NEW
Font size
WorksheetsBASIC LIFE SUPPORT QUIZ
Total questions: 50
Worksheet time: 12hrs 32mins
Sebab-sebab kematian mengejut yang memerlukaan resusitasi termasuk
Reaksi dadah
Kemalangan
Serangan jantung
Semua diatas
orang yang mengalami tanda dan gejala awal serangan jantung selalunya :
Ketakutan dan pitam
Menyangkal mereka mengalami serangan jantung
Memandu sendiri ke hospital
Tidur untuk menghilangkan kesakitan
Padah paling buruk akibat serangan jantung
Strok
Kecacatan dada yang keterlaluan
Sakit dada keterlaluan
Jantung terhenti
Apabila penyelamat kedua telah tiba untuk membantu CPR, penyelamat kedua yang baru itu :
Memperkenalkan diri
Memeriksa jika ada nadi spontan
Meneruskan CPR keseorangan jika nadi tiada
Kesemua diatas
Untuk melakukan tekanan dada dewasa, tangan kedua diletakkan diatas tangan pertama dengan tangan pertama menekan :
Atas bahagian bawah sternum
Bahagian bawah 1/3 sternum
Diatas sternum bahagian tengah dada
Atas cuaran xifoid
Untuk CPR berpasangan, bertukaran dilakukan :
Apabila juru ventilasi mengkehendaki
Tanpa maenghentikan tekanan
Bila mangsa menunjukkan tanda pemulihan
Apabila selesai setiap lima pusingan CPR
Kadar tekanan dada untuk bayi ialah :
90 kali/minit
100-120 kali/mimit
80-85 kali/minit
70-75 kali/minit
Kesemua ini adalah risiko serangan jantung kecuali :
Tabiat merokok
Makanan berlemak dan berminyak
Tekanan darah tinggi
Loya dan muntah
Tiada pernafasan pada mangsa yang tidak sedarkan diri boleh ditentukan dengan :
Memeriksa pergembangan anak mata
Memeriksa perubahan warna kulit
Memeriksa nadi
Memerhati kehadiran aktiviti pernafasan
Bila seseorang penyelamat melalukan CPR, kadar tekanan dada pada hembusan untuk dewasa adalah :
12 tekanan, 2 ventilasi
5 tekanan, 1 ventilasi
30 tekanan, 2 ventilasi
30 tekanan, 2 ventilasi
Akibat teknik CPR yang salah :
Kecederaan kepada jantung
patah tulang rusuk
kecederaan kepada paru-paru
Kesemua diatas
Dalam melakukan CPR, dada bayi hendaklah ditekan :
1/3 atau 1/2 kedalaman dada
Sekurang-kurangnya 1/3 kedalaman dada
1/3 atau 1/4 kedalaman dada
Sekurang-kurangnya 1/4 kedalaman dada
Sebab utama jantung terhenti pada bayi dan kanak-kanak ialah :
Serangan jantung
Pernafasan terhenti
Kejutan elektrik
Lemas
Untuk melakukan "Heimlech menuever" pada mangsa tercekik dewasa :
Duduk diatas pergelagan kaki mangsa dan tekan abdomen.
Melutut disebelah dada mangsa dan menekan abdomen.
Berdiri dibelakang mangsa dan peluk pinggang mangsa serta memberi tekanan abdomen menggunakan genggaman tangan.
Berdiri diantara kedua-dua peha mangsa serta menepuk bahu mangsa sehingga bendasing keluar.
Mengikut garis panduan 2015 CPR kanak dilakukan pada mangsa :
Dibawah umur 1 tahun
1 tahun hingga akil baligh
8 tahun hingga 10 tahun
10 tahun hingga 12 tahun
Untuk menentukan keberkesanan tekanan dada, penyelamat mestilah :
Membenar relaksasi normal dada sepenuhnya (full chest recoil)
Kadar tekanan dada 100-120 kali seminit
Memberi tekanan dengan kuat dan laju (push hard push fast)
Kesemua diatas
Bila melakukan CPR dewasa berseorangan, penyelamat hendaklah menekan dada dengan kadar :
60 kali seminit
80 kali seminit
80-90 kali seminit
100-120 kali seminit
Jantung disahkan terhenti apabila :
Tiada nadi karotid
Tiada nadi radial
Tiada denyutan apeks
Tiada jawapan apabila dikejut
Untuk CPR bayi dan kanak-kanak tekanan dada pada ventilasi ialah :
15 tekanan, 2 ventilasi
15 tekanan, 5 ventilasi
5 tekanan, 2 ventilasi
30 tekanan, 2 ventilasi
Untuk menentukan mangsa dewasa mempunyai nadi atau tidak, penyelamat harus memeriksa nadi :
arteri brakial ditangan
arteri femoral di groin
arteri karotid dileher
arteri radial dipergelangan tangan
Jika mangsa didapati tidak bernafas ataupun pernafasan tidak normal :
Mulakan tekanan dada (chest compression)
Tentukan ketiadaan nadi
Periksa anak mata (pupils)
berikan dua hembusan nafas
Ketika melakukan tekanan dada pada mangsa dewasa, sternum haruslah ditekan sedalam :
1/2cm - 2cm
2 inci
Melebihi 2 inci
5cm, tidak melebihi 6 cm
Sebab utama tersekat aliran udara pada mangsa tidak sedarkan diri ialah :
Makanan
Lidah
Lendir
Gigi palsu
Apakah prinsip pemeriksaan utama dalam percubaan menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri :
Kesedaran,bahaya,saluran pernafasan,pernafasan,pengaliran darah
Saluran pernafasan,pernafasan,pengaliran udara dan kesedaran
Bahaya,kesedaran,saluran pernafasan,pernafasan dan pengaliran darah
bahaya,kesedaran,pengaliran darah,saluran pernafasan dan pernafasan
Keadaan dimana seseorang penyelamat yang bukan doktor boleh berhenti melakukan CPR ialah :
Bila penyelamat fikir mangsa tidak boleh hidup
Bila penyelamat fikir mangsa akan mengalami kecacatan otak yang tetap
Bila penyelamat keletihan dan tidak dapat meneruskan
Bila tiada reaksi pupil atau tanda-tanda kehidupan
Penyelamat berseorangan harus memeriksa pengembalian nadi secara spontan (ROSC) pada mangsa dewasa :
Selepas 10 minit CPR
Selepas 30 saat CPR
Setelah berlalu minit pertama CPR
Lebih kurang 2 minit atau selepas 5 pusingan CPR
Seseorang yang terkena serangan jantung akan merasai :
tekanan di dada yang tidak menyenangkan
susah hendak bernafas
rasa tidak hadam
kesemua diatas
Untuk menentukan samaada saluran udara mangsa dewasa tercekik yang sedarkan diri tersumbat atau tidak, penyelamat harus :
Bertanya mangsa ,"anda tercekik?"
Gongcang mangsa
Betulkan kedudukan mangsa
Lakukan 5 kali tekanan abdomen
Pernafasan menyelamat (rescue breathing) untuk bayi yang bernadi hendaklah dilakukan :
10 kali/minit
15 kali/minit
20 kali/minit
25 kali/minit
Penyelamat harus memeriksa nadi bayi dengan merasa :
Nadi karotid
Nadi brakial
Nadi radial
Nadi umbilikal
Kesumbatan benda asing pada saluran pernafasan pada dewasa biasanya berlaku :
Ketika tidur
Ketika makan
Ketika serangan jantung
Ketika bersenam
Dalam mengaktifkan EMS (emergency response system) semua benar kecuali :
Pastikan mangsa tidak sedar dan tidak bernafas terlebih dahulu
Buka saluran pernafasan dan beri 2 bantuan pernafasan dahulu
Minta pertolongan untuk mengaktivasikan EMS sekiranya ada pembantu
Dail 999 sekiranya ada telefon bimbit
Ketika melakukan CPR pada mangsa bayi, penyelamat haruslah:
menggunakan dua tangan untuk melakukan tekanan dada
menggunakan satu tangan untuk melakukan tekanan dada
menggunakan dua jari untuk melakukan tekanan dada
tidak melakukan tekanan dada bagi mangsa bayi
Nisbah tekanan dada keatas ventilasi dalam melakukan CPR mangsa dewasa bagi penyelamat berpasangan ialah :
30:2
15:1
30:5
15:2
Dalam melakukan CPR, dada kanak-kanak mestilah ditekan :
Lebih kurang 4cm
Sekurang-kurangnya 4cm
Lebih kurang 5cm
5.5cm
Kaedah utama digunakan untuk membuka saluran pernafasan :
Dongak kepala dan angkat dagu
Pusing kepala sebelah kanan mangsa
Menepuk belakang mangsa
Mengesat mulut dan kerongkong mangsa
Ketika penyelamat pertama sedang melakukan CPR, penyelamat kedua tiba dengan membawa AED.Apakah langkah seterusnya?
Lekatkan pads AED pada baju mangsa
Lekatkan pads AED pada bahagian dada mangsa,analisa rthym
Berikan shock kepada mangsa
Tunggu pakar perubatan untuk menggunakan AED
Selepas shock diberi kepada mangsa menggunakan AED, penyelamat haruslah :
Meneruskan CPR dengan tekanan dada
Tunggu pesakit sedar
Berikan 2 bantuan pernafasan
Tunggu AED menganalisa rthym mangsa sekali lagi
Kadar bantuan pernafasan (rescue breathing) diberikan kepada mangsa dewasa yang ada nadi tetapi tidak bernafas ialah :
1 hembusan pernafasan setiap 3 saat
1 hembusan pernafasan setiap 5 saat
2 hembusan pernafasan setiap 3 saat
2 hembusan pernafasan setiap 5 saat
Kejayaan CPR di hospital paling bergantung kepada
Masa
Teknik
Peralatan
Kemahiran
Faktor-faktor risiko menyebabkan tercekik pada dewasa adalah :
Ketulan makanan yang tidak dikunyah dengan betul
Ketawa atau bercakap ketika makan
Gigi palsu
Semua diatas
Langkah yang perlu dilakukan pada pesakit dewasa yang tercekik tidak sedarkan diri kecuali :
Aktifkan EMS
Mulakan CPR
Buang bendasing dengan jari (finger sweep) jika kelihatan
Tepuk belakang mangsa sehingga bendasing keluar
Dalam melakukan CPR pada mangsa dewasa oleh dua orang penyelamat,penyelamat kedua mengambil alih melakukan CPR selepas :
Setiap pusingan CPR
Setiap 2 pusingan CPR
Setiap 5 pusingan CPR
Setiap 10 pusingan CPR
Jika mangsa terbatuk dengan kuatnya sedangkan saluran pernafasannya separaa tersumbat :
Periksa nadi
Berikan 5 kali tekanan dada
Keluarkan bendasing dengan jari
Jangan ganggu,teruskan memerhati keatas mangsa, dan bantu mangsa jika mangsa disahkan tercekik
Kegagalan ventilasi secukupnya ke paru-paru mangsa boleh disebabkan oleh
Terlalu banyak udara dalam perut
Kepala tidak tidak didongok dengan cukup
Kebocoran di tempat hembusan
Semua di atas
Usaha pertama penyelamat untuk menentukan saluran pernafasan tidak tersekat bagi kes tercekik mangsa dewasa ialah :
Buka salur pernafasan, cuba beri ventilasi (hembusan)
Membetulkan kedudukan kepala
Mengeluarkan bendasing dari tekak
Menepuk dan melaungkan, "Encik,Encik OK?"
Jika penyelamat berseorangan dengan mangsa serangan jantung yang tidak bernafas,tidak ada bantuan ditempat kejadian,penyelamat haruslah :
Menggerakkan EMS sebelum membuka saluran udara mangsa
Buka sakur pernafasan dan gerakkan EMS
Lakukan CPR 1 minit, kemudian gerakkan EMS
Pergi mendapatkan bantuan untuk menggerakkan EMS,kembali segera untuk mengesan nadi mangsa
Keberkesanan (high quality) dalam melakukan CPR adalah :
Pengurangan gangguan
Tekanan kuat dan laju
Kedalaman dada tidak kurang 5cm
Semua diatas
Setelah penyelamat memberi ventilasi, mangsa akan menghembuskan keluar udara dengan cara :
Relaksasi normal dada
Tekanan lembut tangan penyelamat di bahagian atas dada
Tekanan kuat atas dada
Memusing kepala mangsa kesebelah
Pesakit yang tidak sedarkan diri akan diberikan defibrillasi apabila
RItma jantung pesakit menunjukkan Ventricular fibrillation (VF)
Pesakit tidak bernafas dan tiada nadi
Pesakit menunjukkan ritma jantung asystole
Pesakit kelihatan kebiru-biruan
