wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HT T4B1 PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN . TAMADUN MESOPOTAMIA

Total questions: 26

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

SPM 2017

Jadual 1 merujuk kepada lokasi tamadun awal dunia.

Mengapakah tamadun tersebut tertumpu di lembah sungai ? T4 B1 ms 8 [ P4 B4 & B6-B7 ]

a)

Mempunyai tanah yang subur

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mendapat mandat tuhan

d)

Memudahkan perhubungan

2.

SPM 2016

Soalan 1 dan soalan 2 berdasarkan Peta 1.

Apakah Tamadun X dan Tamadun Y? T4 B1 ms 9 [ PETA ]


a)

Hwang Ho dan Indus

b)

Mesir dan Hwang Ho

c)

Indus dan Mesopotamia

d)

Mesopotamia dan Mesir

3.

SPM 2016

Apakah nama sungai di Tamadun X dan sungai di Tamadun Y? T4 B1 ms 9 [ PETA ]

a)

Sungai Kuning dan Sungai Tigris

b)

Sungai Tigris dan Sungai Indus

c)

Sungai Nil dan Sungai Kuning

d)

Sungai Indus dan Sungai Nil

4.

SPM 2004

Apakah yang dapat dirumuskan daripada maklumat di atas ? T4 B1 ms 12,13,19 & 31

a)

Raja memiliki kuasa mutlak

b)

Raja penentu bencana alam

c)

Raja berkuasa ke atas kehendak tuhan

d)

Raja perlu mendapat sokongan bangsawan

5.

SPMU 2017

Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang. T4 B1 ms 11 [ P5 B5 ]

Hal ini melambangkan

a)

kekayaan

b)

kepatuhan agama

c)

kekuasaan pemerintah

d)

kemahiran pengukir

6.

SPMU 2016

Gambar 1 adalah bangunan zigurat. T4 B1 ms 13 [ P2 B3 ]

Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina bangunan tersebut?

a)

Penjara bagi rakyat yang melakukan kesalahan

b)

Tempat menyimpan abu mayat bangsawan

c)

Kubu pertahanan dari serangan musuh

d)

Menjalankan upacara keagamaan

7.

SPM 2013

Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja.

Apakah bentuk sistem beraja tersebut? T4 B1 ms 12 [ P3 B4 ]

a)

Oligarki

b)

Demokrasi

c)

Aristokrasi

d)

Teokrasi

8.

SPM 2012

Gambar 1 berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Apakah prinsip undang-undang tersebut? T4 B1 ms 14 [ P3 B8-B9 ]


a)

Mengutamakan konsep permuafakatan

b)

Berasaskan sistem kepercayaan tempatan

c)

Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

d)

Hukuman yang sama untuk semua golongan

9.

SPM 2011

Setiap negara kota dalam tamadun Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang pelbagai bentuk.

T4 B1 ms 11 [ P5 B5 ]

Apakah kepentingan pintu gerbang dalam tamadun tersebut?

a)

Lambang kekayaan

b)

Panduan laluan kapal

c)

Sempadan empayar

d)

Simbol keganasan

10.

SPM 2004

 Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Mesopotamia ?

T4 B1 ms 11 [ P1 B1 ]

a)

Penguasaan Parsi

b)

Peluasan tamadun Indus

c)

Rampasan kuasa golongan pendeta

d)

Kemusnahan Taman Tergantung Babylon

11.

SPM 2004

 Mengapakah Kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia ? T4 B1 ms 14 [ P4 B8-B9 ]

a)

Menggalakkan mobiliti sosial

b)

Merekodkan urusan pentadbiran

c)

Mengukuhkan organisasi masyarakat

d)

Mencatatkan harta golongan bangsawan

12.

Orang Sumeria berusaha meningkatkan penghasilan makanan bagi menampung keperluan pertambahan penduduk di bahagian selatan Mesopotamia.

Apakah usaha mereka tersebut?

a)

Membina sistem pengairan

b)

Menjalankan aktiviti pertanian

c)

Mengecualikan cukai tanah

d)

Melakukan kerahan tenaga

13.

Peta menunjukkan lokasi tamadun awal manusia.

Mengapakah tamadun awal tersebut terbentuk di lembah sungai?

a)

Keselamatan terjamin

b)

Kemahiran masyarakat

c)

Kesuburan tanah

d)

Kekuatan tenaga

14.

Apakah bentuk sistem pemerintahan beraja yang diamalkan dalam tamadun Mesopotamia?

a)

Aristokrasi

b)

Oligarki

c)

Teokrasi

d)

Tirani

15.

Gambar menunjukkan binaa Ziggurat dalam Tamadun Mesopotamia.

Apakah fungsi binaan tersebut?

a)

Kota pertahanan

b)

Dewan Perhimpunan

c)

Kediaman kerabat diraja

d)

Pusat menyimpan Khazanah negara

16.

Raja Sargon dalam Tamadun Mesopotamia berjaya membentuk empayar pertama di dunia.

Bagaimanakah beliau membentuk empayar tersebut?

a)

Menyatukan wilayah

b)

Membentuk birokrasi awam

c)

Mendapatkan bantuan kuasa luar

d)

Memimpin kebangkitan rakyat

17.

Gambar berikut berkaitan dengan Kod Undang-Undang Hammurabi yang digubal semasa Raja Hammurabi memerintah Babylon.

Mengapakah kod undnag-undang tersebut penting terhadap Tamadun Mesopotamia?

a)

Menyeragamkan hukuman untuk semua golongan

b)

Mengukuhkan kedudukan pemerintah

c)

Mewujudkan perpaduan masyarakat

d)

Menyekat pengaruh kuasa luar

18.

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada negara kota Lagash?

a)

Mempunyai pusat kota

b)

Jalannya kecil dan sempit

c)

Rumah ibadat menjadi lambang kekayaan

d)

Terdapat istana, rumah kediaman dan rumah kedai

19.

Maklumat berikut berkaitan pemerintah tamadun awal

  • Menggelarkan dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam"
  • Memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai Tuhan

Maklumat tersebut merujuk kepada...

a)

Raja Chaldea

b)

Raja Naramsin

c)

Raja Hammurabi

d)

Raja Nebuchadnezzar

20.

Andaikan anda seorang bangsawan dalam tamadun Mesopotamia. Apakah peranan anda dalam pemerintahan?

a)

Melindungi raja

b)

Mengetuai tentera

c)

Membantu pentadbiran raja

d)

Menguruskan hal berkaitan keagamaan

21.

Bagaimanakah roda membantu masyarakat Mesopotamia dalam kehidupan.

a)

Menghasilkan tembikar

b)

Menggerakkan kincir air

c)

Memproses hasil pertanian

d)

Mencipta arca tiang batu

22.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada generasi masa kini?

# RAJA ASHURBANIPAL

a)

Penciptaan roda

b)

Pengenalan dasar kurikulum

c)

Pembinaan perpustakaan diraja

d)

Pembinaan bandar Nineveh

23.

Sistem pemerintahan di Mesopotamia berbentuk teokrasi kerana konsep pemerintahan beraja bersifat ketuhanan

Antara berikut, yang manakah membuktikan kuasa raja di Mesopotamia tidak terhad kepada hal sekular sahaja?

a)

Raja melantik paderi

b)

Raja menentukan pentadbiran rumah ibadat

c)

Raja mengawasi sistem tulisan

d)

Raja menguasai hasil sewa tanah yang dimiliki rumah ibadat

24.

Mengapakah undang-undang penting kepada masyarakat Mesopotamia?

a)

Merekodkan urusan pentadbiran

b)

Mengukuhkan organisasi masyarakat

c)

Mengubah mobaliti sosial masyarakat

d)

Mencatatkan urusan harta golongan pembesar

25.

Apakah ciri-ciri yang terdapat pada negara kota Lagash?

a)

Mempunyai pusat kota

b)

Jalannya sempit dan kecil

c)

Rumah ibadat menjadi lambang kekayaan

d)

terdapat istana, rumah kediaman dan kedai

26.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan epik Gilgamesh ?

a)

Falsafah hidup

b)

Kemajuan ekonomi

c)

Ramuan perubatan

d)

Kesan peperangan