wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA T4 : JADUAL BERKALA

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Ahli kimia yang menyusun unsur-unsur di dalam Jadual Berkala mengikut nombor proton bertambah ialah

a)

Lothar Meyer

b)

Henry Moseley

c)

Dmitri Mendeleev

d)

Johann Dobereiner

2.

Ahli kimia yang meninggalkan ruang kosong bagi unsur-unsur yang belum dijumpai di dalam Jadual Berkala ialah

a)

John Newlands

b)

Henry Moseley

c)

Dmitri Mendeleev

d)

Johann Dobereiner

3.

Antara set unsur berikut yang manakah mengandungi kesemua unsur-unsur peralihan?

a)

Kuprum, ferum dan magnesium

b)

Kobalt, vanadium dan litium

c)

Kalium, zink dan kromium

d)

Titanium, kromium dan nikel

4.

Antara set-set unsur berikut yang manakah terdiri daripada kesemua bukan logam?

a)

Klorin, nitrogen dan sulfur

b)

Oksigen, hidrogen dan litium

c)

Fosforus, plumbum dan karbon

d)

Karbon, iodin dan kalsium

5.

Antara set-set unsur berikut yang manakah terdiri daripada kesemua gas adi?

a)

Hidrogen, helium dan neon

b)

Kripton, argon dan boron

c)

Helium, argon dan silikon

d)

Argon, neon dan kripton

6.

Antara unsur-unsur di bawah yang manakah digunakan untuk diisi dalam mentol lampu?

a)

Helium

b)

Xenon

c)

Argon

d)

Neon

7.

Unsur yang tidak membentuk sebatian dengan unsur lain mempunyai nombor proton

a)

4

b)

8

c)

10

d)

18

8.

Unsur-unsur Kumpulan 18 tidak membentuk sebatian dengan unsur lain kerana

a)

elektron di petala paling luar telah penuh.

b)

mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.

c)

mempunyai dua elektron di petala paling luar

d)

mempunyai bilangan proton dan neutron yang sama di dalam nukleus.

9.

Antara unsur berikut yang manakah berkemungkinan membentuk oksida berasid?

a)

Magnesium

b)

Kalium

c)

Sulfur

d)

Argon

10.

Unsur X mempunyai konfigurasi elektron 2.8.18.18.7. Apakah Kumpulan dan Kala bagi unsur X dalam Jadual Berkala?

a)

Kumpulan : 7 kala : 5

b)

Kumpulan : 17 kala : 5

c)

Kumpulan : 15 kala : 7

d)

Kumpulan : 17 kala : 7

11.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai unsur-unsur Kumpulan 1?

a)

Setiap unsur mempunyai lebih banyak proton berbanding elektron.

b)

Setiap unsur mempunyai lebih banyak elektron berbanding proton.

c)

Setiap unsur mempunyai satu elektron di petala paling luar.

d)

Setiap unsur mempunyai bilangan proton dan elektron yang sama.

12.

Rubidium ialah unsur yang terletak di bawah kalium dalam Kumpulan 1 di dalam Jadual Berkala.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai sesium?

a)

Ia membentuk hidroksida tak larut.

b)

Ia kurang reaktif berbanding kalium.

c)

Ia mempunyai takat lebur yang lebih tinggi berbanding kalium.

d)

Ia terbakar di udara bagi membentuk oksida yang larut dalam air.

13.

Unsur X dengan nombor proton 11

a)

menghasilkan oksida berbes yang larut dalam air.

b)

bertindak balas dengan air sejuk bagi menghasilkan larutan berasid.

c)

kurang reaktif berbanding unsur dengan nombor proton 3.

d)

bertindak balas dengan klorin untuk menghasilkan sebatian dengan formula XCl2.

14.

Unsur Y larut dalam air bagi menghasilkan suatu larutan berasid. Larutan ini menukarkan warna kertas litmus.

Dalam kumpulan manakah unsur ini berada dalam Jadual Berkala?

a)

Kumpulan 1

b)

Kumpulan 2

c)

Kumpulan 17

d)

Kumpulan 18

15.

Antara yang berikut yang manakah menerangkan tentang corak ciri-ciri unsur merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual berkala?

a)

Bilangan proton dalam atom berkurang.

b)

Bilangan elektron valens berkurang.

c)

Oksida berubah daripada bes, amfoterik ke asid.

d)

Unsur berubah daripada logam, bukan logam ke semi-logam.

16.

Antara set unsur berikut yang manakah terdiri daripada Kala yang sama?

a)

Ferum, kuprum dan argentum

b)

Boron, nitrogen dan florin

c)

Klorin, bromin dan iodin

d)

Magnesium, kalium dan sulfur

17.

Jadual di bawah menunjukkan sifat-sifat bagi empat unsur.

a)

Unsur A

Takat lebur /oC : 240

Ketumpatan gcm-3 : 6.8

Kekonduksian elektrik : Baik



b)

Unsur B

Takat lebur /oC : 620

Ketumpatan gcm-3 : 3.1

Kekonduksian elektrik : Baik

a

c)

Unsur C

Takat lebur /oC : 3500

Ketumpatan gcm-3 : 3.5

Kekonduksian elektrik : Lemah

d)

Unsur D

Takat lebur /oC : 2100

Ketumpatan gcm-3 : 8.1

Kekonduksian elektrik : Baik

18.

Jadual di bawah menunjukkan mangkin yang digunakan dalam beberapa proses industri.


Antara padanan berikut yang manakah adalah salah?

a)

Proses Industri ; Haber

Mangkin ; Serbuk halus ferum(III) oksida

b)

Proses Industri ; Sentuh

Mangkin ; Serbuk vanadium(V)

c)

Proses Industri ; Ostwald

Mangkin ; Serbuk platinum

d)

Proses Industri ; Pembuatan marjerin

Mangkin ; Serbuk nikel

19.

Unsur X membentuk dua oksida dengan formula XO and X2O3.


Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai unsur X?

a)

Ia adalah unsur peralihan.

b)

Ia adalah unsur Kumpulan 1.

c)

Ia adalah unsur Kumpulan 17.

d)

Oksida unsur X adalah amfoterik.

20.

Batu zamrud berwarna hijau. Warna hijau itu terhasil disebabkan kehadiran

a)

Kobalt

b)

Kuprum

c)

Kromium

d)

Mangan

21.

Antara ion-ion berikut yang manakah berwarna kuning?

a)

Sulfat

b)

Kromat(VI)

c)

Dikromat(VI)

d)

Permanganat(VII)

22.

Rajah menunjukkan suatu proses.


Namakan mangkin X yang digunakan dalam proses tersebut.

a)

Mangan(IV) oksida

b)

Vanadium(V) oksida

c)

Nikel

d)

Ferum

23.

Rajah menunjukkan suatu proses.


Namakan proses yang menukarkan minyak kelapa sawit kepada margerin.

a)

Pengoksidaan

b)

Penurunan

c)

Pendehidratan

d)

Penghidrogenan

24.

Antara yang berikut yang manakah menunjukkan warna yang betul bagi ion-ion dalam unsur peralihan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

25.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai unsur M yang berada dalam Kumpulan 2 dalam Jadual Berkala?

a)

Ia tidak boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal.

b)

Ia membentuk oksida dengan formula MO.

c)

Garam klorida unsur M tidak larut dalam air.

d)

Garam unsur M berwarna putih.

26.

Formula oksida unsur X ialah X4O10.

Dalam Kumpulan manakah unsur X berada dalam Jadual Berkala?

a)

Kumpulan 1

b)

Kumpulan 14

c)

Kumpulan 15

d)

Kumpulan 17

27.

Jadual di bawah menunjukkan nombor proton bagi 5 unsur.


Antara unsur-unsur tersebut yang manakah membentuk hidrida berasid?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

28.

Gas yang digunakan untuk mengisi mentol bagi memanjangkan jangka hayatnya ialah

a)

argon

b)

nitrogen

c)

ammonia

d)

karbon dioksida

29.

Antara unsur-unsur berikut yang manakah tidak membentuk klorida?

a)

Helium

b)

Sulfur

c)

Klorin

d)

Hidrogen

30.

Talium (T1) berada dalam Kumpulan 13 dalam Jadual Berkala.

Apakah formula bagi talium klorida?

a)

TlCl

b)

TlCl2

c)

TlCl3

d)

Tl2Cl3

31.

Konfigurasi elektron yang manakah bagi unsur yang digunakan untuk mengisi mentol lampu?

a)

2

b)

2.5

c)

2.8.8.1

d)

2.8.18.8

32.

Berapakah bilangan kala bagi unsur-unsur dengan nombor proton 1 – 20?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

33.

Apakah yang menentukan sifat-sifat kimia suatu unsur?

a)

Bilangan elektron vanlens.

b)

Nombor nukleon unsur.

c)

Bilangan proton dalam nukleus.

d)

Bilangan neutron dalam nukleus.

34.

Unsur X memerlukan dua elektron bagi membentuk ion negatif yang stabil.

Dalam Kumpulan manakah unsur X berada dalam Jadual Berkala.

a)

2

b)

16

c)

17

d)

18

35.

Pernyataan yang manakah yang menunjukkan bahawa kromium adalah unsur peralihan?

a)

Oksidanya ialah bes.

b)

Sebatiannya berwarna putih.

c)

Sebatiannya memangkinkan tindak balas kimia.

d)

Kromium bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan gas hidrogen.

36.

Konfigurasi elektron bagi stanum ialah 2.8.18.18.4.

Dalam Kumpulan dan Kala manakah stanum berada dalam Jadual Berkala?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Unsur yang manakah yang mempunyai sifat-sifat kimia yang sama dengan stanum?

a)

Magnesium

b)

Aluminium

c)

Natrium

d)

Plumbum

38.

Antara set di bawah yang manakah terdiri daripada unsur-unsur dari Kala yang sama?

a)

Na, Al, Cl, Ar

b)

Li, Na, K, Rb

c)

Mg, Si, P, O

d)

F, Cl, Br, I

39.

Antara set di bawah yang manakah terdiri daripada unsur-unsur dari Kumpulan yang sama?

a)

K, Al, Cl, Ar

b)

Cl, Br, I, As

c)

B, Mg, Ca, Ba

d)

He, Ne, Ar, Kr

40.

Berapakah kala dalam Jadual Berkala yang mempunyai 8 unsur?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

41.

Halogen dalam kala kelima ialah

a)

Klorin

b)

Bromin

c)

Astatin

d)

Iodin

42.

Antara unsur-unsur berikut yang manakah tergolong dalam Kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala?


a)

P dan Q

b)

Q dan T

c)

R dan T

d)

R dan S

43.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai unsur-unsur dalam Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala?

a)

Keelektronegatifan berkurang menuruni kumpulan.

b)

Ketumpatan berkurang menuruni kumpulan.

c)

Kereaktifan bertambah menuruni kumpulan.

d)

Membentuk ion halida dengan formula X2-

44.

Unsur X mempunyai konfigurasi elektron 2.8.18.18.7.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai X?

a)

Membentuk ion positif.

b)

Terletak dalam Kumpulan 15 dalam Jadual Berkala.

c)

Bertindak balas dengan natrium bagi menghasilkan sebatian dengan formula NaX2.

d)

Bertindak balas dengan serbuk besi bagi menghasilkan sebatian dengan formula FeX3

45.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai klorin dan bromin?

a)

Kedua-duanya wujud sebagai gas pada suhu bilik.

b)

Bertindak balas dengan natrium untuk menghasilkan garam terlarut.

c)

Bertindak balas dengan serbuk besi bagi menghasilkan halida ferum(II).

d)

Kedua-duanya larut dalam air bagi menghasilkan larutan dengan pH melebihi 7.

46.

Sifat-sifat unsur yang tidak boleh diramalkan daripada kedudukannya dalam Jadual Berkala ialah

a)

cas ion.

b)

formula oksida

c)

bilangan isotop

d)

sifat oksida samada asid atau bes.

47.

Jadual di bawah menunjukkan nombor proton bagi tiga unsur X, Y dan Z.


Antara pernyataan berikut yang manakah benar?

a)

Keelektronegatifan berkurang dalam susunan X > Y > Z

b)

Jejari atom berkurang dalam susunan X, Y, Z.

c)

Kesemua unsur wujud sebagai molekul diatom.

d)

X, Y dan Z adalah konduktor elektrik.