WorksheetsKATA SENDI SET 2
Total questions: 44
Worksheet time: 44mins
Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport __________ Perancis.
ke
dari
pada
daripada
Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.
di
oleh
akan
pada
Majlis keraian itu akan diadakan __________ rumah Tok Penghulu Muda.
di
dari
demi
kepada
Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri __________ tujuh orang pemain.
dari
dalam
daripada
kepada
Maria telah menunjukkan bakat kepemimpinannya __________ di bangku sekolah lagi.
daripada
hingga
sejak
dari
"__________ pendapat kamu mengapakah kelakuannya berubah sejak akhir-akhir ini?" tanya Kamil.
Di
Pada
Sejak
Daripada
Gunasegaran tidak bekerja _________ kemalangan itu.
sejak
hingga
kepada
daripada
Anggota pasukan keselamatan sanggup berkorban nyawa __________ mempertahankan kedaulatan negara.
demi
pada
bagai
daripada
Pelancong-pelancong yang datang __________ Malaysia amat tertarik akan keindahan alam semula jadi dan keramahan para penduduk di sini.
di
ke
dari
pada
Nabila telah menulis surat __________ Guru Besarnya untuk meminta kebenaran menggunakan dewan sekolah pada 30 Mac 2008.
di
ke
pada
kepada
Luka __________ kaki kirinya akibat terpijak kaca belum sembuh lagi.
pada
dengan
kepada
daripada
Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.
ke
pada
akan
demi
Nyanyian Sheila Majid lebih merdu __________ nyanyian Ellie.
di
kepada
dengan
daripada
Nathan menendang bola itu __________ penjuru kanan pintu gol.
ke
dari
kepada
dengan
Sekolah akan ditutup __________ hari Khamis ini kerana cuti Hari Pekerja.
di
ke
demi
pada
Pelayan itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu
serta
kepada
supaya
daripada
Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil.
bagi
hingga
dengan
kepada
Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan __________ Syarikat Seri Maju Sendirian Berhad.
oleh
sejak
dengan
daripada
Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut __________ belakang rumahnya.
di
akan
pada
untuk
__________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.
Di
Dari
Pada
Untuk
Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.
di
dari
pada
daripada
"Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR," kata ayah kepada Farhan.
di..... dengan
bagi..... pada
oleh..... di
akan..... dalam
Mereka pergi ke Cameron Highlands __________ menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.
oleh
untuk
dengan
daripada
Baju kurung itu dibeli __________ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.
bagi
oleh
untuk
kepada
Abang Haris berdiri __________ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu-lalang.
di
ke
dari
daripada
Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.
di
ke
dari
kepada
Mesyuarat bulanan ini adalah __________ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.
bagi
pada
untuk
kepada
Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.
di
dari
bagi
pada
Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.
di
dari
bagi
pada
Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.
dengan
dari
bagi
daripada
Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.
dari
kepada
tentang
daripada
Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.
bagi
sejak
kepada
dengan
Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.
bagi
untuk
kepada
dengan
"__________ bila kamu pandai berbohong?" herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.
Dari
Pada
Sejak
Daripada
Lagu "Cahaya Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________ tunangnya yang jauh di perantauan.
pada
dengan
kepada
daripada
Perkara itu telah diadukan _________ ketua kampung.
ke
pada
dengan
kepada
Datuk sedang bercerita __________ pengalaman hidupnya semasa berada diperantauan.
bagi
untuk
tentang
daripada
Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.
dengan
hingga
tentang
daripada
Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.
oleh
dengan
dari
daripada
Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang- undang negara.
bagi
pada
kepada
dengan
Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.
dari
untuk
dengan
daripada
Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.
akan
untuk
dengan
tentang
Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sudah masak.
untuk
kepada
dengan
demi
Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.
di
ke
pada
kepada
