NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan SPM Kertas 1 Set 6
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan perniagaan.
"Pasar Raya Shan telah menjalankan promosi jualan sehingga 90% dengan tujuan meningkatkan jualan."
Apakah tujuan perniagaan berkaitan dengan situasi di atas?
Memaksimumkan keuntungan
Menjual barang pada harga kos
Menjual barang di bawah harga kos
Menawarkan barang secara percuma
Pilih jawapan yang betul :
Barang: Pelancongan
Perkhidmatan: Salun Kecantikan
Barang: Kereta
Perkhidmatan: Pengangkutan
Barang: Pusat tuisyen
Perkhidmatan: Buku cerita
Barang: Telefon bimbit
Perkhidmatan: motosikal
Komponen manakah yang berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
I Melakukan pertukaran nilai
II Melatih tenaga kerja mahir
III Menyediakan barang dan perkhidmatan
IV Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
I,II dan III
I,II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV
Pernyataan berikut berkaitan dengan Syarikat Bermata Sdn.Bhd
"Syarikat telah membina sebuah pondok menunggu bas di hadapan sebuah sekolah di Pekan Kulim"
Syarikat Bermata Sdn. Bhd telah menggunakan keuntungannya untuk :
Membayar ganjaran kepada pekerjanya
Memajukan lagi perniagaannya
Membantu masyarakat setempat
Mendapatkan keyakinan daripada Negara
Pernyataan yang manakah maksud pertukaran nilai?
Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh
Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang diterimanya
Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar dengan pelanggan
Keuntungan dalam perniagaan merujuk kepada
Kayu pengukur bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran
Hasil kasar daripada jualan barangan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos overhed
dan cukai
Hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos lain yang terlibat
Hasil keuntungan daripada jualan barangan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos overhed dan cukai
Rumus manakah yang digunakan untuk mengira keuntungan perniagaan?
Jumlah jualan – Kos stok
Jumlah kos + Jumlah hasil
Jumlah jualan – Jumlah kos
Jumlah hasil + Jumlah kos barang
Aini ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
Kemahiran yang pelbagai
Kos penubuhan yang rendah
Mudah mendapat keuntungan
Menanggung risiko bersama dengaan pelanggan
Mengapakah organisasi bukan bermotif untung (OBBU) menjual barang pada harga di
bawah kos
Untuk mempromosikan barang
Untuk mengusir pesaing daripada pasaran
Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu
Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang
Perniagaan manakah milikan tunggal?
Kedai Runcit Ahmad
Restoran Syed dan Sheik
Koperasi Kg DeBana Berhad
Syarikat JKB Sendirian Berhad
Maklumat yang beikut adalah pernyataan tentang sejenis rakan kongsi
"Nama digunakan sebagai rakan kongsi tanpa perlu mengeluarkan modal"
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Apakah ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?
Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hingga 60 orang
Jangka hayat adalah kekal
Liabiliti tidak terhad
Cukai pendapatan perniagaan
Antara yang berrikut, yang manakah merupakan kelebihan penubuhan syarikat?
Kebebasan mengurus oleh pemilik
Cukai pendapatan yang rendah
Liabiliti tidak terhad
menikmati ekonomi bidangan
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
Beban cukai yang rendah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Laporan kewangan tidak perlu diumum kepada orang ramai
Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal yang dilaburkan.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelemahan penubuhan koperasi?
Kebebasan jual beli syer di bursa saham
Kewujudan yang tidak kekal
Operasi yang sangat agresif
Kedudukan kewangan yang agak lemah
Apakah kelebihan koperasi berbanding syarikat berhad?
Tiada beban cukai
Pengurusan dan pemilik terpisah
Syer boleh dipindah milik secara bebas
Liabiliti ahli terhad kepada modal yang dilaburkan
Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan
** Perniagaan dikendalikan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak suatu jenama
** Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia dagangan pemegang hak
Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Francais
Koperasi
Usaha sama
Perkongsian
** Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma
** Satu entiti perniagaan baru dibentuk
** Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan baru itu
Apakah bentuk perniagaan di atas ?
Koperasi
Syarikat Berhad
Perniagaan tunggal
Usaha sama
Dokumen manakah perlu disediakan untuk penubuhan sesebuah syarikat baharu?
I Tatawujud syarikat
II Tataurus syarikat
III Pemegang saham syarikat
IV Maklumat penaja syarikat
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Kriteria manakah menentukan saiz perniagaan?
I Jumlah bahan mentah
II Bilangan pekerja
III Jumlah Jualan tahunan
IV Jumlah aset
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
Kilang pakaian
Kedai kek dan biskut
Loji penapisan minyak
Pengeluaran ubat-ubatan
Gambar berikut berkaiatan dengan sejenis perniagaan.
Ciri manakah menerangkan perniagaan tersebut?
I Saiz perniagaan kecil
II Berskala tempatan
III Berskala kebangsaan
IV Memerlukan modal yang banyak
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelebihan skala kebangsaan?
Mudah diuruskan
Dikecuali daripada cukai pendapatan
Mengamalkan campuran pemasaran yang sama
Menikmati ekonomi bidangan
Sektor manakah yang mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua?
Sektor mikro
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
Aktiviti manakah yang boleh digolongkan dalam sektor utama?
I Pembalakan
II Peruncitan
III Perkilangan
IV Pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini menunjukkan beberapa jenis cukai yang dikutip oleh satu agensi kerajaan.
· Cukai import dan cukai eksport
. Cukai barang dan perkhidmatan (SST)
Apakah agensi berkenaan?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Bank Negara Malaysia (BNM)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Maklumat yang berikut menunjukkan dasar-dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat.
· Dasar fiskal
. Dasar kewangan
Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut?
Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil
Untuk menggalakkan eksport barang tempatan
Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing
Untuk meningkatkan permintaan untuk barang keluaran tempatan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?
Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
Ekonomi Negara bakal mengalami kemelesetan
Semua orang dewasa dalam sesebuah Negara bekerja
Apakah itu inflasi?
Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan
Satu fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak
Manakah langkah yang akan diambil oleh pengguna bijak semasa keadaan inflasi?
Meningkatkan pembelian barangan mewah
Membeli barang semasa musim perayaan sahaja
Membuat perancangan kewangan yang terperinci
Mengurangkan perbelanjaan bagi barang keperluan
Mengapakah keadaan inflasi yang rendah adalah baik untuk perniagaan?
Kuasa beli pembeli tinggi
Pendapatan Negara meningkat
Kos perniagaan tetap dan tiada perubahan yang besar dalam kos operasi perniagaan
Kos perniagaan tetap dan tiada perubahan yang besar dalam kos operasi perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah tindakan bank pusat semasa deflasi?
I Mengurangkan penawaran barang
II Menambahkan penawaran wang
III Menurunkan kadar bunga
IV Menaikan kadar bunga
I dan II
II dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan untuk membantu sesuatu
perniagaan?
Menyediakan keadaan ekonomi yang stabil
Menyediakan tenaga buruh yang murah
Menyediakan lokasi yang strategik
Memberikan modal permulaan
Maklumat berikut berkaitan dengan beberapa akta:
· Akta Sewa Beli 1967
· Akta Jualan Barangan 1957
· Akta Kastam 1967
. Akta Francais 1998
Contoh di atas merujuk kepada
perundangan perniagaan
persekitaran perniagaan
trend perniagaan
prasarana perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor lokasi yang paling strategik?
Berhampiran dengan pemegang saham
Berhampiran dengan pesaing
Berhampiran dengan pusat pentadbiran Negara
Berhampiran dengan sumber bahan mentah
Maklumat berikut berkaitan dengan beberapa perubahan persekitaran perniagaan.
· Perubahan populasi penduduk
. Perubahan dalam pasaran sumber manusia
Perubhan persekitaran perniagaan tersebut berlaku dalam
trend alam sekitar
trend teknologi
trend sosial
trend etika
Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend sosial?
Kewujudan sumber yang boleh diperbaharui
Melakukan kitaran semula
Peningkatan tenaga kerja wanita
Peningkatan teknologi hijau
Maklumat berikut berkaitan dengan contoh amalan di sesebuah organisasi.
· Waktu kerja yang bersesuaian
· Tidak mengupah pekerja kanak-kanak
. Sistem gaji yang adil
Contoh di atas merujuk kepada
trend etika
trend teknologi
trend politik
trend sosial
Situasi manakah yang berkaitan dengan pengurusan autokratik?
Majikan bertindak tegas dengan pekerja
Majikan menjaga hubungan dengan pekerja
Majikan terlalu memberi kebebasan kepada pekerja
Majikan mengamalkan toleransi dalam semua aspek
Aktiviti manakah menunjukkan trend teknologi?
Perubahan waktu kerja anjal
Perubahan pendidikan sumber manusia
Perubahan perbankan tradisional kepada e-perbankan
Perubahan pasaran buruh
