NEW
Font size
WorksheetsUJIAN ASAS PENGGAL 1 (SEJARAH TINGKATAN 1)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Antara berikut, yang manakah merupakan sumber sekunder?
Manuskrip
Diari
Ensiklopedia
Fosil
"Sejarawan akan memilih, mentafsir, dan membanding fakta yang diperoleh daripada responden".
Berdasarkan pernyataan di atas, manakah antara berikut merupakan tujuan utama sejarawan berbuat demikian?
Memudahkan sejarawan merekod maklumat
Mendapatkan fakta sejarah yang tepat
Membuat klasifikasi terhadap peristiwa-peristiwa sejarah
Mengubahsuai fakta yang diperoleh mengikut kesesuaian
1. Gambar berikut menunjukkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
Mengapakah Hari Kemerdekaan perlu diraikan pada setiap tahun?
Memupuk semangat cinta akan negara
Mengekalkan kedaulatan negara
Menjamin perpaduan antara kaum
Merealisasikan wawasan negara
"Peningkatan suhu bumi pada zaman air batu akhir memberi impak terhadap fizikal dan kehidupan di bumi".
Sekiranya anda hidup pada zaman tersebut, apakah gambaran habitat dan keadaan fizikal bumi di sekeliling anda?
Manusia mengetahui cara membuat api
Wajah dan bentuk fizikal bumi bertukar akibat glasier
Penghijrahan haiwan dan tumbuhan ke habitat baru
Jambatan Darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan terbentuk
· Dikenali Zaman Holosen
· Berlaku peningkatan suhu bumi
Antara pernyataan berikut, kesan yang paling tepat menunjukkan perubahan zaman air batu akhir ialah
penyebaran besar padang rumput dan savana
manusia sampai ke Australia melalui jalan darat
penyejukan dan pengeringan alam sekitar global
tamadun manusia berkembang dalam pelbagai bidang
· Mempunyai kawasan penempatan
· Tinggal di lembah sungai, persisiran pantai, dan kawasan tanah tinggi
Ciri-ciri di atas merujuk kepada Zaman
Paleolitik
Mesolitik
Neolitik
Logam
Sebagai generasi muda hari ini, cadangan manakah yang wajar dicontohi berdasarkan kepada pencapaian zaman prasejarah?
Kreatif dan inovatif dalam mencipta peralatan baru
Mempunyai sistem pentadbiran yang teratur
Mahir dalam ilmu pertanian dan perdagangan
Memilih tempat strategik untuk membina kehidupan
Antara berikut, pilihan jawapan manakah yang paling tepat menunjukkan perbezaan aktiviti pertanian pada zaman prasejarah dengan aktiviti pertanian pada masa kini?
Masyarakat hidup menetap
Untuk keperluan sendiri
Menggunakan pelbagai peralatan ringkas
Dimanfaatkan untuk kegiatan perdagangan
Untuk melahirkan tamadun yang mempunyai pencapaian yang hebat, masyarakat perlu mempunyai ciri-ciri tamadun seperti berikut, kecuali
sistem pemerintahan
sistem mata wang
pengkhususan pekerjaan
tulisan dan penyimpanan rekod
Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat perlu kepada kehidupan beragama?
Masyarakat beragama senang diurus
Sebagai panduan kehidupan di muka bumi
Mengekalkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah
Masyarakat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran
