NEW
Font size
WorksheetsBIOLOGI TING 4 (BAB 2-BAB 6)
Total questions: 26
Worksheet time: 10mins
Organel yang terlibat dalam pembentukan gentian gelendong ialah
A: lisosom
B: sentriol
C: nukleus
D: mitokondrion
Ketiadaan retikulum endoplasma kasar dalam sel interstis akan menghalang sintesis
A: hormon steroid
B: kolesterol
C: enzim
D: protein
Pernyataan dibawah menunjukkan maklumat-maklumat tentang satu organel dalam sel.
•Kantung dilingkungi membran
•Mencernakan atau memecahkan molekul-molekul organik yang kompleks
Organel tersebut ialah
A: sentriol
B: kloroplas
C: vakuol
D: lisosom
Sejenis pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma diterangkan dalam maklumat yang berikut:
Molekul-molekul dan ion-ion bergerak melawan kecerunan kepekatan dan memerlukan tenaga
Pergerakan tersebut dikenali sebagai:
A: osmosis
B: pengangkutan aktif
C: resapan berbantu
D: resapan berbantu
Antara proses yang berikut, yang manakah menyebabkan hirisan timun tersebut menjadi lembik?
Hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam.
A: Air meresap masuk ke dalam hirisan timun secara osmosis
B: Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
C: Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis
D: Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif
Satu sel bawang diletakkan di dalam air suling.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai pergerakan molekul-molekul air di peringkat awal?
A: Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih tinggi daripada keluar dari sel
B: Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih rendah daripada keluar dari sel
C: Tiada molekul air masuk ke dalam sel atau keluar dari sel
D: Kadar molekul air masuk ke dalam sel dan keluar dari sel adalah sama
Antara berikut yang manakah bahan merentasi membran plasma secara resapan ringkas?
A: Oksigen
B: Asid amino
C: Ion natrium
D: Glukosa
Keadaan sel tumbuhan:
X: vokual membesar
Y: Membran menjauhi dinding sel dan vokual mengecut
Z: Sel dalam keadaan normal
Apakah urutan yang betul bagi perubahan sel tersebut jika ia mula-mula direndam di dalam larutan sukrosa 30% selama 20 minit dan kemudian di dalam air suling selama 20 minit?
A: Y → X → Z
B: X → Z → Y
C: Z → Y → X
D: Y → Z → X
Sel yang membentuk tisu asas dalam tumbuhan ialah
A: sel epidermis
B: sel parenkima
C: sel pengawal
D: sel xilem
Apakah komponen utama membran sel tumbuhan?
A: Lipid and protein
B: Protein, karbohidrat dan lipid
C: Lipid dan karbohidrat
D: Karbohidrat dan protein
Antara yang berikut, yang manakah polisakarida?
A: Glikogen
B: Fruktosa
C: Galaktosa
D: Maltosa
Antara yang berikut, yang manakah mewakili hidrolisis protein?
A: Polipeptida + air → dipeptida
B: Polipeptida → dipeptida + air
C: Dipeptida → polipeptida + air
D: Dipeptida + air → polipeptida
Antara yang berikut, yang manakah betul?
A: Erepsin : Menghidrolisis lemak
B: Renin: Menggumpalkan susu
C: Pepsin: Mengemulsikan susu
D: Tripsin: Mencernakan lemak
"Sebatian kimia X mengawal kesemua aktiviti di dalam sel. Sel akan mati jika X tidak hadir"
Sebatian kimia X ialah
A: enzim
B: asid amino
C: asid nukleik
D: lipid
Fasa untuk sintesis dan replikasi DNA ialah
A: G2
B: G1
C: M
D: S
Pernyataan di bawah menunjukkan satu sel haiwan sedang mengalami mitosis.
" kromosom memendek dan nukleolus mula menghilang dan gentian gelendong mula muncul"
A: Profasa
B: Metafasa
C: Anafasa
D: Telofasa
Nombor kromosom diploid bagi seekor lalat buah ialah 8. Berapakah bilangan kromosom dalam gamet?
A: 2
B: 4
C: 8
D: 16
Apakah kepentingan meiosis?
A: Pengklonan
B: Kultur tisu
C: Untuk menghasilkan sel haploid
D: Untuk menghasilkan sel diploid
Apakah vitamin yang berfungsi sebagai koenzim di dalam respirasi sel?
A: Vitamin A
B: Vitamin B
C: Vitamin C
D: Vitamin K
Jadual menunjukkan pemerhatian bagi tiga ujian makanan yang berlainan dijalankan ke atas satu sampel makanan.
UJIAN: PEMERHATIAN
Ujian Biuret Tiada perubahan
Ujian Benedict Mendakan merah bata
Ujian Iodin Larutan iodin menjadi biru tua
Sampel makanan tersebut ialah
A: Ikan goreng
B: Susu
C: Bebola daging
D: biskut
Maklumat yang berikut adalah keputusan satu kajian untuk menentukan nilai tenaga bagi kacang tanah.
Jisim kacang tanah: 1 g
Jisim air :10 g
Suhu awal air :25°C
Suhu akhir air :35°C
Muatan haba tentu air ialah 4.2 J g−1°C−1.
Berapakah nilai tenaga bagi kacang tanah tersebut?
A: 210 J g-1
B: 420 J g-1
C: 840 J g-1
D: 1260 J g-1
Kesan malnutrisi ialah
A: distrofi otot
B: kekerdilan
C: rabun warna
D: rabun malam
Proses yang hanya berlaku di dalam suatu sel hati ialah
A: sintesis protoplasma baru
B: sintesis hempedu
C: pembaikan tisu rosak
D: sintesis membran plasma
Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam proses penyerapan semula air dan mineral?
A: Usus kecil
B: Rektum
C: Apendiks
D: Kolon
Sebab mengunyah makanan adalah
A: untuk melembutkan makanan yang diambil
B: untuk merangsang rembesan air liur
C: untuk menambahkan luas permukaan makanan yang diambil
D: untuk memulakan perncernaan kanji
Proses yang terlibat dalam pemecahan kanji kepada glukosa ialah
A: fotolisis
B: kondensasi
C: hidrolisis
D: asimilasi
