wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Majmuk Tahun 6_2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pelancong dari luar negara hendaklah mematuhi __________ ketika berada di negara ini.

a)

tatacara

b)

tatasusila

c)

tatanegara

d)

tatabahasa

2.

__________ Islam telah pun diwujudkan di negara kita.

a)

Ibu negara

b)

Mata wang

c)

Pajak gadai

d)

Ahli bahasa

3.

Encik Yahya memetik buah rambutan yang masak ranum itu kerana beliau gemar makan __________.

a)

buah melaka

b)

buah kering

c)

buah sulung

d)

buah hidup

4.

Pada setiap pagi, ayah Budin minum segelas __________.

a)

air bah

b)

air lata

c)

air tuban

d)

air mineral

5.

Azlina dan Suraya sedang meneliti __________ yang ditampal pada dinding kelasnya.

a)

jadual petugas harian

b)

jadual tugasan harian

c)

jadual bertugas harian

6.

Mak Lijak tidak boleh membuka mangga itu kerana __________ nya sudah hilang.

a)

ibu kunci

b)

kunci kura

c)

anak kunci

d)

temu kunci

7.

Ayah telah membayar __________ sebagai tanda persetujuan untuk membeli rumah baharu kami.

a)

wang faedah

b)

wang saku

c)

wang ansuran

d)

wang pendahuluan

8.

Indah sungguh pemandangan di kawasan __________ itu.

a)

air terjun

b)

tanah rata

c)

hutan dara

9.

Penunggang motosikal itu tidak memasang __________ pada motosikalnya.

a)

cermin sisi

b)

cermin atas

c)

cermin hadapan

d)

cermin belakang

10.

Pada malam minggu yang lalu, kami menonton __________.

a)

wayang kulit

b)

wayang gambar

c)

wayang bangsawan

11.

Jamal dan Ishak melihat __________ yang ditampal di luar pejabat bas ekspress itu.

a)

jadual jalanan bas

b)

jadual pejalan bas

c)

jadual perjalanan bas

12.

Semalam Hafiz tidur lewat kerana menonton perlawanan __________ menyebabkan dia mengantuk di dalam kelas.

a)

sepak takraw

b)

bola baling

c)

bola sepak

d)

bola jaring

13.

Semua pelajar diminta berkumpul di __________ sebelum pulang.

a)

balai raya

b)

padang sukan

c)

dewan makan

d)

padang sekolah

14.

Para peserta dan ahli panel __________ dalam majlis forum itu.

a)

berhibur hati

b)

bersoal jawab

c)

bertemu ramah

d)

beramah mesra

15.

Penjenayah itu akan dihadapkan ke __________ kerana dia terbukti bersalah.

a)

pusat serenti

b)

bilik tahanan

c)

rumah mayat

d)

muka pengadilan

16.

Pekebun getah itu sedang meninjau __________ getah baka baru setelah pokok getah yang sudah tua ditebang.

a)

projek tanam semula

b)

projek tanaman semula

c)

projek penanaman semula

17.

Untuk mencapai kejayaan, seseorang itu hendaklah __________ usaha.

a)

melipatgandakan

b)

menguatkuasakan

c)

menggabungjalinkan

18.

Rahman memasukkan buku-buku itu ke dalam __________ lalu disandang pada bahunya.

a)

beg bimbit

b)

beg jinjit

c)

beg galas

d)

beg saku

19.

Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar __________.

a)

balai raya

b)

jalan raya

c)

jalan sekolah

d)

jalan kampung

20.

Ayah terpaksa __________ dalam pergaduhan abang dan kakak bagi mencari penyelesaian.

a)

lemah lembut

b)

bertikam lidah

c)

campur tangan

d)

membaik pulih