wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN T4 BAB 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Bidang yang manakah melibatkan bahagian pengurusan kewangan secara langsung?

a)

Bilangan pekerja yang mencukupi

b)

Jumlah bekalan stock yang mencukupi

c)

Layanan kepada pelanggan selepas jualan

d)

Pembayaran gaji yang mencukupi dan tepat pada masanya

2.

Yang manakah sistem yang membantu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara lebih cekap dan berkesan?

a)

Perisian terkini

b)

Latihan yang berterusan

c)

Tenaga pakar dari luar negara

d)

Peruntukkan kewangan yang mencukupi

3.

Yang manakah termasuk dalam data penting yang disimpan dalam pangkalan data?

a)

Maklumat pelanggan

b)

Maklumat pembekalan

c)

Maklumat pengeluaran

d)

Maklumat pengangkutan

4.

Yang manakah peranan bahagian teknologi maklumat dan komunikasi ICT?

a)

Memastikan keselamatan sistem ICT

b)

Memastikan aktiviti pengeluaran berjalan dengan lancar

c)

Memastikan pengguna sentiasa dapat mengakses sistem operasi perniagaan

d)

Memastikan sistem keselamatan organisasi berada dalam keadaan selamat

5.

Yang manakah tujuan bahagian fungsian pembelian?

a)

Mewujudkan hubungan baik dengan pembekal dan pelanggan

b)

Menetapkan kuantiti tepat dan kualiti bahan mentah yang tinggi

c)

Memastikan pelanggan terus setia menggunakan produk keluaran perniagaan

d)

Memastikan setiap produk yang dikeluarkan berada dalam keadaan baik dan berkualiti tinggi

6.

Yang manakah bukan tatacara pembelian?

a)

Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan

b)

Membuat pembayaran kepada pembekal

c)

Mencari pembekal yang sesuai

d)

Membuat pesanan pembelian

7.

Yang manakah peranan bahagian fungsian pengeluaran?

a)

Mendapatkan bahan mentah

b)

Menukarkan input kepada output

c)

Mempromosikan hasil pengeluaran

d)

Mengedarkan output kepada pelanggan

8.

Yang manakah terlibat dalam kawalan semasa?

a)

Kawalan awalan

b)

Kawalan selepas

c)

Kawalan pengeluaran

d)

Kawalan pertengahan

9.

Yang manakah paling tepat berkenaan kawalan selepas?

a)

Memeriksa produk secara manual dan automatik

b)

Membantu mengatasi setiap masalah yang wujud

c)

Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar

d)

Memastikan semua bahan atau input berada dalam keadaan baik

10.

Yang manakah paling tepat mengenai kawalan utiliti mesin?

a)

Memastikan setiap mesin berfungsi

b)

Menyelia mesin secara konsisten dan berkala

c)

Menyediakan jumlah mesin yang mencukupi

d)

Memastikan setiap mesin berada dalam keadaan baik

11.

Apakah maksud bahagian fungsian?

a)

Maklumat tentang bahagian fungsian dengan tepat.

b)

Satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang

c)

Hala tuju organisasi dalam pembuatan sesuatu keputusan

d)

Rantaian organisasi yang mengandungi tanggungjawab dan fungsi khusus.

12.

Yang manakah sistem yang digunakan oleh organisasi berskala besar dalam menentukan posisi pekerja?

a)

Mengikut bidang kepakaran

b)

Mengikut kekosongan jawatan

c)

Mengikut kelayakan pendidikan

d)

Mengikut cadangan pihak atasan

13.

Apakah maksud struktur organisasi?

a)

Struktur jawatan pihak atasan

b)

Struktur pengagihan tugasan pekerja

c)

Sistem pembahagian jawatan dan tugasan dalam organisasi

d)

Susun atur dan interaksi yang wujud antara setiap bahagian fungsian

14.

Apakah maksud carta organisasi?

a)

Struktur organisasi yang dipamerkan dalam bentuk hierarki

b)

Struktur organisasi yang menjelaskan peranan setiap pekerja

c)

Struktur organisasi yang menunjukkan pembahagian tugasan.

d)

Struktur organisasi yang menunjukkan nama pemegang jawatan

15.

Yang manakah aspek penting yang ditunjukkan dalam carta organisasi?

a)

Deskripsi tugas

b)

Peranan pemegang jawatan

c)

Tanggungjawab setiap jabatan

d)

Hubungan antara ketua dengan pekerja

16.

Yang manakah tanggungjawab yang dilaksanakan oleh peringkat pengurusan bawahan?

a)

Bertanggungjawab pada keputusan pihak pengurusan bawahan

b)

Bertanggungjawab sepenuhnya pada operasi organisasi

c)

Bertanggungjawab operasi yang dilaksanakan pada bahagian masing-masing

d)

Bertanggungjawab pada skop tugas yang telah ditetapkan kepada unit masing-masing

17.

Yang manakah tujuan umum bahagian fungsian?

a)

Meningkatkan jumlah pelanggan

b)

Meminimumkan kos pengeluaran

c)

Mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi

d)

Memastikan aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar

18.

Yang manakah peranan bahagian fungsian?

a)

Menyediakan dokumen syarikat

b)

Mempromosikan produk keluaran syarikat

c)

Memastikan sumber pengeluaran mencukupi

d)

Memastikan sistem pengeluaran berjalan lancar

19.

Yang manakah peranan pengurusan kewangan dalam pengurusan sumber manusia?

a)

Perhubungan industri

b)

Rangkaian rakan niaga

c)

Hubungan pembiaya kewangan

d)

Pembekal sumber bahan mentah

20.

Yang manakah peranan pengurusan kewangan dalam sesebuah perniagaan?

a)

Mengawal perjalanan kewangan dalam setiap bahagian

b)

Memastikan setiap pekerja mendapat gaji yang setimpal

c)

Mewujudkan kerjasama yang baik dengan institusi kewangan

d)

Memberi informasi kepada pekerja berkaitan dengan prosedur pengeluaran yang baik.

21.

Mengapa bahagian-bahagian fungsian penting kepada sesebuah entiti perniagaan

a)

Sebagai hala tuju perniagaan

b)

Untuk meminimumkan kos operasi

c)

Sebagai garis panduan kepda pekerja

d)

Untuk memaksimumkan keuntungan

22.

Antara brikut yang manakan merupakan aspek penting dalam carta organisasi?

a)

Pembahagian kerja

b)

Hierarki pengurusan

c)

Panduan keselamatan

d)

Peraturan dalam organisasi

23.

Pernyataan mankah merupakan peranan pengurusan pertengahan?

a)

Merangka polisi organisasi

b)

Menyelaraskan aktiviti bahagian masing-masing

c)

Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar

d)

Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi

24.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengurusan


Encik Ahmad merupakan seoran penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data akaun.

Apakah tahap pengurusan Encik Ahmad?

a)

Pengurusan atasan

b)

Pengurusan pasukan

c)

Pengurusan bawahan

d)

Pengurusan pertengahan

25.

Gambar yang di atas menunjukkan suatu bahagian bagi kedai Ibrahim.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan sumber manusia

26.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pemasaran kepada organisasi perniagaan?

a)

Menjimatkan kos

b)

Meningkatkan kecekapan

c)

Meluaskan pasaran produk

d)

Meningkatkan kualiti produk

27.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsian bahagian jualan?

a)

Merancang pengeluaran

b)

Mengawal kualiti produk

c)

Mengemaskini rekod pelanggan

d)

Memberi maklum balas kepada pelanggan

28.

Makumat yang berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian

*Mengawal kecekapan penggunaan sumber

*Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan

*Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat pelanggan

29.

Antara berikut, yang manakah merupakan peranan bahagian pentadbiran?

a)

Menguruskan mesyuarat

b)

Menyediakan bajet kewangan

c)

Melaksanakan program induk

d)

Menyediakan kemudahan pengangkutan

30.

Peralatan di atas digunakan dalam organisasi perniagaan.

Tujuan penggunaan peralatan di atas ialah untuk

a)

menerima sebut harga

b)

menyimpan data perniagaan

c)

pembangunan produk baru

d)

menghsilkan barang dan perkhidmatan

31.

Antara berikut, yang manakah merupakan input pengeluaran?

a)

Buruh

b)

Kewangan

c)

Saluran agihan

d)

Bahan mentah

32.

Maklumat berikut brkaitan dengan bahagian fungsian organisasi

Encik Zul telah melakanakan strategi pembangunan produk baharu supaya dapat meluaskan pasaran perniagaannya.


Bahagian fungsian manakah menjalankan tugas di atas?

a)

Fungsian pembelian

b)

Fungsian pemasaran

c)

Fungsian ICT

d)

Fungsian R & D

33.

Antara yang berikut, yang amanakah merupakan elemen-elemen dalam campuran pemasaran?

a)

Harga

b)

Produk

c)

Belian

d)

Pembungkusan

34.

Maklumat di bawah menunjukkan peranan bagi sebuah bahagian fungsian.

#menghasilkan dan mengedarkan bahan publisiti

#mempromosikan barangan

#mengemaskinikan profil pelanggan


Peranan di atas ialah peranan bahagian fungsian..

a)

pembelian

b)

pemasaran

c)

pentadbiran

d)

sumber manusia

35.

Rajah di bawah menunjukkan sejenis saluran agihan


Pengeluar ---------------> Pengguna


Apakah barang yang sesuai digaihkan dengan menggunakan saluran agihan di atas?

a)

Pakaian

b)

Barang elektrik

c)

Tempahan kek

d)

Perkhidmatan doktor

36.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu peranan bahagaian fungsian


*Membuat jualan secara bersemuka atau secara dalam talian*


Maklumat di atas berkaitan dengan peranan di bahagian fungsian...

a)

jualan

b)

pembelian

c)

pengeluaran

d)

khidmat pelanggan

37.

Pembangunan produk bermula apabila berlaku..

a)

penjanaan idea

b)

penyaringan idea

c)

pembangunan idea

d)

komersialisasi

38.

Rajah di atas adalah aplikasi teknologi maklumat yang berkaitan dengan..

a)

e-dagang

b)

e-banking

c)

e-pemasaran

d)

e- government

39.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan penggunaan laman sosial kepada perniagaan?

a)

Memudahkan pengeluaran

b)

Membangunkan produk baru

c)

Mengagihkan produk kepada pelanggan

d)

Mengiklankan barang atau perkhidmatan

40.

Kawalan ke atas input pengeluaran untuk memastikan input berada dalam keadaan baik dan berkualiti deikenal sebagai kawalan

a)

awalan

b)

semasa

c)

proses

d)

selepas