a)

bertali-tali

b)

bukat-likat

c)

berbelok-belok

d)

bersimpang-siur

11.

Zawawi __________ sebaik sahaja menamatkan lariannya kerana kurang latihan.

a)

terkapai-kapai

b)

teroleng-oleng

c)

terlonjak-lonjak

d)

tercungap-cungap

12.

Jalan menuju ke Kampung Pinang Masak __________.

a)

bertali-tali

b)

berkait-kait

c)

berjalin-jalin

d)

berkelok-kelok

13.

Dia sentiasa bercakap __________ menyebabkan ramai orang tidak mempercayainya.

a)

dolak-dalik

b)

kacau-bilau

c)

kumat-kamit

d)

remeh-temeh

14.

Dalam cahaya yang __________ ketika awal senja, kelihatan beberapa ekor kelawar sedang terbang mencari makan.

a)

gelap-gelita

b)

gelap-gelemat

c)

terang-temaram

d)

remang-remang

15.

Pakaian pengemis di tepi kedai itu __________ dan kotor.

a)

kusut-masai

b)

lintang-pukang

c)

compang-camping

d)

terumbang-ambing

16.

Lelaki yang sentiasa datang __________ di warung itu sebenarnya anggota polis.

a)

sunyi-sepi

b)

senyap-sunyi

c)

bersunyi-sunyi

d)

bersenyap-senyap

17.

Dua ekor burung hantu __________ pada malam itu.

a)

terus-menerus

b)

sahut-menyahut

c)

pandang-memandang

d)

kunjung-mengungjungi

18.

"Inilah __________ kali saya sampai di pulau ini," kata Zain kepada Ismail.

a)

rata-rata

b)

rasa-rasa

c)

kalau-kalau

d)

julung-julung

19.

Jalan menuju ke Kampung Ulu Rawa yang agak lengang itu __________ menyebabkan pemandu perlu lebih berhati-hati.

a)

bertali-tali

b)

berbelok-belok

c)

bersimpang-siur

d)

berhempas-pulas

20.

Baju askar di negara-negara Asia Tenggara __________.

a)

culang-caling

b)

coreng-moreng

c)

kontang-kanting

d)

celorong-celoreng