Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA SEMUA ORANG TAHU

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai

a)

menatang minyak yang penuh.

b)

seperti katak di bawah tempurung

c)

paku dengan penukul

2.

Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup

a)

seperti tempurung kelapa

b)

seperti katak dibawa tempurung

c)

seperti katak di bawah tempurung

3.

Nyatakan peribahasa yang sesuai daripada situasi di bawah.

•Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.

a)

hidup segan mati tak mau

b)

keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya

c)

seperti perigi mencari timba

4.

•Walaupun telah lama tinggal di luar negara, akhirnya Ramli membuat keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan suasana di kampung halamannya lebih tenteram dan harmoni.

a)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik hujan batu di negeri sendiri

5.

Maksud peribahasa bagaikan kera mendapat bunga

a)

susah ditegur untuk dibentuk

b)

orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain

c)

anak yang pandai selalu ditegur

6.

•kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

peribahasa di atas bermaksud..

a)

disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk

b)

seperti seorang yang tidak tahu menghargai kesenangan

c)

bila-bila masa akan hancur kerana bernasib malang

7.

bagaikan embun di hujung rumput...bermaksud

a)

rasa resah gelisah kerana akan kalah

b)

pangkat yang tidak tahan lama

c)

kasih-sayang yang tidak berkekalan.

8.

Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu. Pilih dua Peribahasa yang sesuai ...

a)

Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada sesuatu di sebaliknya

b)

Ada udang di sebalik batu

c)

mulut bersantan bibir berlada

9.

Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala. Peribahsa yang sesuai adalah...

a)

Biduk lalu kiambang bertaut

b)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

c)

ular menyusur akar takkan hilang bisanya

10.

Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai. Peribahasa yang sesuai adalah...

a)

seperti anjing menyalak bukit

b)

seperti telur di hujung tanduk

c)

Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup

11.

Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang seperti peribahasa..

a)

dari benang menjadi kain

b)

belakang parang kalau diasah lagikan tajam

c)

usaha tangga kejayaan

12.

Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tindakannya seperti...

a)

hidung tinggi

b)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

c)

kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga

13.

Maksud peribahasa ...ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.

a)

ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

b)

Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

c)

apabila sudah pandai jangan abaikan ibu bapa

14.

Maksud peribahasa ...buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali adalah ..

a)

Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

b)

mencari kesalahan orang lain, kesalahan sendiri simpan

c)

buruk sangka terhadap kebaikan orang lain

15.

Maksud peribahasa Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama adalah..

a)

Segala perbuatan seseorang akan dikenang sampai dia meninggalkan tempatnya

b)

Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

c)

binatang yang mati akan meninggalkan kesan