NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Ganda Tahun 6_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Para pendidik seharusnya memberi dorongan kepada pelajar-pelajar supaya __________ mencari ilmu demi masa depan mereka.
berhati-hati
berpusu-pusu
beransur-ansur
berlumba-lumba
Abang menggunakan __________ untuk membuat sudut tegak.
kekisi
sesiku
rerambut
bebenang
Orang ramai __________ membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
berebut-rebut
berjuntai-juntai
bertindih-tindih
bertindan-tindih
Beberapa ekor __________ ditemui merangkak-rangkak di kebun Pak Mat.
jejentik
rerama
kekura
bebiri
Oleh sebab tanahnya tidak rata, keadaan jalan untuk ke kampung itu __________.
teroleng-oleng
tunggang-tonggek
tergoyang-goyang
tunggang-langgang
Akibat tercucuk tulang ikan puyu, __________ kakak luka dan berdarah.
lelangit
kekuda
pepijat
sesiku
Jalan menuju ke kampung itu __________ menyebabkan pemandu mesti lebih berhati-hati.
bertali-tali
berduyun-duyun
berhempas-pulas
berselekoh-selekoh
Fatimah menyusun __________ lama yang berselerakan di dalam bilik itu.
obor-obor
mata-mata
masak-masak
majalah-majalah
Talib __________ menjawab soalan-soalan peperiksaan itu kerana masanya hampir tamat.
haru-biru
huru-hara
kelam-kabut
lemah-longlai
__________ tempat memotong daging itu baru dibuat oleh Pak Mat Tukang Kayu.
Kekisi
Sesiku
Tetupai
Kekuda
Emak sedang mengupas __________ itu untuk dijadikan bahan masakannya.
bebawang
dedaun
bebenang
dedalu
Jalan raya yang menghubungkan Merapoh dengan Gua Musang __________.
liang-liuk
herot-benyot
huyung-hayang
bengkang-bengkok
__________ bunga kertas itu dipangkas oleh tukang kebun supaya kelihatan kemas dan rimbun.
Deduri
Bebunga
Bebatang
Reranting
Puteri Laila memakai sepasang __________ berlian yang cantik.
kisi-kisi
siku-siku
mata-mata
anting-anting
Raksa terkandung di dalam __________ kaca itu.
bebuli
sesiku
kekuda
rerambut
Kemarahan Pak Teh __________ terhadap mereka yang menconteng dinding bangunan kedainya malam tadi.
meluap-luap
mereka-reka
meronta-ronta
merobek-robek
Semangatnya sentiasa __________ untuk menentang musuh negara demi kedamaian rakyat.
merayu-rayu
meruap-ruap
meracau-racau
meraung-raung
"Saya bimbang __________ ada orang yang cuba mengkhianati __________ buah saya," kata Ketua Kampung.
terang-terang, anak-anak
kalau-kalau, anak-anak
alang-alang, anak-anak
moga-moga, anak-anak
__________ lelaki yang berada di kaunter bank itu sedang diperhatikan oleh pengawal keselamatan.
Gerak-geri
Jerit-pekik
Sedu-sedan
Keluh-kesah
Sara menangis __________ kerana abangnya tidak membelikan aiskrim kegemarannya.
terlintang-pukang
terlompat-lompat
terguling-guling
teresak-esak
