NEW
Font size
WorksheetsSemester 1 STPM - Fonologi dan Fonetik
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Yang manakah alat artikulasi yang dipanggil artikulator?
I - Lidah
II - Gigi atas
III - Lelangit keras
IV - Lelangit lembut
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah alat artikulasi yang terlibat dengan penghasilan bunyi [m], [b], [p] dan [w]?
Bibir
Lidah
Gigi-gusi
Lelangit keras
Bunyi vokal hadapan luas terdapat pada perkataan
urut
belek
kawan
potong
Ketika belakang lidah dinaikkan paling tinggi di dalam rongga mulut tanpa menyentuh lelangit lembut, yang terhasil ialah bunyi vokal
belakang sempit
hadapan separuh luas
hadapan separuh sempit
belakang separuh sempit
Bunyi vokal dan bunyi diftong mempunyai perbezaan dari aspek
bunyi bersuara
geluncuran lidah
tiada halangan terhadap udara
udara keluar melalui rongga mulut
Yang manakah yang menghasilkan bunyi vokal dalam dialek Melayu?
I - Vokal belakang sempit
II - Vokal hadapan separuh luas
III - Vokal belakang separuh luas
IV - Vokal hadapan separuh sempit
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah perkataan yang mengandungi konsonan yang semuanya merupakan bunyi bersuara?
Kelapa
Bendang
Jambatan
Lengkuas
Perkataan yang manakah yang semua vokalnya terdiri daripada bunyi vokal sempit?
Tulen
Siram
Berang
Rimbun
Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi letupan glotis?
I - Sekat
II - Tumbuk
III - Tembakau
IV - Makluman
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Dalam perkataan "kuntum", konsonan pertamanya merupakan konsonan
letupan glotis
letupan gigi-gusi
letupan lelangit keras
letupan lelangit lembut
Yang manakah ciri yang melibatkan semua bunyi konsonan dalam bahasa Melayu?
Bunyi bersuara
Bunyi tak bersuara
Pita suara bergetar
Udara mengalami gangguan
Yang manakah semuanya BUKAN bunyi bersuara?
[k], [h]
[v], [p]
[w], [y]
[m], [t]
Frasa yang manakah mengandungi bunyi diftong?
Tuan besar
Hasil laut dalam
Banyak saingan
Berkonvoi dengan kereta
Ayat yang manakah yang perkataannya mempunyai vokal rangkap?
Kemasik terletak di daerah Kemaman.
Mereka mahu bercuti di Pulau Pinang.
Gulai lemak Mak Temah sangat lazat.
Matanya silau jika berada di tempat terang.
Konsonan letupan bibir bersuara + vokal belakang separuh sempit + konsonan sisian bersuara + vokal hadapan luas
Perkataan yang manakah mengandungi susunan bunyi di atas?
Pula
Bola
Pola
Bela
Ketika menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit, bibir dalam keadaan
biasa
neutral
bundar
hampar
- Bibir dalam keadaan hampar
- Lidah diturunkan serendah-rendahnya.
- Pita suara bergetar
Vokal dalam perkataan yang manakah yang mempunyai cara penghasilannya seperti di atas?
Kirim
Tayang
Meleret
Junjung
Ketika tengah lidah menyentuh lelangit keras, bunyi yang berikut akan terhasil, KECUALI
[j]
[c]
[ny]
[ng]
Nenek memiliki kebun durian.
Bunyi tambahan yang terdapat pada perkataan yang bergaris dalam ayat di atas ialah
pembibiran
pengglotisan
penyengauan
pelelangitkerasan
Bunyi konsonan sengau terhasil apabila
udara keluar melalui rongga hidung
udara keluar melalui rongga mulut
udara dilepaskan dengan tiba-tiba
udara menggetarkan pita suara
Ayat yang manakah yang mempunyai perkataan yang mengandungi bunyi geluncuran lidah dari depan luas ke depan sempit?
Pertandingan tomoi sering diadakan di sini.
Mereka masih bermain walaupun hari sudah senja.
Semua penonton bangun setelah pertunjukan selesai.
Emak sangat risau apabila kakak lambat pulang dari bandar.
Yang manakah BUKAN diftong?
Saudara
Berkecai
Berkonvoi
Berjauhan
Perkataan yang manakah TIDAK mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?
I - Kerepek
II - Keluang
III - Komputer
IV - Kontraktor
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perkataan yang manakah mengandungi suku kata yang berpola KKKVK + KVK?
Transit
Strategi
Struktur
Prihatin
Apakah tanda baca yang berkaitan dengan kata ganda?
Tanda petik
Tanda koma
Tanda pisah
Tanda sempang
Yang manakah perkataan yang menggunakan ejaan yang betul?
Aturcara
Tengahari
Bandaraya
Warganegara
Yang manakah pola suku kata yang betul bagi perkataan "ibunda"?
V + KVK + VK
V + KVK + KV
V + VKK + VK
V + KKV + KV
Yang manakah betul dari segi pengejaan?
Abad ke 21
Abad ke-21
Tahun 90an
Tahun 90 an
Perkataan yang manakah yang mengandungi pembibiran?
Keadaan
Penentuan
Kesiangan
Pertentangan
Yang manakah perkataan yang tidak mematuhi pola keselarasan vokal bahasa Melayu?
Lombong
Berang
Lakon
Ejek
