Font size
WorksheetsSPM K1 T5B8
Total questions: 41
Worksheet time: 3hrs 25mins
SPMU 2018
Pernyataan berikut berkaitan dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1971. T5 B8 ms 222 [ P3 B5-B10 ]
Membina perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?
Memiliknegarakan industri
Mengurangkan hak milik asing
Kekayaan negara dikongsi bersama
Sistem kewangan disusun semula
SPMU 2018
Agensi berikut telah diswastakan oleh kerajaan melalui Dasar Penswastaan. T5 B8 ms 207 [ P3 B7-B12 ]
Jabatan Pos ( Pos Malaysia Berhad)
Lembaga Lektrik Negara ( Tenaga Nasional Berhad)
Memajukan industri kecil
Mengurangkan beban kewangan
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Menggalakkan kemasukan modal asing
SPM 2017
Maklumat menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama. T5 B8 ms 199 [ P3 B1-B2 ]
Matlamat Rancangan Malaya Pertama
- membangunkan kawasan luar bandar
- merapatkan jurang perbezaan pendapatan
Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai ?
Bahan mentah terhad
Ancaman komunis
Kelemahan pentadbiran
Kekurangan kemudahan asas
SPM 2017
Maklumat berikut berkaitan dengan teras kemajuan bersepadu yang dihasratkan oleh kerajaan menjelang tahun 2020. T5 B8 ms 219 [ P1 B5-B7 ]
Perpaduan rakyat
Kestabilan politik
Ketinggian maruah bangsa
Kekukuhan nilai moral dan etika
Mengapakah perkara tersebut dijadikan teras ?
Mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri
Membentuk kemajuan mengikut pengaruh luar
Mencapai kemajuan berasaskan aspek fizikal
Membina kemajuan berasakan kerohanian
SPMU 2017
Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang dan nangka seluas 20 hektar tetapi menghadapi masalah kekurangan modal. T5 B8 ms 198 [ P3 B8 ]
Apakah agensi yang dapat membantu Pak Abu mengatasi masalah tersebut?
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA)
SPMU 2017
Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat kerajaan.
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai? T5 B8 ms 207 [ P3 B6-B7 ]
Menambah pelaburan saham amanah
Meningkatkan produktiviti negara
Mengembangkan sektor pertanian
Memacu peranan sektor swasta
SPM 2016
Gambar 2 menunjukkan temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia ? T5 B8 ms 218 [ P2 B6-B7 ]
Mengeratkan perpaduan kaum
Memantapkan hubungan serantau
Memperkasa semangat kenegerian
Memudahkan perkongsian kepakaran
SPM 2016
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut? T5 B8 ms 216 [ P1 B14-B15 ]
Dewan Bahasa dan Pustaka
Universiti Kebangsaan Malaysia
Meningkatkan kadar celik huruf
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan
SPMU 2016
Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu. T5 B8 ms 213 [ P1 B3-B4 ]
Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?
Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah
Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah
Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan
SPMU 2016
Rajah 4 berkaitan dengan satu cabaran Wawasan 2020.
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat ditangani? T5 B8 ms 221 [ P2 B7 ]
Mengekalkan keadilan ekonomi
Meningkatkan etika masyarakat
Memantapkan perpaduan rakyat
Membina masyarakat yang saintifik
SPM 2015
Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan? T5 B8 ms 214 [ P3 B8 ]
Melahirkan tenaga kerja mahir
Mengurangkan sekolah vernakular
Memendekkan tempoh pembelajaran
Menempatkan murid kelainan upaya
SPM 2015
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Apakah matlamat dasar tersebut? T5 B8 ms 207 [ P3 B9 & B17-B18 ]
Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memperhebatkan pembukaan tanah
SPMU 2015
Gambar 2 berkaitan dengan logo Sukan Malaysia (SUKMA 2010).
Apakah tujuan sukan tersebut diadakan? T5 B8 ms 218 [ P2 B6-B7 ]
Memantapkan ekonomi negara
Memperkukuh perpaduan rakyat
Memajukan industri pelancongan
Mengimbangi ekonomi antara kaum
SPMU 2015
Penyata Razak 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum. T5 B8 ms 213 [ P2 B7-B8 ]
Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?
Kemahiran teknikal
Kurikulum seragam
Sistem persekolahan sama
Kenaikan darjah secara automatik
SPM 2014
Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ. T5 B8 ms 206 [ P4 B6 ]
Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?
Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Mengawal kemasukan buruh luar
Menyusun semula masyarakat
SPM 2014
Jadual 3 menerangkan matlamat rancangan pembangunan ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1970-an. T5 B8 ms 201 [ P5 B6 & B7 ]
Apakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?
Memulakan industri berat
Memajukan sektor pelancongan
Menambahkan peluang pekerjaan
Meningkatkan pendapatan rakyat
SPMU 2014
Pada tahun 1958, Pak Abu ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil- kecilan, tetapi tidak mempunyai sumber modal yang cukup.
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah agensi kerajaan yang boleh membantu Pak Abu? T5 B8 ms 198 [ P3 B8 ]
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
SPMU 2014
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaya Pertama.
Apakah matlamat agensi tersebut? T5 B8 ms 198 [ P4 B2-B3 ]
Menstabilkan harga pasaran
Menggalakkan pelaburan modal asing
Merangsang penglibatan sektor swasta
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
SPM 2013
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970? T5 B8 ms 211 [ P2 B1-B2 ]
Menyusun semula masyarakat
Memperkukuh perpaduan rakyat
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memartabatkan bahasa kebangsaan
SPM 2013
Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020.
T5 B8 ms 222 [ P3 B5-B8 ]
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan?
Kekayaan negara dikongsi bersama
Pelaburan asing dipertingkatkan
Memantapkan jati diri rakyat
Membangunkan modal insan
SPM 2012
Gambar 4 menunjukkan Buku Merah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam Rancangan Malaya Kedua.
Mengapakah buku tersebut diperkenalkan? T5 B8 ms 200 [ P2 B9 ]
Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan
Memantau pengurusan kewangan negara
Menetapkan sistem pentadbiran kerajaan
Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
SPM 2012
Dasar berikut memberi sumbangan Malaysia mencapai Wawasan 2020.
Dasar Bahasa Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Apakah sumbangan dasar tersebut? T5 B8 ms 217 [ P1 B7 ]
Mewujudkan perpaduan kaum
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menjamin kecemerlangan negara
Membina masyarakat berdaya saing
SPM 2011
Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan pada tahun 1956-1960.
Apakah matlamat rancangan tersebut? T5 B8 ms 198 [ P1 B3 ]
Membangunkan kawasan luar bandar
Menyusun semula sistem pendidikan
Memajukan sektor perindustrian berat
Memperkukuhkan sistem pertahanan negara
SPM 2011
Kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ melalui Dasar Pertanian Negara (DPN). T5 B8 ms 206 [ P4 B6 ]
Apakah tujuan program tersebut?
Membuka petempatan baru
Menambahkan peluang pekerjaan
Memperkemas sistem pemasaran
Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah
SPM 2009
Rajah 1 menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi negara.
T5 B8 ms 201 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah kesan langkah tersebut?
Pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran
Perkembangan pesat kemudahan asas
Peningkatan produktiviti sektor perkilangan
Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan
SPM 2008
Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada 1973? T5 B8 ms 202 [ JADUAL ]
Membangunkan industri desa
Mengawal kualiti hasil pertanian
Menjalankan penyelidikan pertanian
Membantu petani dalam kegiatan koperasi
SPM 2008
Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan
kawasan luar bandar dapat dicapai? T5 B8 ms 198 [ P2 B4 & P3 B8 ]
Menyatupadukan penduduk
Membuka kawasan pertanian baru
Menyediakan kemudahan pinjaman
Menamatkan kutipan cukai pertanian
SPM 2007
X
Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969
Mengembalikan keharmonian kaum
Pentadbiran selama 21 bulan
X dalam rajah di atas merujuk kepada T5 B8 ms 210 [ P2 B4 ]
Jawatankuasa Kabinet
Majlis Gerakan Negara
Majlis Angkatan Tentera
Jawatankuasa Antara Kerajaan
SPM 2007
Apakah tanaman komersial yang diusahakan oleh agensi di atas? T5 B8 ms 202-203 [ P4 B7-B8 ]
Nanas dan kopi
Kelapa dan koko
Tembakau dan teh
Getah dan kelapa sawit
SPM 2007
Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika
Pernyataan di atas merujuk kepada cabaran keempat Wawasan 2020.
Apakah yang dapat merealisasikan cabaran tersebut?
T5 B8 ms 221 [ P2 B5-B6 ]
Kecemerlangan teknologi
Keberkesanan sistem pendidikan
Keunggulan institusi keluarga
Kemampuan para pemimpin
SPM 2006
Apakah tindakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menilai pelaksanaan program Rancangan Malaya Kedua ?
T5 B8 ms 200 [ P2 B8 ]
Memperkenalkan Buku Merah
Menubuhkan Majlis Amanah Rakyat
Merangka Pelan Induk Perindustrian
Melaksanakan Dasar Pertanian Negara
SPM 2006
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)
Apakah faedah yang diperoleh daripada sukan di atas?
T5 B8 ms 218 [ P2 B6-B7 ]
Menangkis ancaman luar
Mewujudkan semangat kenegerian
Menyatupadukan penduduk berbilang kaum
Memupuk semangat setia kawan
SPM 2006
Cabaran kelapan Wawasan 2020
Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran di atas?
T5 B8 ms 222 [ P3 B5-B8 ]
Kekayaan negara dikongsi
Pelaburan asing ditingkatkan
Peluang pekerjaan ditambah
Budaya cemerlang diamalkan
SPM 2005
FELDA
Ditubuhkan pada 1956
Menyediakan kemudahan asas
Mewujudkan petempatan baru
Apakah tujuan penubuhan badan berkanun di atas?
T5 B8 ms 198 [ P4 B2-B3 ]
Memasarkan hasil pertanian
Menggalakkan kegiatan industri desa
Meningkatkan pengeluaran tanaman makanan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
SPM 2005
Apakah badan yang dipertanggungjawabkan terhadap Dasar Penswastaan? T5 B8 ms 207 [ P4 B1 ]
Majlis Gerakan Negara
Majlis Perundingan Negara
Unit Perancangan Ekonomi
Pusat Daya Pengeluaran Negara
SPM 2005
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara? T5 B8 ms 212 [ P1 B2 & P4 B5 ]
Memupuk keharmonian
Menanamkan taat setia
Memelihara agama
Memberi kebebasan mutlak
SPM 2005
Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum. Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut? T5 B8 ms 214 [ P1 B6-B7 & P2 B4-B5 ]
Aliran vokasional diperkenalkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah
Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum
Sistem persekolahan bercorak integrasi
SPM 2004
Majlis Amanah Rakyat ( MARA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA )
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas dalam Rancangan Malaya Pertama? T5 B8 ms 198 [ P1 B3 ]
Mempelbagaikan jenis tanaman
Menumpukan pembangunan luar bandar
Mengawal kemasukan bahan makanan import
Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian
SPM 2004
Mengapakah kerajaan melaksanakan dasar di atas? T5 ms 209 [ P2 B5-B7 ]
Mengimbangi kekuatan tentera negara jiran
Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
Menambahkan bilangan tenaga kerja
Meningkatkan pasaran keluaran barangan tempatan
SPM 2018
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970? T5 B8 ms 197 [ P1 B6-B8 ] & ms 201 [ P1 B5]
Membasmi kemiskinan
Menyusun semula masyarakat
Menyeragamkan sistem kewangan
Menyekat kemasukan imigran
SPM 2018
Apakah matlamat penubuhan agensi berikut ?
T5 B8 ms 198 [ P3 B6-B7 ] [ P4 B2-B3 ] ms 200 [P3 B22 ]
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA)
Memacu pertumbuhan sektor perindustrian baharu
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Menggiatkan peranan sektor swasta
