wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

"____________akan berangkat meninggalkan istana untuk mencemar duli menemui rakyat,"kata Bendahara Tun Perak kepada para pembesar negeri.

a)

Baginda

b)

Patik

c)

Beliau

d)

Hamba

2.

Budak kecil itu kelihatan_______ kerana terlalu mengantuk.

a)

terenjut-enjut

b)

terhegeh-hegeh

c)

terangguk-angguk

d)

tersengguk-sengguk

3.

Cantik __________ gambar pemandangan air terjun yang tergantung pada dinding itu.

a)

agak

b)

terlau

c)

paling

d)

benar

4.

Mahani mencapai_________kertas, lalu menulis sedikit nota ringkas.

a)

sebaris

b)

sebuku

c)

sehelai

d)

secebis

5.

Kami __________ bahawa pasukan bola sepak sekolah kami akan menewaskan pasukan lawan.

a)

amat yakin

b)

benar pasti

c)

betul percaya

d)

nyata benar

6.

Puan Suraya _________anaknya di kerusi yang kosong di hadapannya.

a)

terduduk

b)

menduduki

c)

penduduk

d)

mendudukkan

7.

_______ murid-murid di sekolah itu terdiri daripada penduduk di kawasan itu.

a)

Tiap-tiap

b)

Setengah

c)

Para-para

d)

Kebanyakan

8.

Rubi menambahkan sedikir garam ke dalam kuah laksa pinang itu kerana terlalu ______

a)

masin

b)

cair

c)

pekat

d)

tawar

9.

Nenek moyang kita dahulu bekerja _______untuk mendapatkan rezeki bagi menyara keluarga mereka.

a)

mati-matian

b)

sakit-sakitan

c)

besar-besaran

d)

sambil-sambilan

10.

Walaupun sudah menjadi seorang _____hasil kejayaan perniagaannya, beliau tidak pernah melupakan kedua-dua orang tuanya.

a)

jutawan

b)

karyawan

c)

dermawan

d)

angkasawan

11.

Pemain-pemain bola sepak Kelantan menjalani ____ terlebih dahulu sebelum dipilih sebagai pemain tetap.

a)

uji bakat

b)

temu ramah

c)

latih tubi

d)

temu duga

12.

Sekiranya aspek kesihatan diambil perhatian, maka kesihatan bertambah baik dan dapat meningkatkan kualiti hidup seseorang itu.

Pilih perkataan sinonim bagi meningkatkan

a)

meninggikan

b)

melebarkan

c)

membesarkan

d)

meneruskan

13.

Sanusi dan Faiz akhirnya berdamai dan bermaafan setelah sekian lama tidak bertegur sapa.

Pilih perkataan antonim bagi berdamai

a)

berbaik

b)

bersatu

c)

berbincang

d)

bersengketa

14.

Pilih ayat-auay yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i Kemalangan itu menyebabkan kaki Ani pincang.

ii Masakan Cef Aini menjadi pincang kerana kemasyhurannya.

ii Pasukannya menjadi pincang kerana kehilangan jurulatih yang berwibawa.

iv Semenjak pincang daripada jawatannya, Pak Samad hanya berehat di rumah.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

15.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Budak-budak _______ itu lari bertempiaran apabila melihat kereta peronda polis menghampiri mereka.

a)

kutu embun

b)

kaki bangku

c)

kera sumbang

d)

langkah seribu

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Rasa buah jambu muda itu kelat benar.

b)

Cuaca di ibu kota ini hari dijangka mendung

c)

Ikan keli yang dibeli oleh ayah di pasar tani itu belum tersiang.

d)

Pondok di dalam air terjun itu mereka dirikan beramai-ramai.

17.

Pilih ayat yang betul

a)

Menteri Besar akan meresmikan Sukaneka Rakyat 2018 itu.

b)

Teater "Anak Buluh Betung" itu dipentaskan di Istana Budaya.

c)

Suara burung kakak tua itu sangat indah.

d)

Ibunya berasal dari keluarga bangsawan.

18.

Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda supaya masa terisi dengan perkara yang berfaedah.

a)

Untuk mengisi masa lapang , Rakan Belia digalakkaan menyertai program golongan belia.

b)

Golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda untuk mengisi masa lapang.

c)

Untuk mengisi masa lapang , golongan belia digalakkan menyertai program Rakan Muda.

d)

Golongan belia menggalakkan Rakan Muda untuk menyertai program lapang.

19.

“ Saya tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin kerana demam panas”.kata Noni kepada Siti.

a)

Noni demam dan tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin.

b)

Siti tidak sihat kelmarin dan dia tidak hadir ke sekolah.

c)

Noni memberitahu Siti bahawa kelmarin dia demam dan tidak dapat hadir ke sekolah.

d)

Noni memberitahu Siti dia tidak hadir ke sekolah kelmarin.

20.

Salmah membantu kakaknya memasak di dapur pada hari minggu.

a)

Kakak Salmah memasak di dapur pada hari minggu.

b)

Salmah meminta kakaknya memasak di dapau pada hari minggu.

c)

Samah dan kakaknya bercadang memasak pada hujung minggu.

d)

Pada hujung minggu , Salmah menolong kakaknya memasak di dapur.