Font size
WorksheetsKELESTARIAN GURU PEMULIHAN DAN LINUS 2.0
Total questions: 12
Worksheet time: 24mins
Apakah elemen-elemen dalam konsep kelestarian program linus 2.0?
Berulang-ulang, 'bridging' (Ansur maju ) dan penggabungjalinan.
strategi, 'bridging' (ansur maju ) dan kaedah pengajaran.
latih tubi, 'bridging' (ansur maju) dan bahan pengajaran.
apakah tujuan 'bridging'?
supaya guru dapat membuat rancangan pengajaran harian (RPH) menggabungkan kontruk LINUS, Kemahiran Pemulihan dan Standard Pembelajaran KSSR.
supaya guru dapat melaksanakan sesi pengajaran yang membantu murid pemulihan menyesuaikan diri dan mengikuti sesi pembelajaran arus perdana.
supaya guru dapat membina bahan yang bersesuaian untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiran pemulihan.
bagaimanakah melaksanakan 'bridging'?
menerapkan elemen pemulihan dan pengayaan ketika proses pembelajaran kepada murid arus perdana.
memastikan murid murid pemulihan menguasai kemahiran pemulihan.
menggabungjalinkan kemahiran KSSR, Konstruk LINUS dan kemahiran pemulihan dalam melaksanakan sesi pembelajaran kepada murid.
apakah aktiviti 'bridging up'?
aktiviti yang lebih sesuai dengan tahap arus perdana diperkenalkan kepada murid pemulihan.
aktiviti yang selari dengan tahap pencapaian murid pemulihan.
aktiviti kreatif yang dilaksanakan kepada murid pemulihan ketika sesi pembelajaran.
apakah itu aktiviti 'bridging down'?
aktiviti kreatif yag dilaksanakan kepada murid pemulihan ketika sesi pembelajaran
aktiviti yang mudah untuk murid pemulihan menguasai sesuatu konsep dan kemahiran yang dipelajari
aktiviti yang menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan tahap pembelajaran murid.
apakah kepentingan pemetaan antara kemahiran pemulihan, konstruk linus dan standard pembelajaran KSSR dalam pelaksanaan bridging?
pemetaan penting sebagai panduan untuk menggabungkan konstruk linus, kemahiran pemulihan dan standard pembelajaran KSSR dalam penyediaan aktiviti PDP yang sesuai.
pemetaan penting sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran pemulihan dan pendidikan abad 21
pemetaan adalah proses yang memerlukan guru untuk memilih konstruk linus, kemahiran pemulihan dan standard pembelajaran kssr dalam penyediaan aktiviti PDP.
antara fungsi pemetaan konstruk linus, kemahiran pemulihan dan standard pembelajaran KSSR adalah supaya murid dapat:
menguasai kemahiran asas 3m dan meneruskan pembelajaran dikelas arus perdana.
mencapai standard pembelajaran kssr
mencapai objektif pemetaan dengan mengambil kira tahap keupayaan murid.
sila pilih pemetaan konstruk LINUS Numerasi, Kemahiran pemulihan matematik dan standard pembelajaran KSSR matematik yang tepat
