wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 1 - Bab 5 & 6

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tamadun awal yang terletak di barat daya Asia?

a)

Tamadun Indus

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

2.

"Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai."

Antara berikut, manakah sungai tersebut?

I Sungai Tigris

II Sungai Eupharates

III Sungai Indus

IV Sungai Huang He

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan semasa Tamadun Mesopotamia?

a)

Melancarkan aktiviti harian

b)

Mengawal pengaliran air sungai

c)

Membekalkan sumber air bersih

d)

Menyuburkan kawasan pertanian

4.

Apakah kejayaan masyarakat Tamadun Mesopotamia?

a)

Membina piramid

b)

Membina sistem perbandaran

c)

Membina kawasan pertanian yang luas

d)

Membina rumah di antara sungai Tigris dan Sungai Indus

5.

"Kawasan Bulan Sabit Subur telah berkembang menjadi sebuah bandar yang besar."

Apakah bahan yang digunakan untuk membina struktur bandar tesebut?

a)

Kayu

b)

Simen

c)

Batu Marmar

d)

Bata yang diperbuat daripada tanah liat

6.

Apakah tujuan pembinaan dinding besar di sekeliling bandar Bulan Sabit Subur?

a)

Pertahanan

b)

Pembahagian kawasan

c)

Mengelakkan banjir kilat

d)

Memudahkan sistem pengairan

7.

Apakah tinggalan terkenal Tamadun Mesir Purba?

I Piramid

II Firaun

III Mohenjo-Daro

IV Negara-Kota Ur

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Apakah faktor kestabilan dan kemakmuran ekonomi Kerajaan Pertengahan Tamadun Mesir Purba?

a)

Kekuatan raja

b)

Kesuburan tanah

c)

Perpaduan kaum

d)

Kawasan pertanian yang luas

9.

Apakah inisiatif yang diambil oleh Raja Mesir untuk melindungi pedagang daripada ancaman penjahat?

a)

Mencipta senjata

b)

Menghantar tentera

c)

Membina tembok pertahanan

d)

Membina kubu di setiap jalan utama

10.

Apakah kesan dua musim yang ekstrem di Lembah Sungai Indus?

a)

Banjir kilat

b)

Tanaman musnah

c)

Kematian binatang ternakan

d)

Kemusnahan tempat tinggal

11.

Apakah kaitan penduduk Lembah Indus dengan penduduk bahagian selatan Mesopotamia?

a)

Berkongsi kawasan pertanian

b)

Menjalinkan hubungan perdagangan

c)

Membantu raja menjaga keamanan negara

d)

Bersama-sama membina sistem pengairan

12.

Mengapakah kerajaan Mesopotamia terkenal?

a)

Mewujudkan sistem pengairan

b)

Mencipta banyak alatan canggih

c)

Mempunyai kerajaan yang kukuh

d)

Menjadi pusat perdagangan antarabangsa

13.

Mengapakah wujud pengkhususan kerja semasa Tamadun Mesopotamia?

a)

Terdapat lebihan hasil pertanian

b)

Pertambahan jumlah penduduk

c)

Peluang pekerjaan terlalu banyak

d)

Permintaan sesuatu produk meningkat

14.

Apakah barangan yang menjadi eksport utama Tamadun Mesir Purba?

a)

Rempah ratus

b)

Tekstil dan kertas

c)

Tekstil dan tembikar

d)

Tembikar dan kertas

15.

Apakah yang dihasilkan oleh ahli seni Tamadun Indus?

a)

Patung yang diperbuat daripada batu dan emas

b)

Patung yang diperbuat daripada batu dan logam

c)

Patung yang diperbuat daripada logam dan emas

d)

Patung yang diperbuat daripada tanah liat dan batu

16.

Mengapakah orang Yunani dikenal sebagai pelayar yang handal?

a)

Diajar sejak kecil

b)

Pandai mencipta kapal layar

c)

Berhampiran laut

d)

Pembinaan sekolah

17.

Apakah yang membenarkan masyarakat Yunani melakukan kegiatan di luar rumah?

a)

Keadaan aman

b)

Kawasan yang lapang

c)

Cuaca yang sederhana

d)

Berhampiran kawasan kampung

18.

"Pemerintahan dikuasai oleh golongan yang zalim dan menindas rakyat."

Apakah sistem pemerintahan tersebut?

a)

Aristokrasi

b)

Oligarki

c)

Monarki

d)

Tirani

19.

Antara berikut, yang manakah ciri polis?

I Jumlah penduduk

II Pekerjaan penduduk

III Jumlah pendapatan

IV Keluasan wilayah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Apakah sistem pemerintahan yang akhirnya dipilih oleh Athens?

a)

Monarki

b)

Oligarki

c)

Demokrasi

d)

Aristokrasi

21.

Apakah yang berlaku semasa Raja Philip menguasai Yunani?

a)

Demokrasi menjadi lemah dan terhapus

b)

Sistem pilihan raya mula diperkenalkan

c)

Rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin

d)

Rakyat ditindas dan dikerah melakukan kerja secara paksa

22.

Apakah kesan kewujudan Dewan Perhimpunan kepada warganegara Athens?

a)

Boleh mengemukakan pendapat

b)

Boleh melakukan aktiviti sukan

c)

Boleh mendapatkan bantuan daripada pemerintah

d)

Boleh berkumpul untuk membincangkan masalah negara

23.

Mengapakah rakyat Athens sanggup mengorbankan diri demi Athens?

a)

Perasaan kebersamaan

b)

Semangat cinta akan negara

c)

Pemerintah yang adil dan saksama

d)

Sentiasa diberi keutamaan dalam memberi pendapat

24.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan di Sparta?

a)

Tirani

b)

Monarki

c)

Aristokrasi

d)

Monarki terhad

25.

Apakah sungai yang menjadi sumber air utama semasa Tamadun Rom?

a)

Sungai Nil

b)

Sungai Tiber

c)

Sungai Indus

d)

Sungai Kuning

26.

Apakah binaan Tamadun Rom yang dijadikan tempat persembahan dan pertandingan bersaiz besar?

a)

Pantheon

b)

Colosseum

c)

Amfiteater

d)

Akueduk

27.

Mengapakah Tamadun Rom membina tempat mandi awam?

a)

Menjaga kebersihan diri

b)

Dapat beriadah dengan ahli keluarga

c)

Iklim semasa Tamadun Rom sangat panas

d)

Masyarakat Rom gemar mandi di tempat awam

28.

Mengapakah longkang dibina di tepi jalan raya Rom?

a)

Mengelakkan tanah runtuh

b)

Mengukuhkan struktur jalan raya

c)

Tidak berlaku pemendapan jalan raya

d)

Mengalirkan air agar tidak bertakung

29.

Apakah fungsi Oculus pada seni bina Pantheon?

a)

Mencantikkan

b)

Membolehkan cahaya masuk

c)

Mengelakkan daripada kepanasan

d)

Memberi keselesaan kepada pelawat

30.

Siapakah yang menyelesaikan pembinaan Colosseum?

a)

Titus

b)

Raja Vespian

c)

Maharaja Hadrian

d)

Marcus Visanius Agrippa