Font size
WorksheetsSPM K1 T5B5
Total questions: 33
Worksheet time: 1hrs 6mins
SPMU 2018
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 15 Ogos 1957.
Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
T5 B5 ms 130 [ P2 B1-B4 ]
Meneruskan kuasa British
Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk
Mendapat hak untuk memerintah sendiri
Menamatkan sistem pemerintahan monarki
SPMU 2018
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Apakah perkara asas yang dipertimbangkan dalam rangka perlembagaan
tersebut? T5 B5 ms 125 [ P3 B12-B13 ]
Kedudukan British
Jawatan tradisional
Bantahan negara jiran
Kuasa autonomi negeri
SPM 2017
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.
Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi. T5 B5 ms 117 [ P1 B1-B3 ]
Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
SPM 2017
Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ? T5 B5 ms 121 [ P2 B4-B6 ]
Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan
Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat
Pengaruh orang dagang semakin kuat
Perpaduan antara kaum tidak mantap
SPMU 2017
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid.
Merangka perlembagaan negara
X
Apakah X ? T5 B5 ms 126 [ P1 B3 ]
Membendung kegiatan komunis
Menetapkan sempadan antara negeri
Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong
Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu
SPMU 2017
Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?
T5 B5 ms 119 [ P1 B1-B2, P2 B2-B3 ]
Mendapat peluang mentadbir kerajaan
Mengekalkan pentadbiran tradisional
Mendapat pengiktirafan kuasa besar
Menjimatkan kewangan kerajaan
SPM 2016
Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British. T5 B5 ms 124 [ P1B3]
Rundingan London
Dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd
Berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Pelaksanaan pilihan raya umum
Pemberian kemerdekaan tanah air
Pengekalan hak istimewa orang melayu
Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
SPMU 2016
Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC )
Pembukaan keahlian Pertubuhan Kebangsaan MelayuBersatu ( UMNO ) kepada orang bukan Melayu
Mengapakah usaha tersebut penting?
T5 B5 ms 120 [ P2 B8 ]
Merangka perlembagaan Persekutuan
Mempercepat kemerdekaan negara
Menetapkan syarat kerakyatan
Memantapkan Sistem Ahli
SPMU 2016
Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.
T5 B5 ms 119 [ P1 B4-B5 ]
Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
SPM 2015
Gambar 3 berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 . T5 B5 ms 124 [ P1 B1-B2 ]
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
SPM 2015
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut? T5 B5 ms 121 [ P3 B5 ]
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya
Pembentukan Parti Perikatan
SPMU 2015
Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid. T5 B5 ms 126 [ P3 B1 ]
Fungsi Suruhanjaya Reid
Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.
Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?
Hal kerakyatan
Penetapan sempadan
Hal ehwal imigresen
Peruntukan kewangan
SPMU 2015
Gambar 1 adalah tokoh yang telah berjasa kepada Malaysia.
T5 B5 ms 131 [ P3 B3-B4 & P4 B2 ] ms 132 [ P1 B6 ]
Apakah jasa mereka?
Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara
Menentang Malayan Union
Menamatkan zaman darurat
Menyatupadukan rakyat
SPM 2014
Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar. T5 B5 ms 120 [ P4 B1-B2 ]
Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?
Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum
Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Membentuk Parti Perikatan
SPM 2014
Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.T5 B5 ms 124 [ P1 B1-B2 ]
Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum
Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan
Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
SPM 2014
Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
T5 B5 ms 131 [ P2 B4 ]
Memperkukuh perpaduan kaum
Mengadakan pungutan suara
Mendapatkan sokongan luar
Berunding dengan komunis
SPMU 2014
Gambar adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an. Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut? T5 B5 ms 121 [ P1 B2-B3 ]
Memantapkan kedudukan UMNO
Mendapatkan bantuan daripada British
Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum
Melemahkan ancaman pengganas komunis
SPMU 2014
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk. T5 B5 ms 125 [ P3 B2 ]
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Merancang pembangunan ekonomi
Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran
Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
SPM 2013
Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. T5 B5 ms 121 [ P4 B9 ]
Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?
Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
Mendapat bantuan kewangan daripada British
Gagal mendapat sokongan semua kaum
Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran
SPM 2012
Pada tahun 1951, Dato’ Onn bin Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
Mengapakah beliau bertindak sedemikian? T5 ms 121 [ P1 B2-B3 ]
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Mengiktiraf peranan kaum imigran
Memperkuat organisasi parti
Memperkukuh perpaduan
SPM 2012
Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? T5 B5 ms 127 [ JADUAL ]
Melalui permohonan
Kuat kuasa undang-undang
Perkenan Raja-Raja Melayu
Kelulusan Dewan Undangan Negeri
SPM 2011
Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di tanah Melayu? T5 B5 ms 119 [ P1 B2 ]
1951
Sistem Ahli diperkenalkan
Merangka perlembagaan baru
Membincangkan syarat kewarganegaraan
Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
Melaksanakan pilihan raya umum
SPM 2011
Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.
Dato Onn Bin Jaafar
Dr Lee Tiang Keng
Dato E.E.C Thuraisingam
Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?
T5 B5 ms 118 [ P1 B5-B6 ]
Menasihati raja dalam pentadbiran
Mencadangkan undang-undang
Merangka sistem pendidikan
Memajukan kegiatan ekonomi
SPM 2010
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. T5 B5 ms 127 [ JADUAL ]
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
Pengaruh golongan kiri dihapuskan
SPM 2010
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan berikut?
T5 B5 ms 120 [ JADUAL ]
Rundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC)
Pengehadan bilangan kaum imigran
Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia
Penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA)
SPM 2010
Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka.
Dato’ Mahmud Mat
Dato’ E.E.C Thuraisingam
Dr. Lee Tiang Keng
Apakah sumbangan mereka? T5 ms 118 [ JADUAL ]
Menganggotai Sistem Ahli
Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid
SPM 2009
Jadual 3 menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. T5 B5 ms 122 [ P3 B4 ]
Apakah manifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?
Peningkatan taraf kesihatan penduduk
Pengekalan sistem pentadbiran Barat
Peluang pekerjaan kepada rakyat
Perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu
SPM 2009
Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. T5 B5 ms124 [ GAMBAR] Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?
Pengisytiharaan tarikh kemerdekaan
Kunjungan pemimpin negara
Kempen pilihan raya umum
Pembentukan Persekutuan Malaysia
SPM 2008
Mengapakah parti tersebut ditubuhkan? T5 B5 ms 121 [ P1 B2-B3 ]
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Mempertahankan hak peribumi
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
SPM 2008
Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951? T5 B5 ms 117 [ P1 B1-B2 ]
Mengukuhkan kuasa penjajah
Memelihara hak penduduk peribumi
Melatih pemimpin dalam pentadbiran
Memperakui kuasa pembesar tempatan
SPM 2007
- Sistem Ahli – Januari 1951 hingga Jun 1955
Apakah kepentingan pembentukan sistem di atas?
T5 B5 ms 119 [ P1 B1-B2 & B3 ]
Memperoleh kerakyatan yang sama
Memulakan proses perpaduan
Melatih berkerajaan sendiri
Mendapatkan sokongan pembesar
SPM 2007
Suruhanjaya Reid dibentuk di Tanah Melayu pada tahun 1956 sebagai persediaan kemerdekaan. T5 B5 ms 125 [ P3 B9 ]
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Menganjurkan rundingan antara kaum
Melantik pegawai pentadbiran baru
Mencadangkan tarikh pilihan raya
Merangka perlembagaan
SPM 2004
Pemimpin Melayu Perikatan : Kami bersetuju menerima prinsip kerakyatan secara “ jus soli”
Kesan daripada persetujuan di atas dalam Pakatan Murni menyebabkan pemimpin bukan Melayu bersetuju menerima
T5 B5 ms 126 [ P1 B1-B2 ] ms 127 [ P1 B4 ]
agama Persekutuan
undang-undang
prinsip kehakiman negara
kedudukan raja-raja Melayu
