NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU : PENJODOH BILANGAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Emak sedang merebus beberapa __________ jagung di dalam periuk.
rumpun
timbun
sikat
tongkol
Budak itu menjerit kerana terduduk di atas se______ jarum.
bilah
urat
papan
pucuk
Anjing itu menggonggong se__________ tulang yang dicurinya.
ketul
ekor
patah
kalung
Saya minum se_________ susu sebelum pergi ke sekolah.
botol
gelas
bakul
senduk
Kakak sedang mengarang se_________ manik untuk saya.
lembar
tangkai
untai
utas
Dia memetik beberapa __________ bunga untuk disematkan ke sanggulnya.
kuntum
kerat
jambangan
ketul
Pasangan pengantin itu memakai se__________ bunga di leher mereka.
kaki
kalung
gelung
pohon
Se__________ anting-antingnya telah hilang dicuri orang.
pasang
pucuk
cebis
butir
Pekebun itu menanam pokok-pokok pisang di atas se__________ tanah.
berkas
petak
genggam
bidang
Ikan yang dibawanya pulang itu, ditangkap dengan menggunakan se__________ jala.
helai
rawan
lembar
keping
Dia membawa pulang dua __________ kayu api untuk dijual.
rumpun
berkas
titik
buah
Se__________ layar kapalnya telah koyak ditiup angin.
buah
pucuk
helai
bidang
Gopal dan Kim Seng mengikat pencuri itu dengan se__________ tali.
ikat
potong
utas
jambak
Budak gemuk itu dapat menghabiskan lima __________ nasi lemak.
senduk
bungkus
cubit
mangkuk
Pihak tentera melepaskan beberapa __________ tembakan ke arah pengganas itu.
laras
das
patah
kotak
Sapu tangan itu dijahit dengan se__________ benang.
utas
untai
gulung
lembar
“Masukkan se__________ garam ke dalam lauk itu,” kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
cuit
cubit
colet
genggam
Se______ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
gugus
kelompok
hamparan
kumpulan
Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
kelompok
tompok
buah
biji
Se__________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
patah
potong
cebis
untai
