wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI BAB 1 TING. 4

Total questions: 50

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Masalah asas ekonomi

a)

Tanah, usahawa, buruh

b)

Tanah, modal, buruh

c)

Modal, buruh, tanah

d)

Tanah,modal, usahawan, buruh

2.

Masalah ekonomi

a)

Pilihan, kekurangan, kos lepas

b)

Isi rumah, firma, kerajaan

c)

Kekurangan, pilihan

d)

Apa, berapa, bagaimana, untuk siapa

3.

Antara berikut yang manakah paling tepat

a)

Kehendak terhad, sumber ekonomi terhad

b)

Kehendak tidak terhad, sumber ekonomi tidak terhad

c)

Kehendak tidak terhad, sumber ekonomi terhad

d)

Kehendak terhad, sumber ekonomi tidak terhad

4.

Antara berikut yang manakah tepat berkenaan dengan isi rumah

a)

Mengalami Kekurangan sumber ekonomi

b)

Mengalami Kekurangan hasil

c)

Mengalami Kekurangan wang

d)

Mengalami Kekurangan pendapatan

5.

Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?

a)

Berlakunya bencana alam

b)

Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

c)

Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi

d)

Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

6.

Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.

a)

Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BSH sebanyak RM300

b)

Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang diperoleh

c)

Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya

d)

Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana mempunyai sumber modal yang banyak

7.

Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?

a)

Menyedut udara segar

b)

Menikmati pemandangan di tepi laut

c)

Mendengar ceramah motivasi selama dua jam

d)

Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

8.

Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?

a)

Jentera

b)

Barang pengguna

c)

Sumber galian

d)

Pengurus cawangan

9.

Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar menjadi kawasan perumahan.

Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?

a)

Pengurangan pengeluaran barang pertanian

b)

Peningkatan taraf hidup masyarakat

c)

Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar

d)

Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

10.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Titik kecekapan

b)

Titik ketidakcekapan

c)

Titik yang tidak akan dicapai

d)

Kombinasi output maksimum

11.

Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi

b)

Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh

c)

Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber ekonomi yang berkualiti

d)

Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang tidak terbatas

12.

Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk kemungkinan pengeluaran?

a)

Tingkat harga umum dalam negara tersebut

b)

Jumlah import dan eksport

c)

Tingkat upah buruh

d)

Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

13.

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui

a)

Agihan pendapatan dalam masyarakat

b)

Kuasa permintaan dan penawaran

c)

Permintaan masyarakat

d)

Mekanisme harga

14.

Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana

a)

Pilihan pengguna bebas

b)

Mengutamakan keuntungan yang maksimum

c)

Sumber ekonomi dimiliki oleh kerajaan

d)

Campur tangan kerajaan mengurangkan pembaziran sumber ekonomi

15.

Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan akan diselesaikan dalam sistem ekonomi kapitalis melalui?

a)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi keperluan masyarakat

b)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang memenuhi pilihan pengguna

c)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang mematuhi peraturan kerajaan

d)

Pemilihan teknik-teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos

16.

Manakah yang berkaitan dengan masalah bagaimana hendak dikeluarkan?

a)

Kerajaan mengenakan cukai

b)

Firma menambahkan pengeluaran barang

c)

Kerajaan memberi subsidi terhadap suatu barang

d)

Firma menggantikan pekerja asing dengan mesin

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat?

a)

Mengawal permintaan pengguna

b)

Mengutamakan kebajikan masyarakat

c)

Menggalakkan persaingan bebas antara pengeluar

d)

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi

18.

Sewa merupakan pulangan kepada sumber ekonomi yang

a)

Sanggup menanggung risiko ketidakpastian

b)

Mempunyai akaun simpanan tetap di bank

c)

Merupakan anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad

d)

Menawarkan tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan barangan

19.

Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas bagi keputusan tersebut adalah


a)

Latihan yang perlu dihadiri

b)

Masa lapang untuk aktiviti hiburan

c)

Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja

d)

Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut

20.

antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?

a)

sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan

b)

satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad

c)

sains kekayaan yang mengkaji kejayaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara

d)

satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan

21.

masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh

a)

sumber ekonomi yang tidak terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad

b)

sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad

c)

sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang terhad

d)

sumber-sumber ekonomi yang terhad

22.

Pernyataan manakah benar tentang modal?

I Mempunyai mobiliti geografi

II Kuantiti penawarannya terhad

III Tidak mempunyai mobiliti tempat

IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk menghasilkan keluaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Usahawan menerima ganjaran untung kerana

I membenarkan orang lain menguruskan untungnya

II menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang

III kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi

IV sanggup menanggung risiko

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Isi rumah menghadapi masalah kekurangan

a)

pilihan

b)

pendapatan

c)

sumber hasil

d)

faktor pengeluaran

25.

Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?

a)

Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad

b)

Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad

c)

Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad

d)

Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad

26.

Mengapakah isi rumah perlu membuat pilihan perbelanjaan dengan cekap?

a)

Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan

b)

Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap

c)

Mengelakkan pembaziran sumber ekonomi

d)

Memperoleh kepuasan yang maksimum

27.

Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang

akan dijalankan?

a)

Memaksimumkan kepuasan

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Meminimumkan kos pengeluaran

d)

Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat

28.

Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk

kemungkinan pengeluaran?

I Tingkat harga tetap

II Tingkat teknologi tetap

III Terdapat tiga jenis barang

IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

29.

Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan

a)

titik kecekapan

b)

titik ketidakcekapan

c)

titik yang tidak akan tercapai

d)

kombinasi output maksimum

30.

Antara yang berikut,yang manakah merupakan sumber

ekonomi dalam kategori buruh mahir ?

a)

Petani

b)

Siswazah

c)

Tapak kilang

d)

Pengurus kilang

31.

Mengapakah usahawan penting dalam aktiviti ekonomi?

a)

Menjimatkan pendapatan bersih

b)

Meningkatkan pendapatan individu

c)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

d)

Menggabungkan faktor - faktor pengeluaran

32.

Apakah objektif utama penggunaan faktor

pengeluaran oleh firma ?

a)

Mencapai agihan saksama

b)

Memaksimumkan kepuasan

c)

Memakimumkan keuntungan

d)

Memenuhi kehendak manusia

33.

Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah

ekonomi.


" Gaji terhad tetapi kehendak tidak terhad"


Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi

di atas ?

a)

Firma

b)

Encik Syafiq

c)

Kerajaan

d)

Pengusaha Tesco

34.

Apakah sistem ekonomi yang menggunakan

mekanisme pasaran untuk menentukan jenis

barang yang dikeluarkan?


I Sistem ekonomi pasaran bebas

II Sistem ekonomi campuran

III Sistem ekonomi sosialis

IV Sistem ekonomi perancangan pusat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Bagaimanakah kerajaan campur tangan bagi

menyelesaikan masalah “apa yang hendak

dikeluarkan” dalam sistem ekonomi campuran ?

a)

Mengawal tingkat harga barang

b)

Mengeluarkan barang awam

c)

Menghadkan pengeluaran lesen perniagaan

d)

Menggalakkan penggunaan teknologi moden

36.

Amerika Syarikat menyelesaikan masalah

“bagaimana hendak dikeluarkan” melalui kaedah

a)

pengeluaran paling cekap dan meminimumkan kos

b)

meningkatkan penawaran dan permintaan

c)

pengeluaran barang ditentukan oleh kerajaan

d)

persaingan antara firma dan kerajaan

37.

Pernyataan yang manakah tepat menjelaskan sumber

ekonomi buruh dalam ekonomi ?

a)

Mobiliti geografi yang rendah

b)

Berfikir secara kreatif dan inovatif

c)

Menerima ganjaran upah wang

d)

Berusaha mencapai pengeluaran output yang

paling maksimum

38.

Antara yang berikut, yang manakah ciri persamaan

antara sistem ekonomi campuran dengan sistem

ekonomi pasaran bebas?


I Keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan


II Harga ditentukan oleh mekanisme harga


III Pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran


IV Kerajaan menyediakan barang awam

untuk masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah

ekonomi

" Aini menggunakan wang saku untuk membeli

sepinggan nasi goreng di kantin sekolah. Aini tidak

memesan air minuman kerana tidak mempunyai wang

saku yang mencukupi.


Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Aini ?

a)

Air minuman

b)

Wang saku

c)

Kantin sekolah

d)

Nasi Goreng

40.

Ilmu ekonomi ialah kajian bagaimana manusia....

a)

Membuat pilihan barang untuk memenuhi semua kehendak.

b)

Membuat pilihan pengeluaran untuk mencapai keuntungan maksimum.

c)

Mengurus sumber yang tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad.

d)

Mengurus faktor pengeluaran secara maksimum untuk menghasilkan output

41.

Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh Puan Amelia sebagai seorang suri rumah?

a)

Kekurangan wang untuk membeli sesuatu barang.

b)

Kekurangan modal berbanding kehendak ya.

c)

Kekurangan pendapatan berbanding kehendaknya yang tidak terhad.

d)

Kekurangan hasil pada tahun tersebut untuk memenuhi kehendaknya.

42.

Mengapa firma perlu membuat pilihan untuk mengeluarkan barang dengan cekap?

a)

Untuk memaksimumkan kepuasan pengguna.

b)

Untuk mengurangkan perbelanjaan perkilangan.

c)

Untuk mengelakkan masalah pembaziran dalam pengeluaran barang.

d)

Untuk meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.

43.

Mengapa pengguna perlu membuat pilihan barangan dengan cekap?

a)

Untuk memaksimumkan kepuasan.

b)

Untuk mengelakkan masalah pembaziran.

c)

Untuk memaksimumkan penggunaan sumber ekonomi.

d)

Untuk mengurangkan perbelanjaan.

44.

Mengapa usahawan menerima ganjaran untung?

a)

Kerana membenarkan orang lain menguruskan wangnya.

b)

Kerana kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi.

c)

Kerana menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang.

d)

Kerana sanggup membenarkan orang lain menggunakan hartanya.

45.

Kos lepas bermaksud....

a)

Pengorbanan barang untuk pilihan barang terbaik.

b)

Kos yang ditanggung dalam proses pengeluaran.

c)

Pengorbanan barang untuk barang lain.

d)

Faedah yang dikenakan ke atas barang.

46.

Antara berikut, yang manakah menerangkan kos lepas bagi firma?

a)

Kos pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran.

b)

Segala perbelanjaan yang ditanggung oleh firma.

c)

Output kedua terbaik yang dilepaskan bagi mendapatkan output terbaik.

d)

Untuk meminimumkan keuntungan firma.

47.

Masalah untuk siapa barang dikeluarkan akan diselesaikan melalui.....

a)

Agihan pendapatan dalam masyarakat.

b)

Kuasa permintaan dan penawaran.

c)

Permintaan masyarakat.

d)

Mekanisme harga.

48.

Memandangkan permintaan produknya semakin meningkat, syarikat XYZ sedang mengimport mesin baharu dari Jepun untuk menambahkan keupayaan pengeluarannya. Apakah tujuan utama syarikat tersebut?

a)

Mencapai kepuasan maksimum.

b)

Memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

c)

Menjaga kebajikan syarikat import.

d)

Memasyhurkan Malaysia ke seluruh dunia.

49.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada "Untuk siapa barang itu dikeluarkan"?

a)

Pemilihan pihak yang akan memasarkan barang itu.

b)

Pemilihan pihak yang akan mengagihkan barang itu.

c)

Penentuan golongan yang akan mengeluarkan barang itu.

d)

Penentuan golongan yang akan menggunakan barang itu.

50.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang sistem ekonomi campuran?

a)

Sumber ekonomi dimiliki oleh sektor swasta.

b)

Kebajikan masyarakat diutamakan.

c)

Persaingan sihat antara pengeluar.

d)

Pilihan pengguna terhad.