wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Objektif 900/3

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia di bawah Kerangka Kerjasama Selatan-Selatan.


Penyataan di atas merujuk kepada:

a)

Rancangan Colombo

b)

Warisan Bersama Dunia

c)

Dialog Antarabangsa Langkawi

d)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia

2.

Penubuhan badan hak asasi manusia dan mekanisme penyelesaian pertikaian, untuk diputuskan di Sidang Kemuncak ASEAN .


Penyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam

a)

Piagam ASEAN

b)

Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN

c)

Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN

d)

Memorandum Persefahaman

Pertumbuhan Segi Tiga ASEAN

3.

Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah antara


I. Menghormati kedaulatan setiap negara

II. Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau

III. Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi

IV. Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?

a)

Berdaya saing

b)

Status ekonomi

c)

Sikap keterbukaan

d)

Pegangan ideologi

5.

Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?

a)

Menjadi peneraju ekonomi serantau

b)

Mempertahankan keselamatan negara

c)

Menjadi pejuang politik bagi negara membangun

d)

Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa

6.

Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN +3?


I. Kerjasama ketenteraan

II. Kerjasama saintifik dan teknikal

III.Pembentukan blok perdagangan

IV. Bantuan kewangan dan pakej pinjaman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

7.

· Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala

· Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial dan Kebudayaan


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Selatan-Selatan

b)

Pertubuhan Persidangan Islam

c)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

d)

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

8.

Yang manakah penyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?

I. Mengurangkan halangan perdagangan

II. Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global

III. Membangunkan sistem perdagangan multilateral

IV. Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

· Dialog politik , kerjasama ekonomi, dan interkasi budaya antara benua

· Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan pemodenan dalam forum yang disertai


Penyataan di atas merujuk kepada

a)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

b)

Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)

c)

Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)

d)

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

10.

Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?

a)

Meluaskan pasaran komoditi negara

b)

Menggalakkan kemasukan sumber manusia

c)

Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal

d)

Menjadi jurucakap bagi negara-negara Selatan

11.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun?

a)

Kemiskinan

b)

Tenaga kerja

c)

Kualiti alam sekitar

d)

Kawasan pembangunan yang terhad

12.

Yang manakah penyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan antarabangsa?

a)

Menyelesaikan masalah penduduk Palestin

b)

Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan

c)

Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar

d)

Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangai keganasan

13.

Membicarakan isu:

· Pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura

· Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dengan Singapura


Pertikaian di atas telah diselesaikan melalui

a)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

b)

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

c)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara

d)

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

14.

Yang manakah penyeleseaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?

a)

Menubuhkan pakatan ketenteraan

b)

Menganjurkan forum serantau ASEAN

c)

Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota

d)

Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman

15.

Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa?

I. Globalisasi

II. Kualiti barangan

III. Keganasan antarabangsa

IV. Perubahan cuaca yang drastik

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan IV

d)

Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh