wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2018 Sejarah Percubaan K1 Kedah

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maksud pengertian madana adalah

a)

tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

b)

bandar

c)

peradaban

d)

pembangunan lahiriah

2.

Hasil kesusasteraan tamadun Mesopotamia yang terkenal ialah epik

a)

Mahabharata

b)

Gilgamesh

c)

Ramayana

d)

Puranas

3.

(Pilih 2 jawapan) Apakah ciri-ciri sistem republik di Rom?

a)

Konsul melantik ahli Dewan Senat

b)

Tiada pemerintah berkuasa mutlak

c)

Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul

d)

Konsul menjadi lebih berkuasa

4.

Mengapa penganut agama Hindu berusaha mencapai Moksya?

a)

Diberi pengampunan

b)

Dimasukkan ke dalam syurga

c)

Dilahirkan semula

d)

Disatukan dengan tuhan

5.

Bagaimanakah kerajaan maritim berjaya memajukan ekonomi mereka?

a)

Kekayaan hasil hutan

b)

Kemahiran membina kapal

c)

Kebolehan membina terusan

d)

Penduduk yang ramai

6.

Kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan adalah untuk

a)

menyembah raja

b)

sebagai adat istiadat raja

c)

rakyat takut untuk derhaka

d)

upacara keagamaan

7.

Perkataan jahiliah merujuk kepada perkataan Arab, iaitu jahala.

Istilah tersebut bermaksud

a)

sifat kesukuan

b)

kemunduran

c)

buta huruf

d)

assabiah

8.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh.

Mengapakah syeikh penting bagi setiap kabilah?

a)

Pandai berpidato

b)

Gagah dan berani

c)

Berfikiran matang

d)

Lambang perpaduan

9.

Apakah sumbangan al-Arqam bin Abu Arqam kepada tamadun Islam?

a)

Menyumbangkan buah fikiran

b)

Mewakafkan rumahnya

c)

Menangani musuh orang Islam

d)

Memberikan bekalan keperluan

10.

Hijrah daripada perkataan Arab yang bermakna berpindah.

Apakah maksud Hijrah dalam konteks kerohanian.

a)

Berhijrah daripada kemiskinan kepada kekayaan

b)

Berhijrah daripada akhlak buruk kepada baik

c)

Berhijrah daripada kekalahan kepada kemenangan

d)

Berhijrah daripada ketakutan kepada keberanian

11.

Apakah gelaran yang digunakan oleh pemimpin Bani Umaiyah pada tahap pertama?

a)

Amir

b)

Ulama

c)

Khalifah

d)

Syahbandar

12.

Dalam Perang Siffin, Khalifah Ali bin Abu Talib sanggup menghentikan peperangan.

Mengapakah beliau berbuat demikian?

a)

Menghargai warisan negara

b)

Menghadapi masalah kewangan

c)

Kekurangan kelengkapan perang

d)

Mengekalkan keharmonian negara

13.

John Crawford,Emmanuel Gadinho Eredia, dan Snouck Hurgronje merupakan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

Apakah persamaan pendapat antara tokoh-tokoh tersebut berkaitan dengan penyebaran Islam di Asia Tenggara

a)

Melalui kegiatan perdagangan

b)

Menerusi aktiviti penaklukan

c)

Mengislamkan pemerintah

d)

Menjalankan perkahwinan sahsiah

14.

Para ulama telah mengislamkan pemerintah seperti Raja Phaya Tu Nak Pa dan Raja Malik al- Salih.

Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?

a)

Menyekat pengaruh Islam

b)

Menguasai bidang pentadbiran

c)

Mendapatkan pengiktirafan

d)

Mempengaruhi rakyat jelata

15.

Undang-Undang bertulis ialah Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Apakah persamaan undang-undang tersebut?

a)

Peraturan keluarga

b)

Penetapan tanggungjawab dan hukuman

c)

Pantang larang anggota masyarakat

d)

Penetapan tugas raja dan pembesar

16.

Penyampaian pendidikan tidak formal adalah penceritaan lisan dan pembelajaran pantang larang.

Apakah bentuk penyampaian lain?

a)

Mengadap guru

b)

Pembacaan kitab

c)

Pembacaan pantun

d)

Pengajian sekolah

17.

Mengapakah Martin Luther menentang amalan penjualan Sijil Indulgences?

a)

Pegangan agama yang longgar

b)

Peningkatan kadar jenayah

c)

Penindasan terhadap rakyat

d)

Penyelewengan amalan agama

18.

(Pilih 2 jawapan) Apakah kelebihan sistem penanaman secara bergilir yang diperkenalkan oleh Lord Townshend?

a)

Kesuburan tanah dikekalkan

b)

Penggunaan jentera digalakkan

c)

Tanaman yang sama diusahakan

d)

Tanah digunakan sepanjang tahun

19.

Mengapakah Sistem Encomienda mendapat tentangan daripada rakyat Filipina?

a)

Mengkristiankan penduduk

b)

Melaksanakan kerahan tenaga

c)

Mengukuhkan kuasa Gabenor Jeneral

d)

Menghapuskan kuasa pembesar tempatan

20.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.

Apakah ciri-ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

Pengekalan pemerintahan beraja

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pentadbiran melalui biro

d)

Pengenalan sistem ufti

21.

Apakah bukti yang menunjukkan J.W.W. Birch telah mencampuri adat resam masyarakat Melayu di Perak?

a)

Melucutkan jawatan pembesar tempatan

b)

Menentang amalan penggunaan orang suruhan

c)

Memperkenalkan undang-undang tanah

d)

Memperkenalkan sistem pengambilan buruh asing

22.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.

Apakah saranan gerakan tersebut?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Berani mengkritik penjajah

c)

Memelihara warisan tradisi

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

23.

(Pilih 2 jawapan) Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Kebebasan asasi

b)

Kekuatan ketenteraan

c)

Keunggulan undang-undang

d)

Kedaulatan raja yang memerintah

24.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Melicinkan pentadbiran

b)

Menjamin kebajikan rakyat

c)

Memilih Undang

d)

Membendung masalah jenayah

25.

Salah satu sebab British memperkenalkan Malayan Union adalah untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union. Mengapakah British ingin membentuk bangsa Malayan Union?

a)

Mengubah sempadan negeri

b)

Menghalang perpaduan kaum

c)

Menentukan hak kerakyatan

d)

Mengurangkan kuasa politik peribumi

26.

Gesaan Piagam Atlantik

Tidak menggalakkan penjajahan baru

Meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan


Bagaimana British merealisasikan gesaan ini?

a)

Melaksanakan Sistem Ahli

b)

Mengistiharkan kemerdekaan

c)

Mengadakan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

27.

Dato’ Onn Jaafar berhasrat untuk mewujudkan kerjasama kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka dengan membuat cadangan untuk mengubah struktur UMNO tetapi telah dikecam hebat oleh masyarakat Melayu.

Apakah cadangan tersebut?

a)

Menggalakan kemasukan orang dagang

b)

Memulakan proses pilihanraya

c)

Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu

d)

Memastikan keadilan ekonomi

28.

Satu isu hangat yang dihadapi oleh Suruhanjaya Reid semasa menjalankan tugasnya ialah kerakyatan jus soli.

Mengapakah orang Melayu menentang isu tersebut?

a)

Melemahkan kedudukan mereka

b)

Memundurkan ekonomi negara

c)

Menambahkan hak orang dagang

d)

Mengamalkan perjuagan radikal

29.

Pada April 1961, Barisan Sosialis memenangi pilihanraya Hong Lim. Bagaimanakah Lee Kuan Yew menangani peristiwa tersebut?

a)

Memohon bantuan luar

b)

Memperkukuh pertahanan

c)

Memperkenalkan sistem pendidikan

d)

Mencadangkan gabungan dengan Tanah Melayu

30.

(Pilih 2 jawapan) Bagaimanakah Malaysia menangani Dasar Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia?

a)

Menghantar bantahan rasmi

b)

Melawat negara Afro-Asia

c)

Menghantar gerila komunis

d)

Memutuskan hubungan diplomatik

31.

Apakah Akta X?

a)

Akta Hasutan 1970

b)

Akta Imigresen 1961

c)

Akta Keselamatan Dalam Negeri

d)

Akta Media Cetak

32.

(Pilih 2 jawapan) Apakah tujuan pilihan raya umum diadakan?

a)

Memastikan demokrasi berjalan lancar

b)

Memilih ahli Dewan Undangan Negeri

c)

Memilih ahli Dewan Rakyat

d)

Mewujudkan perkongsian kuasa

33.

Senarai berikut berkaitan dengan pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia.

Senarai Persekutuan

Senarai Negeri

Senarai Bersama

Apakah bidang kuasa negeri berdasarkan Senarai Negeri?

a)

Penjagaan haiwan

b)

Parit dan tali air

c)

Perancangan bandar dan wilayah

d)

Pertanian dan perhutanan

34.

Dalam pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama, terdapat dua agensi utama kerajaan memainkan peranan penting iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Apakah matlamat penubuhan RIDA?

a)

Membangunkan masyarakat luar bandar

b)

Membuka petempatan baharu

c)

Menggalakkan industri berat

d)

Menubuhkan zon perdagangan

35.

Bagaimanakah pelaksanaan penyata tersebut dapat membentuk perpaduan di Malaysia?

a)

Pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

b)

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

c)

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

d)

Penyeragaman kokurikulum yang bercorak kebangsaan

36.

Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan setiap dua tahun sekali.

Apakah kepentingan sukan tersebut?

a)

Membina banyak prasarana sukan

b)

Memupuk perpaduan antara kaum

c)

Meningkatkan keupayaan jurulatih

d)

Mengurangkan kehadiran atlet asing

37.

(Pilih 2 jawapan) Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian tersebut?

a)

Bantuan pertahanan

b)

Pengisytiharan ZOPFAN

c)

Pergolakan di Vietnam

d)

Ancaman komunis

38.

Apakah manfaat Bank Pembangunan Islam kepada Malaysia?

a)

Penggunaan dinar emas

b)

Penyelesaian peperangan Iran-Iraq

c)

Persidangan menentang pengganas

d)

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa

39.

ASEAN juga telah mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Apakah bukti kerjasama tersebut?

a)

Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ)

b)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

c)

Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang

d)

Pertukaran rancangan televisyen dan radio

40.

Globalisasi boleh menjejaskan negara-negara membangun seperti Malaysia.

Mengapakah kedudukan Malaysia juga turut terjejas akibat globalisasi?

a)

Mengurangkan peluang pekerjaan

b)

Peningkatan teknologi maklumat

c)

Mengurangkan hutang negara

d)

Peningkatan taraf hidup