wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Berimbuhan Tahun 6_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rakyat bumiputera diseru oleh kerajaan supaya __________ dalam Amanah Saham Nasional.

a)

melabur

b)

pelabur

c)

pelaburan

2.

Bahagian Penguat Kuasa Perdagangan telah __________ pakaian tiruan yang berjenama terkenal di Pasar Malam Tanjung Bunga malam tadi.

a)

dirampas

b)

rampasan

c)

merampas

d)

perampas

3.

Pokok itu tiba-tiba sahaja __________ apabila ditiup oleh angin.

a)

gerak

b)

tergerak

c)

bergerak

d)

gerakan

4.

Negara Malaysia yang kaya dengan keindahan flora dan fauna telah menarik ramai __________ dari luar negara mengunjungi negara ini.

a)

pelancongan

b)

melancong

c)

pelancong

d)

dilancongi

5.

Banyak tanaman telah musnah dan kerugian dianggarkan berjuta-juta ringgit akibat __________ gunung berapi.

a)

peledak

b)

meledak

c)

peledakan

d)

meledakkan

6.

Dalam perbicaraan kes itu, __________ telah mendapatkan seorang peguam bela yang terkenal untuk membela dirinya di mahkamah.

a)

menuduh

b)

penuduh

c)

tertuduh

d)

tuduhan

7.

Ahli Kelab Seni Budaya itu mempersembahkan __________ kuda kepang semasa majlis penyampaian hadiah kecemerlangan kokurikulum sekolah kami.

a)

penari

b)

tarian

c)

menari

d)

menarikan

8.

Kastam telah berjaya menumpaskan kegiatan __________ kereta mewah dari luar negara.

a)

seludupan

b)

menyeludup

c)

menyeludupi

d)

diseludupkan

9.

Penyanyi yang terkenal itu __________ beberapa petua untuk menjaga suaranya supaya sentiasa merdu.

a)

mengamalkan

b)

beramal

c)

amalan

10.

Farah telah meminta Zaty menjadi __________ pada hari persandingannya nanti.

a)

apitan

b)

pengapit

c)

mengapit

d)

memperapitkan

11.

Dato' Izudi telah bersetuju __________ anak gadis Dato' Zain untuk anaknya yang sedang berkhidmat di luar negara.

a)

pinangan

b)

meminang

c)

peminangan

d)

meminangkan

12.

Pak Ali sanggup __________ kerana mahu melihat anak-anaknya menjadi orang yang __________.

a)

terkorban - berpelajaran

b)

berkorban - terpelajaran

c)

berkorban - berpelajaran

d)

mengorbankan - terpelajar

13.

Murid-murid prasekolah itu melakukan __________ piring mengikut irama lagu Melayu asli.

a)

tarian

b)

penari

c)

menari

d)

menarikan

14.

__________ telah pun dijalankan untuk mengetahui punca-punca penyakit selesema burung yang kini sudah merebak ke negara kita.

a)

Penyelidik

b)

Menyelidik

c)

Menyelidiki

d)

Penyelidikan

15.

Cikgu Rosnah __________ dua kemahiran, iaitu membaca dan menulis dalam pengajarannya.

a)

gabungan

b)

penggabung

c)

menggabung

d)

menggabungkan

16.

__________ yang bersuara merdu itu berasal dari negeri Pulau Pinang.

a)

Penyanyi

b)

Nyanyian

c)

Bernyanyi

17.

Berita angin yang mulai __________ mengenai kekalahan Jepun melegakan hati penduduk Tanah melayu.

a)

tersebar

b)

sebaran

c)

bersebaran

d)

menyebarkan

18.

Mereka berusaha untuk menyelamatkan pekerja-pekerja yang __________ di dalam bangunan itu.

a)

perangkap

b)

terperangkap

c)

memerangkap

19.

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk __________ kadar kemiskinan di luar bandar.

a)

terkurang

b)

berkurang

c)

kekurangan

d)

mengurangkan

20.

Rakyat Malaysia mesti bersatu padu untuk __________ keamanan negara kita yang mempuyai rakyat yang berbilang kaum.

a)

dikekal

b)

berkekalan

c)

pengekalan

d)

mengekalkan