NEW
Font size
WorksheetsGAMES ONLINE ULANGKAJI PSRA/UPSRA SIRI 1 (2018)
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Berikut adalah adab bekerja kecuali
Menutup aurat dan berpakaian kemas
Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
Berniat kerana Allah
Ponteng kerja dan hadir kerja lewat
Berikut adalah akibat tidak beradab ketika bekerja kecuali
Mendapat kemurkaan Allah
Menimbulkan masalah di tempat kerja
Disayangi rakan-rakan
kerja tidak berkualiti
Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berjual beli kecuali
Menipu dalam timbangan, sukatan dan harga
Jujur dengan pelanggan
Barangan yang dijual tidak berkualiti
Menyembunyikan kecacatan barangan yang dijual
Berikut adalah adab ketika bermain kecuali
Berpakaian menutup aurat
Mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan
Bekerjasama antara satu sama lain
Hendaklah menjaga perasaan marah
Mesyuarat adalah satu perbincangan berkaitan dengan sesuatu isu atau perkara bagi mencapai satu keputusan terbaik untuk kebaikan bersama.
Berikut adalah adab ketika bermesyuarat kecuali
Meninggikan suara sebagai tanda tidak bersetuju dengan pendapat orang lain.
Memulakan dengan salam dan salawat
Menghormati keputusan yang dipersetujui.
Mengeluarkan hujah yang bernas
استقامه adalah berterusan melaksanakan perintah Allah.
Berikut adalah cara beristiqomah kecuali
Taat melaksanakan perintah Allah
Membuat sesuatu kebaikan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk
Menghindari perkara yang ditegah oleh Allah
Beriman dengan sepenuh hati kepada Allah dan Rasul
إخلاص adalah melakukan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah
Berikut adalah cara-cara bersifat ikhlas kecuali
Mengungkit-ungkit kebaikan yang telah dilakukan.
Tidak mengharapkan balasan
Hanya mengharap rahmat daripada Allah S.W.T
Melakukan sesuatu dengan niat yang baik
ْحُسْنُ الظَّن adalah bersangka baik terhadap seseorang sebelum diketahui buruk dan baiknya
Berikut adalah kelebihan bersikap ْحُسْنُ الظَّن kecuali
Dikasihi Allah dan rasul
Mengeratkan silaturrahim
Tersebar fitnah
Dikasihi ibubapa, guru dan masyarakat
Masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Ia juga dibina atas dasar Taqwa.
Apakah nama masjid tersebut?
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masjid Nabawi
Masjidil haram
Masjid Quba
- Nabi Muhammad SAW diakui sebagai ketua negara.
- Bebas mengamalkan kepercayaan
- Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi taat kepada perjanjian
- Bersama-sama mempertahankan Madinah
Berikut adalah kandungan perjanjian apa?
Perjanjian perang dunia ke 2
Ikrar Taat Setia Yahudi
Perjanjian Hudaibiyah
Sohifah Madinah (صحيفة مدينة)
Apakah gerangan yang diberi untuk orang yang berhijrah dari Mekah ke Madinah?
Yahudi
Muhajirin
Ansar
Melayu
Apakah gelaran yang diberi untuk orang Madinah yang membantu orang muhajirin(مهاجرين)?
انصار
مهاجرين
عوص
قريش
ْحاج وِدَاع (Haji perpisahan) merupakan ibadah haji terakhir yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum kewafatan baginda.
Pada tahun ke berapakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan ْحاج وِدَاع?
Tahun ke 8 hijrah
Tahun ke 10 hijrah
Tahun ke 14 hijrah
Tahun ke 9 hijrah
Bilakah tahun kewafatan Nabi Muhammad SAW?
Tahun ke 11 Hijrah
Tahun ke 12 Hijrah
Tahun ke 13 Hijrah
Tahun ke 14 Hijrah
Siapakah khalifah Islam pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW?
Saidina Abu Bakar
Saidina Uthman
Saidina Ali
Saidina Umar
- Dilahirkan pada 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW
- Mendapat gelaran الْفَارُوقْ ( Orang yang dapat membezakan perkara yang hak dengan yang batil)
- Dilahirkan di Mekah
- Merupakan khalifah islam yang kedua.
- Wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 hijrah ketika berusia 63 tahun
Siapakah khalifah Islam yang dimaksudkan di atas?
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
- Dilahirkan pada 6 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW
- Mendapat gelaran ذُو النورين kerana berkahwin dengan 2 orang puteri Rasulullah iaitu رُقَيَّه dan أمي كلثوم ( selepas رُقَيَّه meninggal dunia)
- Dilahirkan di Mekah
- Merupakan khalifah islam yang ke-3.
- Wafat pada tahun ke 35 hijrah ketika berusia 80 tahun
Siapakah khalifah Islam yang dimaksudkan di atas?
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
- Dilahirkan pada 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
- Mendapat gelaran كَرَمَ الله وَجْه ( orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah sejak kecil lagi)
- Dilahirkan di Mekah
- Merupakan khalifah islam yang ke-4.
- Wafat pada tahun ke 41 hijrah ketika berusia 70 tahun
Siapakah khalifah Islam yang dimaksudkan di atas?
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
- Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW
- Mendapat gelaran الصديق kerana pendiriannya sentiasa yakin dan membenarkan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rasulullah SAW.
- Berketurunan bangsawan Quraisy
- Merupakan khalifah islam yang pertama.
- Wafat pada tahun ke 13 hijrah ketika berusia 63tahun
Siapakah khalifah Islam yang dimaksudkan di atas?
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
Apakah hukum beriman dengan قدر dan قضاء ?
Sunat
Wajib
Makruh
Haram
Berikut adalah hikmah beriman dengan قدر dan قضاء kecuali
Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan berputus asa
Melatih diri bersyukur dan bersabar
Menenangkan jiwa
Sentiasa bersangka buruk dengan Allah
Berikut adalah adab berdoa kecuali
Menghadap kiblat
Tidak yakin dengan kekuasaan Allah
Memuji Allah pada permulaannya
Bertaubat sebelum berdoa
Perkara-perkara ghaib yang hanya boleh diketahui melalui al-quran dan as-sunnah.
Berikut adalah pengertian bagi
قضاء دان قدر
هاري قيامة
سَمْعِيَات
الْجَلِيلْ
Ganjaran bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang diperintah oleh syarak dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Berikut adalah pengertian bagi
Pahala
Dosa
Mahsyar
Mizan
Tempat perhimpunan bagi seluruh manusia dan jin selepas dibangkitkan dari kubur. Orang yang beriman dan beramal soleh dibangkitkan dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang kufur akan dibangkitkan dalam keadaan yang menderita.
Berikut adalah pengertian bagi
Pahala
Dosa
Mahsyar (محشر)
Mizan (ميزان)
Makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya dan terpelihara daripada maksiat. Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan. Mereka tidak makan dan minum.
Berikut adalah pengertian bagi
Pahala
Jin
Mahsyar
Malaikat
Timbangan untuk menimbang amalan manusia atau jin yang dilakukan di dunia. Orang berat timbangan baik akan dimasukkan ke dalam syurga manakala orang yang berat timbangan kejahatan akan dimasukkan ke dalam neraka.
Berikut adalah pengertian bagi
Mizan (ميزان)
Jin
Mahsyar (محشر)
Malaikat
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang yang menjadi rasul
Berikut adalah pengertian bagi
ميزان
صراط
معجزة
نراك
Mukjizat yang dapat disaksikan dengan pancaindera, dipandang dengan mata kasar, didengar dan disentuh oleh semua manusia. Contohnya tongkat nabi musa bertukar menjadi ular.
Berikut adalah pengertian bagi
معجزة حِسِّي (Mukjizat Hissi)
معجزة مَعْنَوِي (Mukjizat Maknawi)
Mukjizat yang tidak dapat disaksikan dengan pancaindera. Hanya boleh diketahui dengan kekuatan akal fikiran . Contohnya al-Quran.
Berikut adalah pengertian bagi
معجزة حِسِّي (Mukjizat Hissi)
معجزة مَعْنَوِي (Mukjizat Maknawi)
Mukjizat terbesar bagi rasul..
Baginda tidak hangus ketika dibakar oleh Raja Namrud. Baginda tidak merasai kepanasan api.
Berikut adalah mukjizat bagi
Nabi Nuh
Nabi Ibrahim
Nabi Musa
Nabi Muhammad SAW
Mukjizat terbesar bagi rasul..
Baginda boleh mengetahui percakapan serangga, semut dan burung.
Berikut adalah mukjizat bagi
Nabi Nuh
Nabi Ibrahim
Nabi Sulaiman
Nabi Muhammad SAW
Apakah pengertian bagi اِسْتِدْرَاجْ
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang mengaku nabi.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang wali atau hamba Allah yang soleh.
Pemberian daripada Allah kepada orang zalim berupa perkara-perkara istimewa yang luar biasa bagi menjadikan mereka bertambah sesat.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang sebelum diangkat menjadi rasul.
Apakah pengertian bagi إِهَانَةْ
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang mengaku nabi.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang wali atau hamba Allah yang soleh.
Pemberian daripada Allah kepada orang zalim berupa perkara-perkara istimewa yang luar biasa bagi menjadikan mereka bertambah sesat.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang sebelum diangkat menjadi rasul.
Apakah pengertian bagi كَرَامَةْ
Perkara luar biasa yang berlaku pada seseorang yang mengaku nabi.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang wali atau hamba Allah yang soleh.
Pemberian daripada Allah kepada orang zalim berupa perkara-perkara istimewa yang luar biasa bagi menjadikan mereka bertambah sesat.
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang sebelum diangkat menjadi rasul.
Berikut adalah syarat sah solat orang yang sakit kecuali
Mengetahui telah masuk waktu solat
Menghadap kiblat
Ada keuzuran
Sihat tubuh badan
Berikut adalah cara solat orang sakit kecuali
Solat secara duduk
Solat secara mengiring
Solat secara berlari
Solat secara menelentang
Apakah hukum menguruskan jenazah?
Fardhu kifayah
Sunat muakkad
Makruh
Haram
Berikut adalah syarat wajib puasa kecuali
Islam
Berakal
Baligh
Gila
Berikut adalah perkara-perkara sunat ketika berpuasa kecuali
Menyegerakan berbuka
Berbuka puasa dengan kurma
Menggosok gigi selepas gelincir matahari
Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan berselawat
Mengeluarkan makanan asasi untuk diberikan kepada golongan tertentu dengan sebab tamat bulan Ramadhan pada setiap tahun.
Berikut adalah pengertian bagi
Zakat harta
Zakat Fitrah
Haji
Syurga
Berikut adalah jenis-jenis haji kecuali
حاج بَخِيلْ
حاج إِفْرَادْ
حاج تَمَتُّعْ
حاج قِرَانْ
Ibadah Korban
Luqman berhajat untuk menyertai ibadah korban. Beliau telah mengorbankan 5 ekor ayam dan 10 ekor itik. Apakah hukum ibadah korban yang dilakukan oleh Luqman?
Sah kerana Luqman telah berniat untuk berkorban
Tidak sah kerana syarat untuk melakukan ibadah korban hanya untuk binatang الْأَنْعَامْ (berkaki empat) sahaja.
Makruh kerana ayam tidak mengenyangkan
Haram kerana itik adalah binatang yang tidak halal.
Farizul telah mendapat cahaya mata yang baru. Beliau telah melaksanakan ibadah aqiqah sempena kelahiran anak tersebut. Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah tersebut?
Wajib
Makruh
Haram
Sunat muakkad
Zaidi telah melaksanakan solat sunat pada pagi 1 Syawal. Apakah nama solat sunat yang dilakukan oleh zaidi?
Solat sunat Tahajjud
Solat sunat Hajat
Solat sunat aidilfitri
Solat sunat aidiladha
Mad yang terjadi disebabkan mewaqafkan bacaan pada hujung kalimah yang sebelumnya terdapat salah satu daripada huruf mad. Apakah nama mad ini?
مد واجب متصل
مد عارض للسكون
مد عوض
مد لين
Bertemu huruf mad dan hamzah dalam 2 kalimah. Apakah nama mad ini?
مد جائز منفصل
مد عارض للسكون
مد عوض
مد لين
Bertemu huruf mad dan hamzah dalam 1 kalimah. Apakah nama mad ini?
مد جائز منفصل
مد عارض للسكون
مد عوض
مد واجب متصل
Haziq, Wafiq dan Afiq menaiki kapal terbang untuk melanjutkan pelajaran ke negara Jepun. Mereka tidak dapat menunaikan solat dalam keadaan berdiri. Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka?
Tidak perlu solat
Solat dalam keadaan duduk
Bermain game sahaja
Berbual kosong sehingga habis waktu solat
Pelajar SK Bandar Baru Selayang (2) telah menyertai kursus penyembelihan di sekolah. Sebahagaian pelajar telah menyembelih ayam semasa sesi praktikal sembelihan. Namun demikian, terdapat seekor ayam tidak sah sembelihan. Apakah perkara yang telah menyebabkan perkara tersebut berlaku?
Penyembelih beragama Islam
Urat حلقوم dan مريح tidak putus dengan sempurna
Binatang yang disembelih adalah binatang yang halal untuk dimakan
Binatang itu masih hidup sebelum disembelih
