NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA SPM
Total questions: 12
Worksheet time: 3600secs
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Ukur baju di badan sendiri.
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Muafakat membawa berkat
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
Bagai aning dengan kucing
Bagai telur di hujung tanduk.
Bulan dipagari bintang
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Bagai melepaskan anjing tersepit
Bagai enau dalam belukar
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
Buah tangan
Buah mulut.
buah hati
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
Seperti anjing dengan kucing
Bagai abu di atas tunggul
Menang jadi arang, kalah jadi abu.
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
Bagai melukut di tepi gantang
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
asal sabut timbul, asal besi tenggelam
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau
Hangat-hangat tahi ayam
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Nasi sudah menjadi bubur
Tanam padi tumbuh lalang
Perigi mencari timba
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
ular menyusur akan takkan hilang bisanya
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
bagai mencurahkan air ke daun keladi
biduk lalu kiambang bertaut
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
nasi sudah menjadi bubur
