NEW
Font size
WorksheetsUJIAN PEMAHAMAN PERNIAGAAN F5
Total questions: 40
Worksheet time: 34mins
Berikut adalah perbandingan antara OBU dan OBBU. Pilih padanan yang betul.
A
B
C
D
- Pembentukan maklumat yang lebih khusus
- Sasaran boleh diukur
Pernyataan di atas merujuk maksud
Visi
Misi
Objektif
Matlamat
Ciri - ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART. Apakah yang boleh menjelaskan tentang T dalam konsep tersebut?
Objektif dinyatakan secara khusus
Berdasarkan sasaran yang boleh dicapai
Sasaran yang tidak mustahil untuk dicapai
Satu tempoh masa yang disasarkan
Syarikat Safika Sport membekalkan raket badminton di kedai - kedai peralatan sukan di seluruh negara. Syarikat menanggung kos tetap RM300,000. Harga sebatang raket dijual pada RM100 dan kos berubah seunit ialah RM50. Berdasarkan maklumat berikut kira Titik Pulang Modal (TPM) syarikat tersebut.
5,500 batang raket
6,000 batang raket
6,500 batang raket
5,000 batang raket
X = Jumlah hasil - Jumlah kos
Kepentingan X kepada perniagaan ialah
Perkukuhkan syer pasaran
Meningkatkan pengeluaran
Digunakan sebagai modal pusingan
Menambah jumlah aset
Berdasarkan rajah di atas, perniagaan manakah yang berjaya menguasai syer pasaran?
Syarikat ABC
Syarikat DEF
Syarikat GHI
Syarikat JKL
Apakah huraian yang boleh menerangkan X di atas?
Sukar mendapat kerjasama daripada pihak berkepentingan
Sukar untuk membina stratergi untuk menghadapi persaingan
Tidak mampu membayar kos operasi
Ketidakmampuan bertahan dalam industri
Apakah maksud kekuatan dari aspek persekitaran dalaman yang mampu mempengaruhi visi, misi dan objektif perniagaan?
Persekitaran sosiobudaya
Dipengaruhi keadaan ekonomi
Sumber unik yang dimiliki
Perubahan teknologi
S dalam rajah di atas merujuk kepada
Membentuk polisi kerjaya pekerja
Program meningkatkan kemahiran pekerja
Menyediakan kemudahan untuk bekerja
Membantu menyelesaikan masalah pekerja
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat SK-Pres Sendirian Berhad.
Syarikat SK-Pres Sendirian Berhad berjaya mendapatkan kontrak untuk membekalkan kerusi meja untuk membekalkan kerusi meja untuk beberapa institusi pendidikan tinggi. Syarikat bercadang untuk menyewa sebuah kilang untuk tujuan tersebut. Syarikat membayar sewa sebanyak RM10,000 sebulan. Jumlah gaji yang dibayar bagi pekerja tetap adalah sebanyak RM24,000 sebulan. Akauntan syarikat telah menganggarkan kos berubah sebanyak RM50 untuk menghasilkan satu set kerusi. Pengurus pemasaran mencadang harga jualan satu set kerusi meja pada RM100 untuk tahun tersebut.
Berapakah pasang kerusi meja yang perlu dikeluarkan dan dijual sepanjang tahun untuk syarikat mencapai Titik Pulang Modal (TPM)?
1,200 unit
2,400 unit
4,080 unit
8,160 unit
Apakah kesan kepada perniagaan akibat kegagalan mencapai objektif yang ditetapkan?
Pemberhentian pekerja
Dikenakan denda yang tinggi
Berlaku kemerosotan dalam jualan
Berlaku ketidakpuasan hati oleh pekerja
Apakah jenis maklumat yang diperoleh daripada carta di atas?
i. Pembahagian kerja
ii. Objektif organisasi
iii. Hierarki pengurusan
iv. Perancangan stratergik organisasi
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Apakah peranan pengurusan sumber manusia dari aspek latihan dan pembangunan?
Membentuk sistem pertukaran
Melaksanakan program induksi untuk pekerja
Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja
Membentuk sistem tindakan yang berkaitan dengan disiplin
Puan Aimi menghasilkan sejenis patung unik dan memasarkan melalui laman web. Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Puan Aimi?
Pengeluar ----- > Pengguna
Pengeluar -----> Ejen -----> Pengguna
Pengeluar -----> Ejen -----> Peruncit -----> Pengguna
Pengeluar -----> Pemborong ----> Peruncit -----> Pengguna
Menyediakan laporan prestasi kewangan untuk melihat untung rugi syarikat
Pernyataan di atas merujuk tugas
Pegawai Kredit
Staf Kewangan
Pegawai Kewangan
Akauntan
Bahagian fungsian Teknologi Maklumat (ICT) mempunyai peranan dalam membantu melicinkan operasi perniagaan. Antara tujuan dan peranan bahagian fungsian ICT ialah
i. Operasi lebih efektif dan efisyen
ii. Menyediakan dokumen syarikat
iii. Mengawal pengagihan sumber
iv. Mempercepat urusniaga
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Pengurusan bahagian pengeluaran bertanggungjawab memastikan kawalan ketika proses pengeluaran sedang berjalan.
- Kawalan pengeluaran
- Kawalan utiliti mesin
- Kawalan staf
Pernyataan di atas merujuk
Kawalan awalan
Kawalan semasa
Kawalan selepas
Kawalan sebelum
Pilih pernyataan yang betul berkaitan peranan fungsian bahagian pemasaran
i. Menentukan pemilihan pembekal
ii. Mengedarkan bahan publisiti
iii. Mengemaskini profil pelanggan
iv. Merancang aktiviti pembangunan produk baharu
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jenis pengangkutan di atas adalah antara pilihan yang popular bagi gambar tersebut ialah
Perniagaan dalam talian
Perniagaan runcit
Peniagaan borong
Perniagaan sewa beli
Apakah kelebihan kaedah perniagaan dalam talian?
i. Meluaskan rangkaian rakan perniagaan
ii. Modal yang besar
iii. Mempunyai banyak pilihan
iv. Mencari pelanggan baharu
i dan ii
i dan iv
ii an iii
iii dan iv
Apakah kepentingan perniagaan mengadakan hubungan dan interaksi dengan organisasi luar?
i. Menguasai syer pasaran
ii. Meningkatkan imej perniagaan
iii. Mewujudkan jaringan perniagaan
iv. Menjalin kerjasama stratergik
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Pernyataan di bawah adalah berkaitan dengan dokumen dalam pengurusan sumber manusia.
- Dokumen ini mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja terhadap sesuatu
tugas
- Isi kandungan merangkumi tugas-tugas utama, tujuan sesuatu tugas, tanggungjawab kerja
dan cara sesuatu kerja dilakukan.
Apakah dokumen yang perlu dirujuk?
Rekrut pekerja
Deskripsi tugas
Permohonan pekerjaan
Latihan dan pembangunan
Penyataan di bawah adalah mengenai Encik Leman seorang pembantu kepada CEO syarikat
Encik Leman telah menggunakan kereta syarikat bertujuan untuk menghantar isterinya ke pasaraya tanpa mendapat kelulusan dan kebenaran pihak pengurusan syarikat.
Apakah jenis kesalahan yang dilakukan oleh Encik Leman?
Rasuah
Pecah Amanah
Salah guna aset syarikat
Ingkar arahan tanpa sebab kukuh
Apakah jenis penggajian yang dibayar oleh majikan kepada para pekerjanya pada akhir suatu tempoh tertentu berdasarkan prestasi syarikat?
Elaun
Komisen
Gaji pokok
Bonus Tunai
Berikut adalah satu aspek dalam pengelolaan sumber manusia
Encik Ashraf merupakan graduan lepasan Universiti Malaysia dalam bidang Grafik dan Animasi. Beliau telah diambil bekerja oleh sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya, dan ditempatkan di bahagian Jabatan Animasi
Apakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam perniagaan yang mampan dalam situasi di atas?
Struktur organisasi
Penyelesaian masalah
Penempatan pekerja dan fasiliti
Standard Operasi Prosedur
Berdasarkan gambar rajah di
atas nyatakan struktur organisasi yang paling sesuai?
Fungsi
Matriks
Wilayah
Pelanggan
Manakah antara berikut bukan fungsi utama bagi Standard Prosedur Operasi (SOP) dalam sesebuah organisasi?
Polisi piawaian kerja
Memelihara keselematan pekerja
Meminumkan risiko dalam melaksanakan kerja
Mewujudkan hubungan yang harmoni antara pekerja dengan majikan
Antara berikut, manakah potongan wajib dalam sistem penggajian pekerja?
i. Bayaran skim insuran
ii. Caruman KWSP
iii. Bayaran balik pinjaman perumahan
iv. Caruman PERKESO
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Manakah antara berikut, bukan penentu kepada sistem penggajian bagi sesebuah perniagaan?
Bentuk dan jenis tugas
Kemampuan organisasi
Ganjaran yang dibayar oleh pihak pesaing
Penawaran dan permintaan kuasa majikan
Pernyataan berikut adalah berkaitan gaji
- Puan suria bekerja sebagai Pengurus Pemasaran yang dibayar gaji asas berjumlah RM6,000 sebulan.
- Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%
Berapakah jumlah caruman KWSP bagi Puan Suria dalam sebulan?
RM660
RM1,380
RM720
RM1,423
Perlindungan insurans terhadap sumber fizikal penting kepada usahawan kerana
Boleh melindungi nyawa pekerja
Boleh melindungi semua ahli keluarga pekerja
Boleh melindungi perniagaan daripada risiko kecurian
Boleh melindungi diri usahawan daripada penyakit berjangkit
Antara berikut, manakah merupakan ciri-ciri sumber fizikal?
i. Boleh dilihat
ii. Boleh disentuh
iii. Mudah ditunaikan
iv. Tidak mempunyai susut nilai
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Antara berikut, manakah merupakan contoh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)?
i. Meja komputer
ii. Beg komputer peribadi
iii. Komputer peribadi
iv. Telefon pintar
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Cara betul untuk mengurus paten ialah
Mendaftar SSM
Mendaftar dengan MYIPO
Mendaftar dengan syarikat koperasi
Mendaftar dengan Bank Negara Malaysia
Apakah tujuan usahawan memohon hak cipta terpelihara?
Mendapat kebenaran untuk menjual produk mereka ke luar negara
Mendapatkan kebenaran untuk memasarkan barangan mereka
Mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri
Mendapat hak perundangan keatas ciptaan mereka
Gambar di atas merupakan peralatan yang penting di premis perniagaan. Nyatakan prosedur mengurus sumber yang berkaitan dengan gambar di atas.
Paten
Insurans
Keselamatan
Hak cipta terpelihara
Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan dalaman?
i. Modal daripada keuntungan (rizab)
ii. Simpanan peribadi
iii. Overdraf
iv. Syer
i dan ii
i dan iv
ii dn iii
iii dan iv
Antara berikut, manakah merupakan contoh sumber pembiayaan luaran?
i. Akaun simpanan
ii. Pinjaman daripada bank
iii. Bantuan daripada agensi kerajaan
iv. Modal daripada Keuntungan (rizab)
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah kekuatan sumber pembiayaan dalaman?
i. Cepat dan ringkas
ii. Tidak perlu membayar faedah
iii. Pembiaya mempunyai hak ke atas syarikat
iv. Terdapat perlindungan cukai daripada pembayaran faedah
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Usahawan hanya menyewa mesin dan jentera yang dibeli oleh bank dan institusi kewangan.
Pernyataan di atas merupakan satu jenis pembiayaan daripada bank dan institusi kewangan. Nyatakan jenis pembiayaan tersebut?
Pemfaktoran
Sewa beli
Overdraf
Pajakan
