NEW
Font size
WorksheetsUJIAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Jaringan jalan raya lebih tertumpu di kawasan _______________________
Pantai Timur Semenanjung
Pantai Barat Semenanjung
Pantai Timur Malaysia
Lebuhraya _____________________ menghubungkan antara Kedah dan Johor
Lebuhraya LEKAS
Lebuhraya Persekutuan
Lebuhraya Utara - Selatan
Lebuhraya Pantai Timur
Berikut adalah merupakan lapangan terbang antarabangsa kecuali
Lapangan Terbang Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Kuching
Lapangan Terbang Pulau Pinang
Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia
bentuk muka bumi
kemajuan teknologi
dasar kerajaan
kedudukan berhampiran pantai
Kepentingan pengangkutan darat adalah bagi _____________________
meningkatkan darjah ketersampaian
menggalakkan intergrasi nasional
import dan eksport melalui pelabuhan
menghubungkan kawasan pedalaman
Antara berikut adalah merupakan kepentingan pengangkutan awam di Malaysia kecuali
memajukan industri pelancongan
meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi
mengurangkan pencemaran udara
mengurangkan kesesakan lalulintas
Laluan jaringan kereta api _____________________ menghubungkan antara kawasan di pantai barat dengan pantai timur semenanjung Malaysia
Alor Setar - Johor Bharu
Padang Besar - Tumpat
Gemas - Tumpat
Tumpat - Johor Bharu
Diperkenalkan British pada 1876 untuk urusan pentadbiran di Tanah Melayu merujuk kepada alat telekomunikasi _____________________
telefon
mesin teleks
mesin faks
telegraf
Pembinaan _____________________ di Alor Gajah, Semantan, Labuan dan Cyberjaya dapat meningkatkan fungsi sistem telekomunikasi di Malaysia
rumah api
satelit bumi
menara telefon
tiang 1Bestarinet
Kesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara antaranya ialah _____________________
maklumat berunsur negatif sukar ditapis
pencerobohan maklumat dalam sistem pengkalan data
penyebaran maklumat tidak tepat
dunia tanpa sempadan
· Musim panas yang singkat dan suhu sederhana sejuk.
· Musim sejuk yang panjang selama 8 bulan.
Penyataan di atas merujuk kepada iklim jenis _______________________
iklim laurentia
iklim china
iklim siberia
iklim tundra
· Musim sejuk yang sangat sejuk, panjang dan kering.
· Mengalami kejadian empat musim, iaitu musim sejuk, panas, bunga dan luruh.
Penyataan di atas merujuk kepada iklim jenis _______________________
iklim laurentia
iklim china
iklim siberia
iklim tundra
· Musim panas sederhana panas antara bulan Mei hingga September.
· Jumlah hujan tahunan antara
508 mm hingga 1520 mm.
Penyataan di atas merujuk kepada iklim jenis _______________________
iklim laurentia
iklim china
iklim siberia
iklim tundra
Apakah jenis kegiatan utama penduduk di kawasan iklim laurentia
menangkap ikan dan memburu binatang
penanaman gandum, kentang dan sayur
penanaman padi
penternakan ayam dan lembu
Kegiatan manusia seperti menangkap ikan dan memburu binatang boleh dikaitkan dengan iklim ________________________
zon iklim panas
zon iklim panas sederhana
zon iklim sejuk
zon iklim sejuk sederhana
Jumlah hujan tahunan di kawasan zon sejuk sederhana ialah ______________________
250 mm
1000 mm
275 mm hingga 900 mm
kurang 250 mm
Penanaman pokok kurma secara besar-besaran boleh dikaitkan dengan iklim
iklim tundra
iklim laurentia
iklim china
iklim gurun panas
Landasan kereta api _______________________ adalah merupakan landasan kereta api berkelajuan tinggi di Asia
landasan kereta api Beijing - Shanghai
landasan kereta api Trans - Siberian
landasan kereta api India
landasan kereta api Tanah Melayu
Lapangan terbang antarabangsa paling sibuk di Asia terletak di
Tokyo
Hong Kong
Changi
Dubai
Jaringan landasan kereta api di _______________________ , menghubungkan pulau utama, iaitu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu
Beijing - Shanghai di China
Hong Kong
Trans - Siberian di Russia
Shinkansen di Jepun
Apakah bandar yang menjadi pusat pertemuan landasan kereta api dari timur dan barat Semenanjung Malaysia
Tumpat
Padang Besar
Gemas
Seremban
Apakah faktor yang menyebabkan jaringan jalan raya lebih padat di pantai barat berbanding pantai timur Semenanjung Malaysia
I Penduduk yang ramai
II Tanah pamah yang luas
III Modal yang banyak
IV Nilai tanah yang besar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah terletaknya iklim yang dinyatakan di bawah
- Iklim Siberia
- Iklim Laurentia
zon iklim panas
zon iklim sejuk
zon iklim panas sederhana
zon iklim sejuk sederhana
Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
I Menjimatkan masa perjalanan
II Mengembangkan sektor industri
III Meningkatkan taraf hidup rakyat
IV Mengurangkan kesesakan lalu lintas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kepentingan kereta api laju Shinkansen di Jepun
I Menghubungkan bandar utama
II Membawa bijih besi dan arang batu
III Memudahkan penduduk berpindah ke bandar
IV Memajukan industri pelancongan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia
I bentuk muka bumi
II pendapatan negara
III taraf hidup rakyat
IV kemajuan teknologi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
___________________________ merujuk kepada peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi
gas rumah hijau
peningkatan suhu
pemanasan global
penipisan ozon
Suhu meningkat apabila _______________________ dalam udara meningkat
gas metana
gas hidrogen
gas karbon monoksida
gas karbon dioksida
Antara berikut adalah merupakan kesan-kesan pemanasan global, kecuali
kemarau
wabak penyakit
jerebu
banjir
Pembakaran bahan api fosil seperti ____________________ akan membebaskan gas karbon monoksida
petroleum
arang batu
bijih besi
bauksit
Antara berikut adalah merupakan langkah-langkah mengurangkan kesan pemanasan global, kecuali
mengawal penebangan hutan
penguatkuasaan undang-undang
kemerosotan bekalan makanan
menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai
jerebu
suhu tinggi
gas beracun
gas rumah hijau
Antara berikut, yang manakah faktor penyumbang kepada pemanasan global
I penggunaan baja kimia
II pelepasan asap ekzos
III aktiviti perindustrian
IV pembinaan empangan hidroelektrik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah faktor semula jadi yang menyebabkan fenomena pemanasan global
kejadian gempa bumi
letusan gunung berapi
pergerakan plat tektonik
tsunami
Antara berikut, yang manakah kesan fenomena pemanasan global terhadap alam sekitar
I kenaikan aras laut
II suhu bumi semakin sejuk
III air sungai semakin merosot
IV kemerosotan bekalan makanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah pemanasan global membawa kepada kemerosotan bekalan makanan dunia
suhu panas membawa kepada lautan menjadi kering
suhu panas menyebabkan tanih menyadi tidak subur
suhu panas menyebabkan penduduk menggunakan penghawa dingin
suhu panas menyebabkan kebakaran hutan
Antara berikut, yang manakah dikaitkan dengan mengitar semula sampah sarap
biodiesel
baja kompos
beg kitar semula
petrol tanpa plumbum
Mengapakah pengguna digalakkan menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja
mengurangkan pelepasan asap
meningkatkan kualiti hidup
meningkatkan pendapatan rakyat
menggalakkan sektor perlancongan
Mengapakah pengguna tidak digalakkan menggunakan beg plastik apabila membel-belah
harga beg plastik mahal
ringan dan mudah di bawa
bahan kimia dalam beg plastik mampu merosakkan alam sekitar
beg plastik merupakan bahan yang mudah reput secara semulajadi
Apakah faktor bangunan yang dilengkapi dengan sistem building intergrated photovoltaic (BIPV_ lebih mesra alam
kos operasi lebih rendah
dapat mengurangkan pengguanaan tenaga daripada sumber bahan api
mampu menggalakkan pengguna lebih berjimat cermat menggunakan tenaga
menghasilkan gas karbon dioksida yang minimum terhadap alam sekitar
