Font size
WorksheetsKUIZ ONLINE PENGAJIAN MALAYSIA [SESI DISEMBER 2018]
Total questions: 45
Worksheet time: 33mins
[KESULTANAN MELAYU MELAKA]
Semua yang berikut adalah pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, KECUALI
Sultan Muhamad IV
Sultan Ahmad Syah
Sultan Muzaffar Syah
Sultan Abu Syahid
Antara yang berikut, manakah BUKAN kerajaan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka?
Pahang
Selangor
Perak
Johor
Terengganu, Kelantan , Selangor dan Negeri Sembilan adalah kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai
Kerajaan Melayu Baharu
Kerajaan Harapan Baharu
Kerajaan Selat Baharu
Kerajaan Malaysia Baharu
Negeri yang mengamalkan adat perpatih?
Selangor
Perak
Terengganu
Negeri Sembilan
Selangor merupakan negeri yang terkenal dikalangan Belanda hasil kekayaannya sebagai pengeluar
Arang batu
Biji Timah
Minyak
Emas
Siapakah tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari pedagang Islam di China?
John Crawford
S.Q.Fatimi
Snouck Hurgronje
Emanuel Gadinho Eredia
Apakah bukti yang telah ditemui di Kuala Berang berkenaan agama Islam di Asia Tenggara?
Batu nisan
Batu bersurat
Batu kapur
Batu bata
Berikut merupakan faktor Islam mudah berkembang di Asia Tenggara, KECUALI
Ciri-ciri istimewa agama Islam
Pengislaman ketua kerajaan
Perkahwinan
Peperangan
Kesan kedatangan Islam boleh dilihat pada aspek berikut KECUALI...
Pendidikan
Kesusasteraan
Pembalakan
Seni bina
Kuasa penjajah manakah yang paling lama bertapak di Tanah Melayu?
Portugis
Belanda
Inggeris
Jepun
Inggeris mula campur tangan dalam politik di Tanah Melayu secara rasmi melalui perjanjian …………. Pada tahun 1984
Perjanjian Pangkor
Perjanjian Inggeris-Belanda
Perjanjian Inggeris-Siam
Kaedah penempatan semula semua setinggan yang dibuat oleh kerajaan British untuk membenteras kegiatan Parti Komunis Melaya di Tanah Melayu dipanggil
Rangcangan Reid
Rancangan Cobbold
Rancangan Briggs
Rancangan McMichael
Slogan yang digunakan oleh Jepun untuk mewujudkan zon ekonomi yang makmur di rantau Asia Tenggara ialah
Indonesia Raya
Asia untuk orang Asia
Semangat Asia
Lindungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
Jepun mula menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Bandar manakah yang mula-mula diduduki oleh tentera Jepun?
Jitra
Singgora
Kota Bharu
Alor Star
Apakah kepentingan sistem ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1951?
Mengukuhkan kuasa penjajah
Memelihara pemimpin dalam pentadbiran
Melatih pemimpin dalam pentadbiran
Memperaku kuasa pembesar tempatan
[Soalan ini mengandungi lebih daripada 1 jawapan]
Apakah ciri-ciri penting Pakatan Murni?
Bertimbang rasa
Rundingan
Kerjasama
Ketrampilan
Apakah ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Syarat kewarganegaraan diperketat
Keistimewaan Melayu diwujudkan
Kerakyatan yang sama rata
Adat istiadat dan agama islam dikawal oleh orang Melayu
Manakah yang berkaitan dengan faktor pembentukan Malaysia?
Ancaman Jepun di Singapura
Keseimbangan kaum
Kemunduran ekonomi bersama
Mencapai kejayaan
Negara manakah yang menentang pembentukan Malaysia dan mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya?
Brunei
British
Indonesia
Filipina
Siapakah Pengerusi Suruhanjaya Cobbold?
Lord Reid
Lord Harold
Lord Cobbold
Lord Jennings
Manakah antara berikut mengenai faktor utama pemisahan Singapura?
Ekonomi dan kewangan
Tiada persaingan politik
Masalah pendidikan
Peperangan
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk?
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa rasmi negara
Kepentingan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu untuk orang Melayu
Orang bukan Melayu boleh menggunakan Bahasa Melayu
Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun?
1946
1948
1957
1963
Keluhuran Perlembagaan bermaksud:
“Ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri”
BENAR
SALAH
Keluhuran perlembagaan merupakan Prinsip Rukun Negara yang kedua?
BENAR
SALAH
Siapakah ketua bagi agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada Sultan/Raja?
Yang Di-Pertuan Agong
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja
Majlis Agama Islam Negeri
Manakah antara kenyataan berikut TIDAK BENAR berkenaan cara-cara untuk memperolehi kewarganegaraan di Tanah Melayu.
Naturalisasi
Pendaftaran
Kuatkuasa undang-undang
Pencantuman kawasan dan negeri
Perkara 153 (1) yang terdapat dalam perlembagaan Persekutuan merujuk kepada
Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara
Hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Hak serta cara-cara untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia
YDPA bertanggungjawab menentukan perizaban jawatan dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
Seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut KECUALI
Dibuang daerah
Menderhaka kepada Raja dan negara
Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan pejabat Konsul kerajaan
Perlembagaan Malaysia merupakan _______________ dan perjanjian perdamaian
Kontrak Jual Beli
Kontrak Sosial
Kontrak Damai
Kontrak Muafakat
Kontrak Sosial merujuk bentuk permuafakatan antara rakyat dan pemimpin 3 kaum utama yang mewakili parti _____________.
UMNO, MCA, MCB
UMNO, MCA, USNO
UMNO, MCA, MIC
UMNO, MIC, GERAKAN
Melalui permuafakatan sosial ini, penggantian beri-memberi atau ____________ berlaku antara orang melayu dan bukan Melayu
Quid Pro Quo
Qiud Pre Que
Qiud Pre Quo
Qiud Pro Que
Kontrak Sosial merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah Negara merdeka di bawah sistem pemerintahan _______________.
Demokrasi Berperlembagaan Raja Berparlimen
Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan Demokrasi
Raja Berkuasa Mutlak
Perkara berapakah dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan fungsi dan tugas Majlis Raja-Raja?
Perkara 33
Perkara 38
Perkara 36
Perkara 32
Di peringkat Persekutuan, ______________ ,merupakan dewan tertinggi dalam badan perundangan di Malaysia.
Dewan Negara
Dewan Serbaguna
Dewan Millenium
Dewan Rakyat
Bilakah pilihanraya Umum yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan?
31 Ogos 1957
27 Julai 1955
17 September 1960
25 April 1964
Apakah proses ketiga dalam proses pilihanraya?
Menyiapkan manifesto
Kempen pilihanraya
SPR memaklumkan tempat mengundi
Proses mengundi
Bilakah umur bersara wajib anggota SPR?
55 tahun
60 tahun
64 tahun
66 tahun
Siapakah di antara berikut yang layak mengundi secara pos?
Aminah menetap di Selatan Thailand
Firdaus penuntut tahun akhir di Australia
Thani mendapat taraf Penduduk Tetap di Malaysia
Syafiq yang bekerja di Singapura dan menetap di Johor Bahru
Etnik utama penduduk Malaysia ialah ___________
Melayu, Cina, India
Melayu, Cina, Serani
Melayu, Cina, Melanau
Melayu, India, Bidayuh
Masyarakat Portugis yang berkahwin dengan penduduk tempatan dinamakan _____________
Serunai
Serena
Serani
Serama
Proses sosial yang menyebabkan individu/masyarakat dipisahkan merujuk kepada ______________
Asimilasi
Segregasi
Akomodasi
Akulturasi
MAGERAN ditubuhkan pada 17 Mei 1969 bagi mengambil alih tugas Parlimen secara sementara. Institusi ini dipengerusikan oleh...
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun Dr. Ismail
Tan Sri Ghazali Shafie
Apakah objektif Rukun Negara?
Membina masyarakat yang defensif dengan sains dan teknologi
Menetapkan peranan setiap kaum terhadap kebudayaan masing-masing
Membentuk masyarakat bersifat eksklusif, terutama terhadap kebudayaan masing-masing
Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama
Prinsip Rukun Negara ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan megeri masing-masing sekali gus melahirkan rakyat yang menghormati simbol-simbol kedaulatan negara dan berani mempertahankan negara daripada sebarang ancaman kuasa luar.
Prinsip yang dimaksudkan ialah...
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kepercayaan kepada Tuhan
Kedaulatan Undang-undang
Keluhuran Perlembagaan
